Header Ads

ads header

Flash News

Dulu khianat AMANAH kini khianat PPBM, Hasnul tunggu keputusan Bersatu


Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata dia sedang menanti parti barunya - Bersatu - memutuskan apa tindakan yang akan diambil ke atasnya selepas dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu.

Media sebelum ini melaporkan Bersatu sedang membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan ke atas Hasnul Zulkarnain termasuk memecatnya.

Untuk rekod Hasnul Zulkarnain merupakan bekas ketua Pemuda Amanah yang meninggalkan partinya untuk menjadi Adun bebas menjelang kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak.

Dia kemudian menyertai Bersatu. Ahmad Faizal pula merupakan timbalan presiden parti berkenaan yang berdepan undi percaya dibawa Adun Umno di DUN Perak pada 4 Dis lalu.X

Ahmad Faizal terpaksa berundur dari jawatan menteri besar Perak selepas hanya mendapat keyakinan 10 daripada 59 Adun Perak, berbanding 48 undi yang menolaknya. Seorang Adun berkecuali atau membuat undi rosak.

Selain itu Hasnul Zulkarnain juga dikaitkan dengan perakuan bersumpah (SD) Adun Perak yang menyokong pengerusi Umno negeri itu Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar baru.

The Malaysian Insight melaporkan Biro Politik Bersatu pada Jumaat lalu membincangkan kedudukan Hasnul Zulkarnain ekoran perkembangan di DUN Perak.

“Kami mengenal pasti Hasnul sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong MB (menteri besar) semasa usul percaya.

"Beberapa pihak dalam parti berpendapat beliau wajar dipecat kerana sudah beralih sokongan,” lapor portal itu yang memetik sumber kanan Bersatu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini Hasnul Zulkarnain berkata dia baru saja mendapat tahu mengenai hal berkenaan namun enggan memberikan sebarang ulasan.

"Saya pun baru dapat berita (mengenai pendirian Bersatu).

"Tak apalah, tunggu keputusan Bersatu. Saya pun tak nak komen," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan semua 25 Adun Umno dan seorang dari Bersatu menyatakan sokongan mereka kepada Saarani melalui SD agar Adun Kota Tampan itu dilantik menjadi menteri besar baru Perak.

Untuk menguasai sokongan di DUN Perak, seseorang calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 undi daripada wakil rakyat yang ada.

Majlis Tertinggi Umno malam tadi memutuskan untuk mempertahankan kerajaan PN di Perak yang membabitkan PAS dan Bersatu.

MR : Kalau geng AMANAH, jangan percaya mereka ini ada organasasi dalam organasasi. Mereka tak ikut keputusan parti kalau bercanggah dengan keputusan bos dalaman mereka



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. baik amahnah ke bersetubuh ke? sama je kan MR.. ...rakyat dok tengok je gelagat katak2 PRU 14 ni,abang2 MUAFAKAT NASIONAL jaga2 dgn geng ni, kapal diorg da nk karam... semua nk cari pelampong PRU15..

    BalasPadam
  2. ko cakap pasal khianat, ko tahu ke amanah tu khianat tahap berapa, khianat kepada agamanya dan bangsanya sendiri dan walak kepada dapig( memberi laluan kpd dap) tu lebeh keji

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah nama khianat jgn lah buat.. tak kiralah tahap mane pun.. nanti kat neraka kene azab.. main pilih2 plak mane lebih keji.. kau ingat kene azab dgn api kuning tu tak meraung banding kene azab dgn api biru??? kene ingat khianat pada bangsa lain dan agama lain pun Allah akan azab kalau tak betul2 jelas kezaliman dan kejahatan mereka..

      Padam
  3. Betullah ape dia buat.. nama pun PN.. Pengkhianat Negara.. so kene biasakan dgn main2 khianat ni.. Bersatu boleh khianat takkan tak boleh dikhianati.. pelik tu.. Bersatu siap boleh cakap kecewa dikhianati.. haha.. macam tak pernah mengkhianati pulak ye..

    BalasPadam