Header Ads

ads header

Flash News

PN Belum Pasti Sokong UMNO di Perak


Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini, yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu.

Menurut kenyataan Media Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara BERSATU dan PAS melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

Bersatu kecewa dengan usul yang dibuat oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Kenyataan media yang dikeluarkan turut tidak memberi sebarang komitmen menyokong Menteri Besar dari UMNO.

Bersatu menyatakan semua keputusan yang bakal diambil BERSATU berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Huhu.. masa Bersatu mengadap Agong nak mintak darurat hari tu ingat UMNO tak kecewa? Ingat orang tak tau niat Bersatu mintak darurat tu?? Semuanya sbb nak lemahkan kemaraan UMNO dalam meminta lebih kekuasaan dalam kerajaan.. Bersatu punya tindakan terlalu melukakan hati UMNO.. kemain takut UMNO berpaling tadah masa tu seolah2 takde kepercayaan.. sekarang bila UMNO buat tindakan yg lebih kurang sama Bersatu pandai pulak kecewa.. haha.. lawak.. ada baiknya UMNO tinggalkan Bersatu dan bergerak sendirian kalau PAS taknak ikut.. ini lebih baik.. matlamat Bersatu adalah utk menguburkan UMNO sejak dari hari pertama penubuhannya.. tetap tak berubah sehingga kini.. hanya yg buta hati je tak dapat melihat semua ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. X abis abis ngan umno kecewa...umno dah perintah 60 tahun baru kena skit dah kecewa...tekan pas trg dan pas kelantan berpuluh tahun tp alhamdulillah pas n umno berpakat jadi MN...pas tak kisah dan umno pun bleh terima atas dasar islam dan melayu...
      Kena skit dah kecewa padahal yg kapur adalah ex umno gak

      Padam
  2. Bersatu cuba utk menjarakkan PAS dari UMNO. Carilah jalan utk nenyatukan parti melayu. Umno dah sokong Bersatu sebelum ni, jadi skrg Bersatu sokonglah UMNO dari belakang pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa umno tak jumpa PAS? Kalau betul nak baik dgn PAS. kalau bergadoh dgn bersatu kenapa taknak berbaik dgn PAS. Umno jgn rasa diri masih kuat atau memang umno suka jadi pembangkang. Taktau rasa bersyukur.

      Padam