Header Ads

ads header

Flash News

Tiga Adun PAS mohon ampun pada Sultan Perak


Tiga Adun PAS Perak memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berikutan kegagalan mereka menghadap baginda pada Selasa lalu.

Pada sidang media di Ipoh hari ini, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, dia dan dua Adun lain mengakui 'kekhilafan' mereka kerana tidak menghadap baginda sepertimana dititahkan.

"Sehubungan dengan itu PAS Perak juga akan mengutuskan surat bagi menzahirkan permohonan keampunan untuk kami," kata Razman pada sidang media ringkas berkenaan.

Razman bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada Adun PAS akan dilantik dalam barisan exco negeri.X

Pada Selasa lalu, Sultan Nazrin Shah memanggil menghadap Adun Bersatu dan PAS ke Istana Kinta di Ipoh berikutan kemelut politik di negeri itu.

Hanya Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, yang merupakan wakil rakyat dari Bersatu hadir ke istana negeri.

Bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu pula berkata Bersatu tidak menerima titah untuk menghadap Sultan Nazrin berhubung isu pelantikan penggantinya.

Bagaimanapun, Anggota Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini berkata baginda telah menitahkan agar Adun Bersatu dan PAS  datang mengadap bagi membuktikan calon menteri besar daripada Umno mendapat sokongan majoriti dalam Dun.

Faizal digulingkan sebagai menteri besar Perak pada Jumaat minggu lalu melalui undi percaya yang diusulkan oleh seorang Adun Umno.

Berikutan itu, Umno berusaha membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH), namun rundingan itu menemui jalan buntu.

Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju mencalonkan pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar. Keputusan itu dibuat selepas Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membuat permohonan maaf terhadap penyingkiran Ahmad Faizal.

Saarani yang juga Adun Kota Tampan mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perak pagi semalam.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. walaupun aku kata ketiga2 nereka ini "mangkuk hayun",,dan mainan politik pas yg flip flop,,namun tahniah tahniah diucapkan kerana menggadap memohon maaf. Tindakan mereka bertiga hasil sikap su pas yg lebih sudu dari kuah,mendahului parti dan prediden. Lain kali beringat,,apabila dah bersama dgn umno dan ppbm,,bertindaklah secara jamaei.

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH 3 ADUN PAS BERJIWA BESAR...SEPATUTNYA YANG MINTA AMPUN PADA SULTAN SEMUA ADUN UMNO YANG BUAT SANDIWARA undi PERCAYA pada MB...tetapi diLACURKAN selepas mengusulnya..baling batu sembunyi tangan..berak tengah jalan tuduh orang lain yang buat..Sultan pun tegur ahli politiK gajah dengan gajah bergaduh Kancil yang mati di tengah2 BUKAN lebih sudu dari kuah..dan UMNOLAH yang tidak bertindak mengikut JEMAAH..YA WASPASA 6.54

    BalasPadam
  3. CUKUP SUDAH SAJA DISINI, TAK PERLULAG TUDING MENUDING, USAH DIUALNG lagi perkara sama yang dimasa hadapan, yang gelak sekarang puak2 desparado ph terutama sekali dapig, yang penting bukan dilantik walaupun ia sesuatu yang diharapkan tapi kepercyaan sultan dan rakyat yang telah diberi sudah mencukupi dan tumpukan usaha untuk membantu negara(khasnya perak), islam dan
    mencekang covid, usah didengar desas desus sana sini tidak menguntungkan pun

    BalasPadam
  4. Bayangkan kalo 3 org tu, mujahid, hanipa dan mat sabu. Dah bermacam2 dalil lebai2 kuar ckp 3 org tu memderhaka, anti raja dsb. Anjing2 ternakan Pas akan menyalak memaki hamun smpi berbulan2 lamanya. Tp bila puak suci buat, xpe la..dah mintak maafkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. DARIPADA jadi MUNAFIK...mUjahid hanipa mat sabu khalid samad Mahfuz anwar dan sekutu penama 10.08 PENJILAT tokong KHINZIR DAPIGS hingga akhir HAYAT

      Padam
  5. Kalau UMNO bergabung dengan DAP parti komunis bangsat pembenci melayu musoh Allah dan rasul jawabnya selamat tingalah UMNO. Cukuplah 22 bulan dia memerintah bagai mana dia menghina Islam menindas orang2 melayu menghina raja2 melayu.

    BalasPadam
  6. Sebenarnya depa saja saja nk mainkan DAPigs....baguih...baguihhh..PRU 15 ni kita kasi rampas semua kawasan DAPigs ni..biaq majoriti melayu memerintah Malaysia ni..ALLAHUKBAR...

    BalasPadam