Header Ads

ads header

Flash News

Beginilah Lim Guan Eng Begitu juga Mat Sabu


Dikira dari 9 Mei 2018 hingga sekarang, tempoh masanya adalah kurang lebih 31 bulan. 22 bulan Pakatan Harapan menjadi kerajaan memerintah dengan Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir bin Mohamad yang ketika itu adalah juga Pengerusi PH.

Kejatuhan Kerajaan PH bermula dengan perletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri yang secara automatiknya membubarkan jemaah kabinet yang ada pada masa itu. Masa "vacuum" itulah digunakan oleh para pengkhianat bagi menjalankan plot mereka melalui apa yang dikenal sebagai Langkah Sheraton, sehingga tertubuhnya sebuah perikatan kerajaan "kabur" dengan nama Perikatan Nasional.

Kesalahan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Anwar Ibrahim ketika itu ialah kerana mendesak Mahathir yang tidak mahu menunaikan janji supaya menunaikan janji.

Dan ya, hari ini tampak bahawa memang segelintir pimpinan Amanah dan DAP menuding jari kepada Anwar memaksudkan bahawa desakan menunaikan janji itu adalah salah!

Berbalik kepada tempoh, selepas 22 bulan, Mahathir tidak lagi bersama PH, Bersatu juga mengambil keputusan keluar dari PH.

Selepas itu baharulah Anwar mengambil-alih kepimpinan Pakatan Harapan. Ditolak 22 bulan dari 31 bulan, bakinya hanyalah 9 bulan! Hingga sekarang, Anwar hanya memimpin PH 9 bulan!

Dan selama 22 bulan sebelum itu, Anwar tiada apa jawatan dan kepentingan pun dalam kerajaan. Hanya kerana sekali kegagalan menolak Bajet, dalam tempoh 9 bulan sahaja Anwar memimpin PH, kamu semua meroyan bagai tidak sedar diri, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan.

Apa yang kamu semua tidak sabar dan kejarkan? Kedudukan? Kuasa? Itu sahaja? Bagi saya (dan saya yakin ini juga pendapat majoriti pendokong reformasi), tidak ada gunanya kedudukan dan kuasa itu bila sudah terbukti bahawa selama 22 bulan di bawah telunjuk orang tua itu, agenda reformasi teras yang menjadi perjuangan kami puluhan tahun gagal dilaksanakan.

Hanya kerana Bajet 2021 lulus, kamu mula bercakap soal "political reset" pembangkang, anjakan baharu perserikatan pembangkang, "grand coalition" melangkaui PH, PH Plus (2).

Semua idea ini secara jelas mempertikaikan kerangka kepimpinan atasan Pakatan Harapan sedia ada, dengan kata lain, kepimpinan Anwar Ibrahim, yang hanya berumur 9 bulan! Ya saya akui, wujud peluang untuk mengambil-alih semula kerajaan dengan kembali bergabung bersama blok Mahathir.
Tetapi seperti yang saya soal tadi, apakah hanya itu kehendak kamu? Pada kuasa dan kedudukan? Sedang kami para pendokong reformasi sudah lama melupa dan melupus kehendak peribadi kami, yang ada hanyalah kehendak perjuangan.

Tiada gunanya kuasa dan kedudukan sama ada ketika 22 bulan PH memerintah, sekarang di bawah Perikatan Nasional atau akan datang dalam impian kamu bersama "grand coalition" jika sampai ke situ pun kita masih diikat dengan dogma lama, orde lama tinggalan 61 tahun pemerintahan Perikatan/Barisan Nasional dahulunya.

20/21 tahun kami menggerakkan perjuangan reformasi adalah untuk merobah tatacara dan tatakelola kerajaan supaya akhirnya kami dapat menutup ketirisan sistem yang selama ini memungkinkan berlakunya salah urus dan salah guna kuasa, korupsi, rasuah serta kezaliman.

Kamu kata pemimpin-pemimpin Umno yang memperdaya Anwar itu sebagai oportunis kuasa, jangan sampai kamu lupa bertanya diri sendiri akan hal yang sama juga. Mahathir pula bagaimana? Apakah kerana dia duduk di kerusi pembangkang, sebahagian dari 108, maka dia sudah menjadi mulia?

Tela'ahlah setiap tutur-katanya, di samping rungutan dan komplennya terhadap Muhyiddin, Najib, Zahid atau Perikatan Nasional, akhir katanya, akhir kalamnya hanya ada dua perkara, pertama dia mahu menjadi Perdana Menteri lagi, kedua dia tidak mahu Anwar menjadi PM, itu sahaja perjuangannya sekarang. Itu bukan "reform," itu kesombongan diri dan dendam peribadi.

Kenapa kamu tiba-tiba menjadi tidak sabar, Anwar seperti saya kata baharu memimpin Pakatan Harapan 9 bulan. Hanya kerana dia tidak berjaya mendapatkan sokongan dari beberapa kerat Ahli Parlimen Umno, kamu katakan dia asyik terkejar bayang-bayang.

Dia sudah berusaha, tetapi dia terus-terusan ditahan, di simpang itu, di simpang ini, menggunakan autoriti-autoriti tertentu supaya usahanya itu terdedah kepada kepanjangan masa yang sengaja dicipta bagi memberi ruang kepada musuhnya membuat serangan dan tawaran balas.

Apakah kamu sudah dibutakan mata dari melihat ini semua? Sungguh kamu orang yang tidak mengenang budi, sama perangainya dengan anak-anak ikan dalam Angkatan Muda Keadilan baru-baru ini.

Dua puluh tahun kamu angkut sosok ini semasa bebasnya merata-rata, kamu cetak wajahnya merata-rata, kamu tulis namanya merata-rata, kamu jaja mata lebamnya merata-rata, kamu usung isteri dan anaknya merata-rata. Sekali dia gagal kamu sudah anggap dia seperti sepah.

Kenapa dahulu kamu tidak pernah menuding jari kepada Mendiang Pengerusi dan Almarhum Mursyidul Am lama kamu menyalahkan mereka kerana gagal membawa kamu ke Putrajaya?

Atau kerana ketika itu kamu belum merasa empuk kerusi kuasa? Hari ini kamu melihat Anwar seperti tebu, tebu yang sudah habis diperah dan digilis, tinggal sepahnya sahaja, habis madu sepah dibuang!
Kalau kamu merasa Mahathir boleh menjadi madu baharu kamu, bersama yang lain seperti Shafie Apdal dan Warisannya, boleh membentuk satu "grand coalition" yang memungkinkan pengambil-alihan kerajaan serta merealisasikan mimpi terdesak kamu untuk kembali jadi menteri, jadi timbalan menteri, jadi setiausaha politik, sedang seorang gurkha tua Umno seperti Tengku Razaleigh Hamzah pun gagal ditariknya, maka teruskanlah...

Bagi kami mudah, perjuangan reformasi jalan terus!

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜

Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98

MR : Sekali sekali cuba pasang teliga (bang dengor) rumah jiran merintih kesedihan



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Pergi ke pasar membeli-helah,

    Penat membeli singgah di teratak,

    Hubungan gonna end dengan mike syiah,

    Bagai towkay dengan kuli batak,

    BalasPadam
  2. Pergi melancung di pulau Bali,

    Beli cenderahati untuk disimpan,

    Untung sifu roket mendapat kuli syiah,

    Semua arahan dijawab "Ya tuan".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Pergi melancung di pulau indah,

      Beli cenderahati untuk disimpan,

      Untung sifu roket mendapat kuli syiah,

      Semua arahan dijawab "Ya tuan".

      Padam
  3. Rakyat miskin perlu bantuan,

    Meminta sedekah di pinggir tanjung,

    Kuli syiah berlagak tuan,

    Seperti katak naik junjung.

    BalasPadam
  4. Wajah jin kafir sangat hodoh,

    Ganggu manusia tidak beriman,

    Pengikut mike syiah sangat bodoh,

    Kerana berani hina Nabi dan Tuhan.

    BalasPadam
  5. Musang kehutan memburu angsa,

    Sambil mengejar si rama-rama,

    Khianati Islam perkara biasa,

    Kerana dedak roket lebih utama.

    BalasPadam
  6. Puak munafiqun sanggup menjual agama Islam dan bersekongkol dengan puak kafir harbi untuk mendapatkan sedikit keuntungan dunia tetapi Allah tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada mereka.

    (1) Allah telah berfirman yang bermaksud:

    Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

    (Al-Baqarah 2:14)

    (2) Allah SWT berfirman maksudnya:

    "Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya" (Surah ali-Imran :77).

    BalasPadam
  7. Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". inilah berlaku PKR Dtubuhkan 22 tahun lalu hanya utk batang KEadilan tubuh anwar..manakala yg mendakwa terlalu amanah pula sebab kecundang di muktamar pimpinan mat sabu diikuti kekecewaan majlis syura memutuskan kjsama dgn DAPIGS lagi kerana mula memeperlekehkan Syariah ISLAM.

    BalasPadam
  8. reformasi keadilan sudah lapuk, sudah tdk sesuai buat rakyat malaysia masa kini...geli rasanya nak melaungkan 'reformasi' lansung dianggap sudah ketinggallan zaman... PKR hari ini spt syok sendiri dgn beranggapan anuar sebagai pemimpin hebat mereka... hakikatnya anuar adalah laibiliti PH...maka itulah PH kian ditolak rakyat hari demi hari....selagi ada anuar..,usah bermimpi utk menjadi kerajaan....anuar bukan jenis pemimpin yg sesuai buat rakyat malaysia...,khusus utk umat melayu Islam....

    BalasPadam