Header Ads

ads header

Flash News

PN letak syarat sokong Umno, jika Adun Rungkup Shahrul Zaman Yahya MB


Di sebalik pengumuman daripada pemimpin Umno dan PH yang memberi bayangan kemungkinan kerajaan baru ditubuhkan melibatkan kerjasama kedua-dua pihak, nampaknya gabungan PN masih sedia berunding dengan Umno untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.

Menurut sumber dekat dengan bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu, gabungan PN di Perak yang merangkumi 10 Adun termasuk PAS, Gerakan dan Bebas sedia menyokong Umno untuk menerajui kerajaan negeri dengan syarat.

"Ya, setahu saya rundingan kami tidak terputus. Gabungan PN sedia kerjasama dengan Umno dengan syarat Adun Rungkup Shahrul Zaman Yahya perlu dilantik sebagai menteri besar yang baru.

"Ini selepas, PN Perak berasa kecewa dan mempercayai bahawa Pengerusi Umno negeri Saarani Mohamad sebagai dalang di sebalik usul undi percaya terhadap Faizal Azumu," kata sumber itu.

Tambahnya, perkara ini telah dibincangkan pada Sabtu lalu di Ipoh, Perak.

"PAS turut hadir perbincangkan tersebut. Secara umumnya, PN Perak mengambil pendirian sedia menyokong Umno dengan syarat Shahrul adalah menteri besar," katanya lagi.

Namun, sumber itu mengakui tidak tahu perkembangan terbaru mengenai syarat tersebut.



Selain Shahrul dan Saarani, bekas menteri besar Zambru Abdul Kadir (Adun Pulau Pangkor) juga disebut-sebut sebagai calon menteri besar baru.

Sementara itu, Shahrul dalam kenyataan di Facebook berkata semua Adun Umno mencalonkan Saarani sebagai menteri besar Perak.

"Kami semua Adun Umno telah secara konsensus mencalonkan Saarani, pengerusi perhubungan Umno negeri Perak sebagai menteri besar Perak.

"Saya mohon untuk kita semua tidak membuat apa-apa spekulasi lagi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk mempertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah untuk dipilih menjadi mb Perak.. in shaa Allah..," katanya dalam satu hantaran Facebook sebentar tadi.

Dia menambah bahawa jawatan adalah satu pertanggungjawaban dan bukannya perebutan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa seramai 26 Adun telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Saarani sebagai menteri besar yang baru.

Sinar Harian melaporkan selain 25 Adun Umno, seorang Adun Bersatu turut menyokong Saarani.

"Seorang Adun daripada Bersatu yang sebelum ini mengambil keputusan keluar parti lama bagi menyokong pelantikan semula Faizal sewaktu 'Langkah Sheraton', turut mengambil tindakan sama.

"Sebenarnya, kalau kita perolehi sokongan empat lagi Adun Bersatu termasuk Ahmad sendiri, angka 30 Adun sudah memadai untuk Umno bersama Bersatu membentuk kerajaan baru.

"Namun, baginda Tuanku Sultan Perak pastinya mahu kerajaan terbentuk lebih stabil.

"Atas sebab itu, PAS perlu segera membuat keputusan sama ada menyokong kerajaan baharu diterajui Umno atau tidak," tambah laporan itu lagi.

Faizal sebelum ini menjadi menteri besar Perak selepas PH menang di negeri itu pada pilihan raya umum 2018.

Selepas 22 bukan memerintah negeri tersebut, Faizal yang juga Adun Chenderiang membuat kerjasama dengan Umno dan PAS menubuhkan Kerajaan PN, dan kembali menjadi menteri besar di bawah kerajaan negeri baru.

Bagaimanapun, dia disingkirkan sebagai menteri besar dalam satu usul undi keyakinan yang dibawa oleh Adun Umno Pengakalan Baru, Abd Manaf Hashim pada Jumaat lalu.

Timbalan Presiden Bersatu itu hanya meraih sokongan 10 Adun, manakala, 48 Adun tidak menyokong usul keyakinan itu.

Susulan itu, Umno yang menguasai 25 kerusi DUN disebut bakal menubuhkan kerajaan baru.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Jika puak keris telanjang sudah merasa diri mereka sangat kuat dan tidak memerlukan sekutu dan rakan lama yang telah melepaskan anjing tersepit, puak keris telanjang bertindaklah sesuka hati untuk memenuhi kerakusan nafsu serakah sendiri.

    Kaum Melayu Islam sekarang sudah cerdik dan mereka sedang memerhatikan gelagat pejuang Melayu palsu. Bila tiba pru nanti, rakyat terutamanya kaum Melayu akan sesuka hati menolak puak keris telanjang dan puak Pee H yang telah kencing rakyat.

    Buatlah sesuka hati mu sebelum kamu menanggis dan meratap hiba di tepi longkang !!! Orang bodoh pasti akan buang air dari tempayang kerana menyangka hari akan hujan. Kasihan !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaum Melayu Islam dah lama cerdik. Senario selepas PRU-14 orang Melayu cerdik hanya berbekalkan 1 kerusi DUN berjaya jadi MB dgn sokongan puak² PH drpd DAP dan PKR. Parti minoriti yg memerintah memujuk 2 lagi ADUN UMNO dari Manik dan Sekah lompat menjadikan mereka 3 kerusi. Slps kejatuhan PH ada drama air mata pula dari seorang Melayu yg akhirnya MB Melayu kekal sebagai MB. Hebarkan Melayu.

      Padam
  2. Akhir kalam, PPBM itu Taik. tenkiu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhir kalam, puak Pee H pimpinan abang besar roket adalah tangki taik yang sangat kotor dan menjijikkan kerana kencing rakyat secara berjemaah.

      Tenkiu !

      Padam
  3. Bersatu ni memang tak degil tak bertempat.. yg kesiannya PAS yg jadi penyokong buta kayu.. kene ingat yg PN ni ditubuhkan utk memastikan orang melayu Islam pegang pemerintahan dan kerajaan.. tak kisahlah sape pun nak jadi MB tapi yg penting mesti melayu Islam.. Bersatu ngan PAS kene sokong.. ni nak pilih2 pemimpin pulak sampaikan nak kenekan syarat bagai.. mana laungan demi melayu demi Islam tu??. takkan dah lupa bila ade kuasa.. setakat tahap Peja tu ramai lagi yg boleh ganti dalam UMNO... yg kesiannya penyokong2 Bersatu ni.. kene tipu ngan Bersatu dgn momokan demi melayu demi rakyat.. sekarang baru nampak yg Bersatu ni nak pemimpin dia je dok atas.. melayu Islam no 2.. yg paling penting pemimpin mesti dari Bersatu.. phuuiiii !!!...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sgt,PPBM tu pengkianat,PAS pulak dah sedap duk kerusi empok gaji besar,kenala bodek lebih sikit,nampak sgt PAS sayang jawatan dr bg sokongan pd BN.

      Padam
    2. Hanya puak yang tidak bermoral seperti puak Pee H pimpinan abang besar roket yang pernah kencing rakyat hingga hancing menyokong pengkhianatan puak keris telanjang terhadap sekutu dan rakannya sendiri sanggup melepaskan dan menyelamatkan anjing yang tersepit.

      Maka terbuktilah puak Pee H pimpinan abang besar roket dan lembu ternakan mereka adalah puak pengkhianat yang kejam kerana mereka sanggup menyokong pengkhianatan dan mengkhianati dan menghina Islam dan umat Islam dan kencing rakyat.

      Tindakan parti Islam menolak pengkhianatan adalah sesuai dengan ajaran Islam yang mengharamkan pengkhianatan.

      Maka sudah jelas puak munafiqun dan puak kafir harbi menentang ajaran Islam dengan menyokong pengkhianatan kerana mereka sudah biasa mengkhianati rakyat dengan pelbagai janji palsu.

      Mereka merasa sangat gembira kerana puak keris telanjang sudi mengikut perangai buruk mereka.

      Padam
    3. Orang tidak cerdik akan menulis "tak kisahlah sape pun nak jadi MB tapi yg penting mesti melayu Islam walaupun MB itu menjadi boneka puak Pee H pimpinan abang besar kafir harbi roket".

      Padam
    4. Perak memerlukan seorang MB yang berani dan tegas bagi imbangi kekuatan puak PH yg mempunyai 24 kerusi. Sokong AWANAMA

      Padam
  4. kenapa ppbm ni,,ini lah puak2 yg buat dajjal semasa dlm umno dahulu. dah terbiasa menjilat dap,,elok la tu,,baru sama dengan pas. pas dah berpuluh tahun menjilat dap..sekalipun dah sedar,,masih berperangai seperti dahulu. kenapa tak ikut suara majoriti? 25 adun umno setuju saarani, ketua umno Perak,,pn baru 10,,? apa punya bahlol mainan politik org2 melayu ni,,tak habis2 bodoh politik macam tahi....ranking paling tinggi la jadi MB, balol pas dan ppbm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam mengharamkan pengkhianatan tetapi puak munafiqun seperti RBA waspashit menyokong dan menghalalkan pengkhianatan dan menghina ajaran Islam dan parti Islam kerana parti Islam menolak pengkhianatan.

      Orang bodoh sahaja menyokong pengkhianat dan pengkhianatan kerana pengkhianat sanggup mengkhianati sesiapa sahaja.

      Padam
    2. Ya yang khianat tu ppbm. tolong khadam yang tu dulu

      Padam
  5. PAS dan BERSATU tak perlu lagi bersama UMNO. Perangai UMNO tak pernah berubah -tamak dan sikap nak jadi Abg Long kawasan mcm perangai Belanda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau begitu Bersatu sila tendang UMNO keluar dari PN Pusat habis perkara. Mereka bisa bergabung dengan PH utk sebuah kerajaaan yang kukuh.

      Padam
  6. Memang perangai UMNO jawatan dan habuan jadi pilihan. 60 dah pelahap duit kerajaan,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis tu perangai lebai n perangai bunga macam mana pulak? macam Quran berjalan ke???????

      Padam
  7. Ni petikan dari Malaysiakini yang tak cakap nama sumber berita ni
    Apa le korang.

    BalasPadam