Header Ads

ads header

Flash News

Tidak Guna Memaku Paku Yang Dompok


Jelang Maghrib tadi seorang anak muda datang untuk mengambil buku baru saya yang ditempahnya. Beberapa kali dia berjanji untuk datang, mulanya pagi, kemudian tengah hari kemudian petang.

Akhirnya dia datang menjelang Maghrib. Pengubahan masa itu dibuat untuk membolehkan dia mengambil buku daripada saya sendiri.

Padahal kalau dia datang, zaujah saya ada dan buku itu boleh diambilnya sendiri.

Katanya kepada zaujah saya dia mahu buku itu diautograf sebagai kenangan. Tetapi bila berjumpa petang tadi baru saya tahu hajatnya, dia mahu melepaskan rasa tidak puas hatinya kepada parti Amanah.

Rupanya anak muda ini ahli Amanah pemimpin peringkat bahagian.

Katanya dia kecewa dengan Amanah yang gagal menjadi parti alternatif kepada Pas. Dia minta pandangan saya dan kalau boleh saya beri pandangan kepada pemimpin Amanah untuk dia tidak berasa kecewa dan supaya Amanah berfungsi seperti diharapkan.

Saya kata kepadanya apa yang saya boleh lakukan. Saya telah beri berbagai pandangan berupa kritikan kepada cara parti itu diuruskan. Boleh baca dan tengok, tetapi ia tidak berbekas apa-apa pun.

Saya tidak berhak untuk memberi nasihat dan pandangan mengenai Amanah lebih daripada apa yang telah saya katakan. Saya hanya mampu memberi pandangan sebagai pemerhati dan pengulas kerdil politik.

Sebenarnya saya sudah kerap menegur dan memberi pandangan kepada pemimpin parti itu.

Menyatakan apa yang ingin saya katakan demi kebaikannya. Malangnya apa yang diutarakan dipandang dingin sahaja, dan Amanah selesa dengan keadaanya. Bagi saya kalau paku "dompok" (tumpul) hujung tidak tirus tidak perlu mengetuknya kerana membuang masa. Tak masuk.

Sebelum berpisah anak muda yang professional itu mahu tahu firasat saya mengenai masa depan Amanah. Saya tidak berani mengatakan lebih daripada apa yang telah saya katakan. Kalau saya luahkan rasa hati saya tentu ramai yang marah. Jadi elok marah itu disimpan agar saya juga tidak marah.

Trims.

Hashim Omar





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Hidup berpolitik ni senang aje Encik Hashim oi.

    Semua kena konsisten.

    Apa erti konsisten?

    Haa... Perkataan ini orang Islam dah ada lebih 1400 tahun lalu.

    Haa kalau nak tahu, orang Islam lah yang dahulu menciptakan dan mengamalkan konsep yang "konsisten"

    Apakah dia konsisten?

    Istiqamah... Ya istiqamah di jalan Allah.


    Bila you istiqamah, you kalah atau menang, segala pahit maung yang dihadapi, you akan redha.


    Politik kalau semua nak senang, sorry lah. Kalau semua nak jadi ketua, habislah.

    Tapi bila teras politik itu adalah Islam. Semua perkara dilakukan ialah kerana Fisabilillah. Hatta angkat kerusi pun, fisabilillah. Sambut tetamu, fisabilillah, cuci longkang, fisabilillah, letak banner, fisabilillah.


    What is fisabilillah?
    You do it for the pleasure of Allah.

    You know the pleasure of Allah?
    To be obedient servant is the pleasure of Allah. Allah will reward you so much so that you will not even look at this world. All your worries will be alleviated just by putting up your hands to Allah.

    Islam is such a great blessings that unfortunately only a few realise how powerful it is. We do not realise how powerful our Solat is, our zikir and our salawat. You know, with our solat, the doors of Heavens is opened for us and we can just tap the Treasures of Allah, just like picking a fruit, even easier than that, but unfortunately many knows not.

    BalasPadam