Header Ads

ads header

Flash News

Kartel tukar daging haram jadi halal

 


BANGI –
Sesiapa yang terbabit dalam kes memalsukan dokumen dan logo halal bagi produk makanan untuk pasaran di negara ini harus dikenakan hukuman berat.

Baru-baru ini, terbongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia

Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku, dan menjadikan sebuah gudang di Senai, Johor Bahru sebagai lokasi membuat label dan cap palsu yang kemudiannya ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.

Tindakan untuk menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yakin perkara ini berlaku berpunca daripada sifat ketidakjujuran dalam mana-mana rantaian proses import dari negara asal hingga ke pasaran kepada orang awam.

“Barangkali ada isu-isu integriti dalam agensi-agensi berkaitan. Dari segi hukum pula, apabila kita mengetahui bahawa daging itu asalnya tidak halal, maka umat Islam haram menjual, membeli dan memakannya.

“Langkah terbaik kenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada individu mahupun kumpulan bersubahat dengan kegiatan itu,” katanya menulis di Sinar Harian.

Pada masa sama, Ustaz Zamri berkata, isu berkaitan makanan halal dan baik atau halalan toyyiban banyak disentuh dalam al-Quran, yang seharusnya menjadi panduan serta rujukan umat Islam.

Katanya, isu makanan tidak boleh lagi dilihat sebagai isu individu namun mesti dilihat sebagai tuntutan bagi memenuhi keperluan umat Islam yang menjadi majoriti penduduk negara ini.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman turut menggesa perkara sama, supaya individu termasuk pembekal, pemborong dan peniaga yang cuba mengambil kesempatan menjual produk daging diragui status halalnya diambil tindakan tegas.

Katanya, tindakan itu penting dalam menjaga kepentingan umat Islam di negara ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membawa masuk daging dari negara yang tidak mendapat pengiktirafan halal.

“Kita bimbang, produk daging import ini diedar ke pasaran menggunakan logo lalal palsu dan dibeli umat Islam.

“Justeru, pengguna dalam kalangan umat Islam juga kena lebih berhati-hati memilih produk daging import ini supaya tidak terbeli daging yang diragui status halal,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Isu ini patut di sebar habis2an. Ia melangkaui kepartian. Ianya isu darah daging kita yang di catur oleh puak yakjuj makjuj.

    Tak nampak pun tindakan serius pihak berwajib hendak menarik balik stok yang telah berada di pasaran, atau hebahan pada rakyat yang beragama Islam khususnya.

    Ini isu jual daging tapi sebenarnya bangkai !!

    BalasPadam
  2. Kenapa isu ni anjing2 Pas sm lebai bahlol x terpekik terlolong? Mulut dah penuh dgn habuan dunia ke? Harakah pun senyap.
    Time PH dlu, pantang ada isu skit..punya la bising mcm nk kiamat. Kes arwah adib pun dh sunyi sepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah kasihan puak RBA @ anjing-anjing kurap dan sifu roket meroyan dan menyalak histeria seperti anjing lapar kebuluran tak makan sebulan apabila puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka digulingkan baham tanah oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang bermaruah.

      Kita juga merasa hairan mengapa anjing kurap dan tuan kafir harbi tidak menyalak histeria apabila ahli bomba dibunuh di kawasan kuil hindu ?

      Bukankah AG tomato kicap cap roket telah telah cuba menafikan ahli bomba dibunuh ? Bukankah ini bererti KERA jaan Pee H pimpinan puak kafir harbi juga cuba sabotaj kes ahli bomba dibunuh ?

      Kes bunuh ahli bomba dibunuh di zaman Pee H pimpinan puak rasis roket apa cerita ?

      Mengapa pertubuhan pengganas hindu LTTE cuba di'suci'kan oleh pemimpin Pee H dari Kerala ? Untuk bebas pemimpin-pemimpin roket dari pendakwaan mahkamah ?

      Padam
  3. Encik, mana kamu tahu itu daging haram ?. Bukankah daging itu halal tapi tak diluluskan oleh Jabatan agama Islam atas sebab-sebab lain.

    BalasPadam