Header Ads

ads header

Flash News

Ganggu Belanjawan : Duta Khas Ke Timur Tengah Dikaitkan


Parlimen hari ini digemparkan dengan pertikaian yang dibuat oleh Ahli Parlimen Padang Serai YB Karupaiya Mutusami dari PKR berkaitan dengan kedudukan Duta Khas ke Timur Tengah. Tugas Duta Khas Timur Tengah jelas menunjukkan posisi penting untuk negara Malaysia terus memperkukuh hubungan luar dengan negara-negara Arab di Timur Tengah. Malaysia bukan sahaja sebuah negara yang hanya berfungsi penglibatannya bersama negara ASEAN tetapi sudah barang pasti hubungan dengan negara-negara Arab.

Ahli Parlimen Padang Serai mungkin keliru antara tugas Duta Khas dengan Duta ke Luar Negara sehingga beliau seakan "buta" tanpa mampu melihat peranan dan tugas yang dimainkan oleh Duta Khas Timur Tengah iaitu YB Dato Seri Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sebelum ini sewaktu tempoh PKP, YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijemput memberikan ucapan mengenai isu yang melibatkan ummah iaitu Baitul Maqdis. Malah ucapan-ucapan beliau yang cukup banyak bersifat membina hubungan dengan melibatkan tokoh-tokoh negara luar. Lontarannya berkaitan peranan menjaga dan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara terbabit. Ini tidak termasuk *syor dan saranan komprehensif kepada kerajaan Malaysia bagi memulihkan ekonomi pasca Covid-19, khususnya melalui peluang kerjasama negara-negara Islam di Timur Tengah yang diserahkan sendiri oleh YB Dato' Seri Tuan Guru kepada YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul, Menteri Kewangan* pada bulan September yang lalu.

Dakwaan jahat kononnya pembaziran jelas menunjukkan sikap YB Padang Serai yang sengaja mahu mengganggu Belanjawan 2021 ini sejak awal, bukan kerana ada isu penting tetapi sengaja diciptakan isu. Datanglah apa sahaja kebaikan dari kerajaan namun tetap akan dibangkang tanpa kematangan.
DHPP Selangor berdiri teguh mempertahankan kedudukan Duta Khas ke Timur Tengah bagi memastikan keharmonian dan hubungan dengan negara-negara Arab dapat dikekalkan.

Dato Deepakaran a/l Karuppiah
Ketua DHPP Selangor
1 Disember 2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. mari coba keberuntungan Anda bersama kami
    deposit minimal 20rb bisa menangkan jutaan jika beruntung
    tunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ"COM
    Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam
  2. itu dikatakan dahlah bodoh sombong lagi pulak, dulu masa LTTE yang mengganggu keselamatan negara cow(awak) nama pergi

    BalasPadam