Nak tawan PRU15? BN perlu kikis sikap ‘aku lebih hebat’, kata Annuar
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa mengingatkan gabungan itu supaya membawa pemikiran baru dan mengikis sikap “lebih hebat dari orang lain” jika mahu menawan semula pilihan raya umum akan datang.
“PRU15 perlu pemikiran baru. Jika BN kekal dengan ‘superiority complex’ dan ego lama, ia bakal menemui jalan sukar,” katanya di Twitter.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengingatkan akar umbi dan pemimpin parti komponen senario politik PRU15 tidak sama seperti sebelumnya.
“Waktu itu BN merupakan parti pemerintah yang menguasai banyak aparatus pentadbiran dan sumber yang cukup. Itu pun BN tewas,” katanya.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini memberi bayangan, PRU15 dijangka diadakan pada bila-bila masa selepas wabak COVID-19 dapat dikawal dengan kemasukan vaksin peringkat pertama pada suku pertama tahun depan.
MR : UMNO kena ada orang yang ada otak macam Annuar Musa
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
kita berpegang Buang yang keruh ambil yang jernih bertaut kepada TALI ALLAH muafakat…TAPI jika sekutu masih ada EGO SOMBONG dan DENDAM SUKAR BERMAAFAN antara penyakit hati dan BISIKAN SYAITAN…muktamad
BalasPadamkeseorangan itu LEMAH tetapi BERJEMAAH itu KUAT JITU MANTAP…demi AGAMA BANGSA NEGARA