Ku Nan dihukum penjara 12 bulan, denda RM2 juta
Tengku Adnan Tengku Mansor dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta dalam sabitan kes rasuah RM2 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan keputusan itu semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.
Ketika hakim mensabitkan hukuman, Tengku Adnan melihat dari kandang pesalah.
Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.X
Awal hari ini, mahkamah telah mendapati bekas menteri wilayah persekutuan itu bersalah atas tuduhan rasuah.
Terdahulu, peguam utama pembelaan Tan Hock Chuan semasa memohon hukuman yang ringan berkata anak guamnya adalah pesalah pertama dan kesalahan itu bukan jenayah yang sangat kejam.
Mohon hakim pertimbang majoriti tipis parlimen
"Anak guam saya adalah penyumbang yang besar kepada negara dan telah berkhidmat dalam kabinet dan parlimen selama 17 tahun.
"Kami memohon tidak dikenakan hukuman penjara dan hanya denda dikenakan terhadap anak guam saya.
"Saya memohon agar mahkamah mengenakan hukuman denda kurang daripada RM2,000 untuk mengekalkan kelayakannya sebagai ahli parlimen," katanya.
Kata Tan, mahkamah perlu mempertimbangkan majoriti tipis di Dewan Rakyat dan kerajaan sekarang akan terjejas sekiranya tertuduh hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.
Ini mendorong pertanyaan daripada hakim Mohamed Zaini, "haruskah saya prihatin dengan perkembangan politik negara ini?"
Tan menjawab bagi mahkamah mendapati berlakunya jenayah, mahkamah tidak boleh prihatin tetapi untuk tujuan menjatuhkan hukuman, keputusan mahkamah akan memberi kesan.
"Mahkamah boleh mengambil pengiktirafan kehakiman. Kami mengatakan bahawa ia adalah faktor yang mahkamah boleh pertimbangkan. Kesannya bukan secara terasing tetapi kumulatif dengan yang lain," katanya.
Peguam itu juga berkata Tengku Adnan mempunyai banyak masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi, kolestrol dan masalah paru-paru.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim pula berhujah permohonan pembelaan supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda di bawah RM2,000 supaya tidak kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen bukan hukuman yang setimpal diberikan oleh mahkamah.
"Jumlah dalam pertuduhan adalah RM2 juta dan tertuduh sebelum ini pernah menyatakan wang RM2 juta itu hanya 'duit poket' untuknya.
"Tak kan nak hukuman denda RM2,000 untuk elak kehilangan kelayakan. Setiap kali pilihan raya, akan berlaku perubahan. Jika tertuduh tidak menjadi MP (ahli parlimen), maka orang lain akan berpeluang memegang jawatan dan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.
Semua sama di sisi undang-undang
Ditanya hakim mengenai jumlah denda yang pihak pendakwaan rasakan sesuai, Julia berkata: “Tidak kurang daripada jumlah seperti yang dipertuduhkan”.
Julia berhujah isu kepentingan awam perlu diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman.
"Hukuman yang diberikan bukan hanya memberi pengajaran kepada tertuduh, bahkan masyarakat," katanya.
Julia turut memberi contoh mengenai hukuman yang diberikan kepada bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang dijatuhkan hukuman penjara setahun pada 2011 membabitkan seksyen sama, Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Tan kemudiannya bangun dan memaklumkan kepada mahkamah faktor umur dan kesihatan anak guamnya yang menjadi keutamaan.
"Alasan utama saya untuk meminta mahkamah agar tidak menjatuhkan hukuman penjara bukan kerana hilang kelayakan. Ini adalah faktor usia dan kesihatannya," katanya.
Dalam penghakimannya Mohamed Zaini berkata mahkamah cenderung untuk mengikut kes sebelumnya dan memetik kes rasuah Dr Mohamad Khir yang dipenjara selama setahun.
"Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda sebanyak RM2 juta. Sekiranya gagal berbuat demikian, akan menjalani hukuman penjara enam bulan. Hukuman itu akan bermula dari tarikh penghakiman," kata hakim.
Mohamed Zaini berkata Tengku Adnan bukan pegawai awam dan ahli politik pertama yang disabitkan dengan kesalahan.
"Ada yang lain. Semua orang sama di sisi undang-undang. Saya tidak menafikan beliau telah berkhidmat untuk negara ini selama bertahun-tahun tetapi hukuman itu mesti mencerminkan jenayah dan menjadi pengajaran kepada orang lain," katanya.
Tengku Adnan kelihatan tenang sepanjang prosiding itu yang turut dihadiri isterinya, Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini @ Anggraini Sentiyaki, dua anak lelaki mereka serta ahli keluarga yang lain.
Selepas prosiding berakhir, Tan ketika menjawab soalan pemberita berkata pihak pembelaan akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu, sama ada hari ini atau esok.
Tengku Adnan bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan terus berlalu menaiki kenderaannya.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk keputusan kes pada akhir pembelaan.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang lain pada 7 Dis memberikan Tengku Adnan pelepasan yang tidak dibebaskan (DNAA) dalam satu lagi kes rasuah bernilai RM1 juta.
Menurut pertuduhan yang berkaitan dengan keputusan hari ini, Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB.
Rasuah itu diterima Tengku Adnan melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Ahli parlimen Putrajaya itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di Kuala Lumpur pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala peguam Tan Hock Chuan mengetuai pasukan pembelaan.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
demi undang2, demi kebenaran tiada pilih bulu...
BalasPadamlge,,cina,,kes mahkamah dibuang mcmtu je,,salah guna kuasa ag lagi,,tiada masalah. pasai cina...tp, jika melayu,,korek sampai ke lubang cacing. nampaknya, siri2 filem memburukkan org melayu berterusan,,sekalipun phancing tidak berkuasa,,namun anjing2 dan baruwah2 dapig masih bersembunyi disebalik slogan "keadilan".
BalasPadamTakde encik, Kes ini akan jadi precedent utk kes LGE. Sabarlah.
Padamorang yang menerima rasuah memang patut dikenakan hukuman(tentang berapa lama hukuman penjara dan sebagainya biar peguam sama peguam berlawan),
BalasPadamorang yang memberi rasuah adakah akan didakwa juga( adakah akan dibicara berasingan),
lagi satu soalan saja tanya, bini dia orang bangsa apa, panjang betul nama dia 4 ayat(4 words) dah termasuk 'binti' ke
Proses pembersihan. Umno juga banyak menjarah ekonomi.
BalasPadamBagaimana pula rakyat marhaen yg disabitkan salah dgn rasuah bernilai 2 juta?.. adakah hukuman mereka juga sama 12 bulan dan denda 2 juta?? Dan adakah dgn denda 2 juta bagi orang yg mengatakan nilai 2 juta adalah duit poket memberi kesan pada dirinya? Dan bagaimana pula hanya hukuman penjara 12 bulan yg sengaja diberikan utk memberi kelayakam bertanding dalam pilihanraya? Dimata rakyat yg kurang cerdik mungkin nampak sebagai hukuman.. tapi yg cerdik tak nampak langsung itu hukuman tapi sebaliknya utk mengaburi mata rakyat dan menampakkan seolah2 sistem keadilan sentiasa memerangi rasuah.. nanti kalau bagi hukuman berat takut dikhuatiri KuNan berpaling tadah dalam keadaan sokongan tak berapa nak cukup ni.. huhu.. akhirnya terlepas lagi seorang penyangak rasuah yg menghancurkan melayu..
BalasPadamUNDANG2 tetap kena dilaksanakan TIDAK KIRA SIAPA DIA...UMNO,DAP,PKR,PAS,BERSATU,PEJUANG @ MANA2 AHLI POLITIK PEMERINTAH @ PEMBANGKANG...TERBUKTI BERSALAH...TETAP KENA HUKUM BERSESUAIAN DENGAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG KENA DAKWA...AKU HANYA MENUNGGU DSAI UNTUK MENGHERET TUN MAHATHIR KE MAHKAMAH TENTANG KRONISMA,NEPOTISMA MAHATHIR...BUKTI2 PERLAKUAN MAHATHIR CUKUP BANYAK DITANGAN DSAI...@ DSAI HANYA TEMBERANG AJE LEBIH...@ DSAI INI SPESIS FASIK SELEPAS AGAMA SAMPAI KEPADANYA...SAMPAI BILA DSAI NAK PEKASAMKAN BUKTI2 KUKUH ITU ???..😁😁😃
BalasPadamSaya ulang..saya ulang saya Anwar Ibrahim memang MUNAFIK
PadamPatut dia hilang kelayakan jadi MP. Jikalau jadi "hung Parlimen", maka YDP Agong patut memerintah.
BalasPadamParti Melayu sedang mengalami proses pembersihan di mana pemimpin-pemimpin rasuah telah hukum atau sedang didakwa di mahkamah. Allah Maha Bijaksana Maha Mengetahui.
BalasPadamSemoga semua ahli dan perwakilan parti Melayu melantik orang-orang yang benar-benar bersih menjadi pemimpin parti Melayu berjuang membela hak kaum Melayu Islam supaya parti Islam, parti bumiputera, kaum Melayu Islam dan rakyat percaya pada parti Melayu.
Majoriti orang Melayu masih hidup miskin walaupun negara telah lama merdeka kerana sebilangan pemimpin parti Melayu rasuah kerana mempunyai kroni kafir. Mereka mengutamakan agenda peribadi mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan kroni maka laungan "Hidup Melayu" hanyalah slogan kosong untuk kencing kaum Melayu sahaja.