Header Ads

ads header

Flash News

Umno + DAP: Teori konspirasi Vs Realiti


1. Pada jam 9.28 pagi, 4 Disember saya terima mesej WhatsApp dari seorang sahabat kepercayaan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, berbunyi: “Kerajaan PN Perak jatuh hari ni.”

2. Saya balas jam 9.57 pagi: Jatuh kepada siapa? Umno dengan DAP?

3. Dia jawab 10.04 pagi: Umno 25, Dap 16, Amanah 5, PKR 3 . Umno jadi MB. DAP setuju to work with Umno in next election. (DAP setuju untuk bekerja dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang).

4. Jam 11.15 dia bagi tahu: Peja is out, 10 for 48 against. (Peja terpelanting, 10 sokong 48 menentang).

5. Gabungan undi Umno dan DAP telah menumbangkan Menteri Besar Perikatan Nasional (PN) dari parti Bersatu. Umno yang menjadi anggota kerajaan campuran PN mengundi bersama DAP, Amanah dan PKR bagi membuang MBnya sendiri.

6. Jam 6.15 petang saya WhatsApp seorang ahli Jawatankuasa Pusat DAP: PKR sources told me DAP has agreed to work with Umno in the coming GE. I’m flabbergasted. (Sumber PKR bagi tahu saya DAP bersetuju bekerjasama dengan Umno dalam PRU akan datang. Saya terkejut).

7. Jam 6.19 petang dia jawab: No lah. (Tak lah).

8. Jam 6.42 petang seorang pengurus tabungan (fund manager) keturunan Cina Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong WhatsApp: UMNO + DAP working together. Dream team finally coming together. (Umno + DAP kerja bersama. Pasukan impian akhirnya menjadi kenyataan).

9. Apakah mesej-mesej mengenai kerjasama Umno-DAP ini omong kosong semata-mata atau pratayang kepada realiti yang sedang menjelang?
10. Apakah Umno yang terdesak untuk kembali berkuasa tidak terfikir untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang kuat seperti DAP?

11. Barisan Nasional (BN) sudah nazak. MCA dan MIC tidak dapat menarik undi bukan Melayu lagi. Undi Cina dan India sudah dibolot DAP.

12. Tidak menghairankan jika DAP, yang pernah merasa nikmat kuasa melalui PH, beraspirasi untuk kembali semula ke Putrajaya melalui sebuah pakatan baru yang termasuk Umno.

13. Kalau Dr Mahathir Mohamad boleh bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menumbangkan BN, apakah Umno tidak terfikir kaedah yang sama?

14. Wallahuaklam. Demikianlah muslihat dan tipu-helah politik di mana konspirasi bukan sekadar teori tetapi boleh bertukar menjadi realiti.

Terima kasih.

A KADIR JASIN


MR : Patutlah DAP ada ugut Anwar nak keluar PH... rupanya ada 'kekasih' baharu



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


29 ulasan:

  1. Hairan aku. Knp xnk kerjasama dgn pas? Biawak2 pas hari2 meratip ckp Pas semakin digeruni. Ke biawak2 pas bohong sunat jgk mcm lebai2 bengong??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Author : Apa psl nak panas?

      Padam
    2. Panas pasal Tak dapat pegang kuasa. Jealous dgn PAS. Tengah meroyan sakan.

      Padam
    3. tapi dia(AWANAMA 6 Disember 2020 8:20 PG) tak semena2 lebih panas heran juga, ada sesiapa tahu

      Padam
  2. Wah anjing kurap ternakan parti kafir harbi biaDAP menyalak histeria gembira tahap gila babi melihat parti nasionalis Melayu mengkhianati parti bumiputera.

    Maka parti nasionalis boleh berkasih sayang dengan parti ultra-rasis kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu matlamat menghalalkan cara jahat.

    Untuk meninggikan peluang puak kafir harbi roket menjadi pemimpin negara, anjing kurap biaDAP menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam kerana parti Islam berjuang menegakkan Islam, menentang industri dosa besar dan parti Islam tidak mahu mengkhianati sekutunya sendiri.

    Perbezaan yang sangat jelas antara parti Islam dan parti biaDAP. Bagi puak biaDAP dan hamba khadam liberal dan nasionalis mereka , tiada istilah dosa. Semua cara kotor dan menjijikkan adalah halal bagi mereka.

    Jika puak biaDAP berjaya memerintah negara, mereka akan menggunakan kuasa dengan lebih cekap dan berkesan untuk menindas Islam dan umat Islam.

    Cukuplah 22 bulan Islam dan umat Islam ditindas.

    BalasPadam
  3. Parti pak lebai semua kolam dia nak terjun. last2 lemas sendiri. Pak lebai syok sendiri. poodahhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti Islam telah wujud sejak tahun 1951 lagi hingga ke hari ini dan masih sihat sejahtera tak ada pula kes parti Islam lemas.

      Puak RBA sibuk menfitnah parti Islam sebab parti Islam cuba mendamaikan dua parti Melayu. Kepala bapak kafir harbi roket benci melihat perpaduan kaum Melayu Islam.

      Padam
    2. Kau takde kolam nak terjun? Kesian. Meroyan nak terjun kolam sangat? Kau Carilah kolam kumbahan pandapigs.

      Padam
    3. we are just about the see the true faces of man(half man and half saton), pas never syok sendiri and will never be to be part of them if it is really happened, including you lah, don't hide2 your face

      Padam
  4. parti lebai tamak kuasa semua bontot dia nak sontot. menyamar di belakang nama penyatuan ummah konon. Parti lebai gila kuasa. syok sendiri tak habis2 kononya Islam sejati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS DAN UMNO 60 TAHUN BERMUSUHAN BOLEH BERDAMAI KERANA ALLAH.. .TETAPI UMNO DAN BERSATU BERMUSUH SEMASA DAN SELEPAS PRU SUKAR BERDAMAI KERANA EGO/DENDAM/HASUTAN/FITNAH/KUASA/ADU DOMBA YANG SEMUA ADALAH BISIKAN SYAITAN...sebab itu PAS ambil pendekatan memegang erat tangan UMNO dan BERSATU dibawah payung ISLAM.rujuk ALhujarat ayat 10..tetapi PAS tetap diPERSALAHkan

      Padam
    2. bila bersatu buli umno pas tersenyum redha. bila umno cuit bersatu pas meroyan sakan. lepas keluar hadis quran bagai. korang ni bute ke ape?????

      Padam
    3. Ok la jugak berpandukan hadis quran utk Kita sama2 berfikir. Pasti ada khilafnya. Tapi kau pakai teori kepala pandapigs sebagai rujukan.

      Padam
    4. Ini penulis upahan(RBA)kesihan takut tak dapat imbuhan drp tulisan betapa boduh nya pembayar upahan kpd penulis sebegini.

      Padam
  5. 10.38, ada ke parti lebai kat Malaysia ni? Parti PAS ade la. Kau ni meroyan tahap gaban pasal hilang kuasa kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambo org PAS bagi ambo biasa kaloh koh menang koh kita tetap dgn pendirian yg mana berbeza dgn PARTI lain berapa kali ada hok lari drp PAS dari dahulu sampai sekarang tiada masaalah bagi PAS yg memjadi masaalah ada parti lain cemburu dgn keunikan PAS yg dapat bertahang dan melangkah ke hadapan.

      Padam
  6. Betul ke PAS parti Islam?
    a) PAS telah berjanji bersama UMNO dalam MN sekarang ini. Malangnya PAS ingin bermain dua kolam iaitu MN dan PN. UMNO tidak ada dalam PN. Cuba lihat sikap PAS terhadap UMNO di Perak yang membawa maksud PAS lebih cenderung kepada PN. Jangan beranggapan bahawa ahli dan pemimpin UMNO tidak mengkaji sikap dan tingkah laku PAS sejak dulu lagi.
    b) Semua orang tahu UMNO yang mengajak PAS bersama dalam MN. PPBM cuba melayan UMNO yang menyokong PM dari PPBM dengan tidak membalas budi UMNO dalam kerajaan sekarang. Kerusi UMNO lebih banyak berbanding PPBM yang berumur sebulan jagung sudah berlagak kononnya PPBM mengatasi kemampuan UMNO/BN dalam urusan pentadbiran kerajaan.
    c) PAS tidak ada maruah mengaku parti Islam tetapi melanggar janji bersama UMNO dalam MN apabila mementingkan PN berbanding MN.
    d) Dalam kenyataan media SUA PAS mengatakan bahawa PAS tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang diketuai oleh MB dari UMNO tetapi bertindak menyokong semata-mata. Apa maknanya ini jika itu tanda PAS lebih cenderung kepada PN.
    e) Dalam sejarah PAS tidak pernah menjadi sebahagian dari kerajaan persekutuan, tetapi dengan berkat kejatuhan dan tumbangnya PH yang khianat, PAS langsung tidak berterima kasih ketika bersatu dengan UMNO dalam MN yang membawa PAS menyertai kerajaan persekutuan. Apa gelaran kita nak panggil PAS? Kau tahukah apa prestasi menteri-menteri PAS? Bagus? Terbaik? Tercorot?
    f) Dikatakan PAS dan PPBM dalam PN memandang rendah terhadap UMNO yang menyokong kedua2 parti dalam pembentukan kerajaan persekutuan dan negeri pada halnya UMNO /BN mempunyai kerusi yang banyak dengan layanan kelas kedua bawah.
    g) Siapa yang khianati UMNO/BN sebelum dan selepas PRU14 yang menjadi keadaan politik sekarang berada dalam kucar-kacir? Tak boleh berfikirkah sebelum UMNO/BN jatuh pada PRU14 kedaan politik lebih stabil berbanding sekarang?
    h) Ini semua berpunca dari kejatuhan UMNO/BN akibat FITNAH YANG BERLAKU SEJAK 1998. Awak tahu apa hukumnya fitnah dalam Islam? Akhirnya yang terkesan ialah negara ini yang rakyat bertambah susah akibat BALA wabak penyakit dan ketidakstabilan politik sekarang ini yang dikatakan BALA oleh PAS sebelum berada dalam MN. Malangnya UMNO yang dituduh pengkhianat dan gila kuasa sedangkan PAS dan PPBM tanpa sokongan UMNO/BN tidak akan menjadi kerajaan persekutuan dan negeri.
    i) Dasar UMNO ialah no Mahathir, no Anwar dan no DAP. Jika PPBM dan PAS melampaui kerjasama dan memandang rendah jasa dan kemampuan UMNO/BN selama ini, hanya ucapan good bye buat mereka.
    j) Berkaitan dengan PENGKHIANATAN, semuanya berpunca dari kerajaan yang diterajui oleh PH yang merugikan negara ini seperti penjualan aset kerajaan dan agensinya, membatalkan projek, ekonomi merosot teruk dan pentadbiran yang kucar-kacir yang menjejaskan kedudukan ekonomi dan politik secara mendadak. PPBM yang berada bersama PH masa itu tidak pernah berusaha membetulkan keadaan setelah menerajui kerajaan ketika ini seperti penjualan aset TH dan undang2 negara hingga berlaku kezaliman. Siapa yang patut disalahkan?
    Jangan anggap ahli UMNO tidak mengkaji tentang PAS sejak penubuhannya pada tahun 1951 hingga sekarang? Saya bersetuju jika UMNO ingin tarik diri menyokong PN yang derhaka ini supaya mereka tahu siapa sebenarnya yang khianat?
    Awak tahukah apa sebabnya MB Perak Bunga tumbang? a) Jual aset negeri b) Membelakangkan UMNO yang menjadi sebahagian dari kerajaan negeri berkaitan urusan pentadbiran negeri c) Melantik seorang ADUN UMNO tanpa berunding dengan UMNO d) Tidak mengenang budi atas sokongan UMNO di kerajaan persekutuan dan negeri
    UMNO ini umpama lebah, jadi jangan jolok sarang lebah nanti buruk akibatnya (sengat) tetapi hasilnya (madu) akan diberi kepada rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa kalau UMNO Tak nak PAS. Aku percaya PAS Tak merajuk Dan ambil hati pun tapi janganlah bersekongkol dgn DAP. Itu je yg PAS pinta.

      Padam
    2. Ambo minta belajar dulu tentang ISLAM kalu demo org ISLAM kalu nok berhujah jgn bagi nampak kebodohan ini tidak kita nampak hok org hok diri sendiri tok nampak

      Padam
    3. Barua dedak cap roket penjilat puak kafir harbi yang memusuhi Islam dan umat Islam sudah pasti akan menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam kerana perjuangan parti Islam bertentangan dengan perjuangan parti kafir harbi menegakkan kemungkaran dan kesesatan.

      Padam
  7. Musuh parti Islam telah menulis komen bodoh berlapis-lapis untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam kerana:

    (1) Parti Islam tidak menyokong tindakan puak nasionalis yang gila kuasa melakukan pengkhianatan terhadap sekutu dan rakan dengan merampas kuasa. Tindakan pengkhianatan puak nasionalis ini bertentangan dengan semangat muafakat yang dipersetujui sebelum ini.

    Bahkan parti Islam sendiri pernah dikhianati oleh puak nasionalis sehinggakan kerajaan parti Islam tumbang kerana kerakusan puak nasionalis sendiri.

    (2) Parti Islam berusaha mendamaikan dua parti Melayu untuk mencegah perpecahan kaum Melayu yang boleh melemahkan politik Melayu dan menguntungkan politik puak kafir harbi yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam di waktu mereka berkuasa dahulu.

    (3) Parti Islam telah menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan parti Islam dan berjuang untuk menegakkan Islam dan membela hak umat Islam maka ia adalah parti Islam tulen.

    Semua parti tempatan lain termasuk parti pandapigs 'bala untuk seluruh alam' adalah bukan parti Islam kerana mereka mempunyai perlembagaan sekular atau liberal dll.

    Tindakan parti Islam berusaha melaksanakan ajaran Islam seperti amar makruf nahi munkar amat dibenci oleh puak kafir harbi, puak liberal, puak sekular dan puak pluralisme yang sangat cintakan kemungkaran dan kesesatan.

    Tindakan parti Islam adalah sesuai denfan ajaran Islam jerana parti Islam menentang tindakan parti nasionalis mengkhianati sekutu dan rakan dan tindakan parti kafir harbi biaDAP menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Kesimpulan:

    (1) Maka tindakan parti Islam menolak 'matlamat menghalalkan cara jahat' adalah tindakan yang wajar dan sesuai dengan ajaran Islam.

    (2) Puak nasionalis, puak kafir harbi dan khadam liberal mereka menganut ideologi 'matlamat menghalalkan cara jahat' dan 'pecah dan perintah' yang sangat jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

    BalasPadam
  8. Umno ada kekasih baru sbb Pas ada isteri baru Parti Bunga. kan?

    BalasPadam
  9. we are just about the see the true faces of man(half man and half saton), pas will never be to be part of them if it is really happened

    BalasPadam
  10. Isu dua kolam,tebuk atap,pintu belakang hanya perpeksi atau gendang yang dipalu oleh ph tetapi realitinya ph dan umno sedang kemaruk cinta sehingga sanggup menjilat segala kahak yang diludah ke atas umno...ph memang kaki auta dan U Turn .Apapun lebai adalah yang terbaik dan konsisten

    BalasPadam
  11. PH meratib seantero dunia bahawa umno penuh dengan lumuran najis rasuah, sekarang PH ingin mandi sekolam dengan umno ...nampak sangat ph sudah tidak center dan kencing penyokong sendiri kahkahkah

    BalasPadam
  12. Puak PH berhujah nampak sangat bodoh.Semua pencacai PH sakit hati dengan PAS.Semua dengki dengan PAS. Ingatkan PAs dah mati n guyup.Patutnya PAN hebat dan gagah,tapi melukut di tepi tong najis DAP.PAS tetap bertahan walaupun dicaci maki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa salahkan PH? Apa yg PH dh buat kat PAS?
      Pasal maki ni, suma org tau Pas yg paling kuat maki Dap.

      Padam
  13. KERIS day back Meroket

    BalasPadam