Ku Li enggan sertai undian belanjawan selagi keabsahan kerajaan tak diuji
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah terus mempersoalkan keabsahan pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Tengku Razaleigh, juga dikenali sebagai Ku Li, adalah salah seorang daripada lima ahli parlimen kerajaan yang tidak hadir dalam dua undi belah bahagi mengenai peruntukan Belanjawan 2021 untuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan hari ini.
Peruntukan itu diluluskan selepas mendapat undi menyokong yang lebih banyak berbanding undi tidak bersetuju.
Ketika dihubungi, pembantu Tengku Razaleigh berkata bahawa ahli politik veteran itu menghadiri sidang hari ini tetapi pulang sebelum jam 2 petang ketika undi belah bahagi pertama dijalankan.
"Kita balik sebelum tu... Tengku Razaleigh dah kata dia tak akan turut serta dalam perbincangan belanjawan selagi dia tidak iktiraf keabsahan (kerajaan)," kata pembantu itu.
Dia menambah bahawa Ku Li itu akan terus tidak terlibat dalam undian selagi sokongan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan tidak ditentukan melalui usul tidak percaya.
Untuk rekod, untuk hari-hari mendatang akan menyaksikan 25 pusingan pengundian lagi sebelum belanjawan dapat diluluskan secara keseluruhan.
Tengku Razaleigh sebelumnya menghantar surat - yang kini sudah didedah kepada umum - untuk memberitahu Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengenai rancangannya untuk tidak terlibat dalam perbahasan belanjawan selagi majoriti kerajaan PN masih belum diuji.
Dia juga berpendapat Azhar telah melanggar kebebasa parlimen yang dilindungi perlembagaan dengan menyarankan agar dia meminta persetujuan kerajaan untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.
Menjelang pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 sebelum ini, Ku Li telah mengedarkan suratnya kepada anggota parlimen lain di Dewan Rakyat tetapi tidak hadir semasa pengundian 26 November.
Tengku Razaleigh, yang mempengerusikan majlis penasihat Umno, bukan satu-satunya ahli parlimen Umno yang tidak hadir pada kedua-dua pusingan pengundian belah bahagi hari ini.
Menariknya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) dan Najib Abdul Razak (BN-Pekan) juga tidak hadir.
Dua lagi tidak hadir dari bangku kerajaan ialah Richard Riot (GPS-Serian) dan Willie Mongin (PN-Puncak Borneo).
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
jangan dilayan manusia bodoh ( kuli ni, ngaji cerdik,,tp bodoh ugama ) mcm ku li ni. islam mengajar kita bersatu dan bekerjasama dan bantu membantu,,yg dia nak buat masalah apa cerita? mau jadi duri dalam daging ka ? confirmed,,ku li ni dah expired dan tidak lagi bermanfaat untuk kesatuan org melayu.
BalasPadamOrang tua niii...
BalasPadamDah nyanyok .. dah expired ka...
Lain kali kalau tak nak ngaku PM tu salahkan Agong la, kalau kau berani...sbb Agong yg lantik PM sekarang... lepas PM nyanyuk ngigau letak jawatan..
Kau takut pulak nak salahkan Agong..kan !
Yg ke2.. kalau kau tak terima kerajaan yg ada, jangan join sidang Parlimen.. jangan join pembentangan belanjawan... sbb kau kata diaorang tak sah... jadi buat apa join kerajaan yg kau kata tak sah tu..
Pru 15 kita tengok gua musang apa jadi
BalasPadamRakyat tidak rugi satu sen pun tanpa najib,ku li,zahid dalam arena politik Malaysia...apa lagi beberapa orang pemimpin ameno yang telah rakyat tolak.Mereka ini pentingkan tembolok sendiri sahaja. UBN hanya layak ketuai oleh Tok Mat. Kewujudan MN juga semasa Tok Mat memangku jawatan presiden ameno
BalasPadamKU LI nak jadi KULI pada pihak mana???jika bagus sangat patut menang lawan tun..MALU setelah kalah tubuh S46 hingga cari TALIAN HAYAT dgn PAS atas nama BA/PR...setelah dapat Madu.. sepah PAS dibuangnya malah sentiasa menghentam membenci PAS hgga sekarang....I know what you do last season...
BalasPadamJADI siapa yang bermuka-muka atau KHIANAT...SEPERTI yang dijaja oleh pembenci TEGAR PAS...ARIFF muluk... 355 DAN pemuja2 TOKONG SUCI
keabsahan Perikatan Nasional (PN) dan usul undi tidak percaya apa yang nak ku li cakap ni, semasa runtuhnya ph dengan peletakan jawatan mahadir selaku pm pada ketika itu dan pelantikan pn sebagai kerajaan baru untuk mentadbir negara, kenapa tak bantah saja diatas perlantikan pn itu pada masa ketika itu, tapi setelah sekian lama mentadbir dan telah menunjuk kemempuannya, kenapa tiba2 sekarang mempersoalkan keabsahannya dan mahukan usul tidak percaya, sepatutnta sebagai seorang politiksian yang matang dan berpengalaman tak sepatut termakan asutan mahadir dan puak2 ph yang memang sudah meroyan dan gilakan kuasa.
BalasPadamkeabsahan kerajaan pn sudah pun terbukti apabila lulusnya bajet 2021 dengan sokongan majoriti, apa ku li mau lagi
Allah dah bantu kita satukan Islam dan bangsa Melayu.
BalasPadamAlhamdulillah
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPentingkan Diri...
BalasPadamOtak dah xpired...
Kau seko tak jadi kudis pun..biarkan dia mereput..biar dia bertapa dalam gua musang sampai kiamat
BalasPadam