Header Ads

ads header

Flash News

Asyraf mengharapkan Muhyiddin, Bersatu 'pulang ke gagang' Umno


Sudah sampai waktunya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan parti pimpinannya Bersatu 'pulang ke gagang' Umno, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

"Demi mengelakkan penyatuan ummah menjadi retorik sebagaimana saranan Muhyiddin, penulis berasakan sudah tiba masanya untuk perdana menteri bersama seluruh saf kepimpinan dan ahli Bersatu untuk kembali ke pangkuan Umno," katanya pada penulisan kolum Sinar Harian, terbit hari ini.

Jelasnya, sebahagian besar pimpinan Bersatu berasal "daripada rahim yang sama iaitu Umno."

"Hakikatnya, dasar, orientasi dan ideologi Bersatu adalah sama dan tiada bezanya dengan Umno.

"Sejarah membuktikan bahawa beberapa parti serpihan yang terpecah daripada Umno kembali semula kepada parti terbesar orang Melayu itu.

"Ia merujuk kepada matlamat asas penubuhan setiap parti-parti serpihan itu seperti Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Parti Melayu Semangat 46 dan termasuklah parti Bersatu yang hanya bertujuan untuk menjatuhkan Umno," katanya lagi pada tulisan berjudul "Kembalilah ke pangkuan Umno" itu.

Ini bukan pertama kali, Asyraf mengajak pemimpin Bersatu kembali kepada Umno.

Sebelum ini, sudah beberapa kali Asyraf membuat pelawaan sama.

Minggu lalu, dia turut menggunakan pengibaratan serupa, bahawa Umno dan Bersatu itu berasal dari rahim sama, tiada bezanya dari segi orientasi mahupun ideologi.

Dia meminta ahli Bersatu dan Umno melebur ego masing-masing dan membenamkan sejarah hitam lampau yang masih menghantui mereka bagi mengorak langkah bersama.

Pada 23 Jan 2019, sewaktu Bersatu bersama PH menjadi kerajaan, ketua pemuda Umno itu pernah membuat permintaan sama.

Ketika itu, Asyraf berkata memandangkan matlamat Bersatu hanya untuk menumbangkan Umno pada PRU14 telah tercapai, maka wajar kepimpinan parti itu kembali kepada Umno.

"Najib (Razak) tidak ada lagi dalam kepimpinan (Umno) sekarang, adakah perjuangan Bersatu masih relevan sedangkan dalam wawancara dengan Oxford Union baru-baru, mereka telah memaklumkan matlamat sebenar parti itu.

"Justeru, saya rasa mereka (Bersatu) boleh tutup parti sebab matlamat tercapai dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai Umno," katanya.

'Tak pernah masuk, macam mana nak balik?

Bagaimanapun, pelawaan Asyraf itu nampaknya ditepis Bersatu, antaranya oleh Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semalam yang menyifatkan hal itu tidak timbul dalam kalangan ahli Armada.

“[...] Keanggotaan ahli Armada kami tak pernah jadi ahli Umno pun dulu, saya tak pernah masuk Umno pun. Jadi macam mana kami nak balik kepada Umno?

“Armada ataupun Bersatu adalah parti pertama pilihan anak muda yang ada dalam Armada ketika ini [...],” katanya semalam.

Untuk rekod Bersatu ditubuhkan menjelang PRU lalu oleh beberapa bekas pemimpin kanan Umno.

Bersatu bersama PH berjaya menumbangkan Umno setelah mendapat mandat untuk menjadi kerajaan pada 2018, dan selepas itu, terdapat lagi ahli-ahli Umno yang melompat parti menyertai Bersatu.

Bagaimanapun susulan Langkah Sheraton hujung Feb lalu, Bersatu dibawa keluar oleh Muhyiddin daripada PH menumbangkan PH dan menubuhkan kerajaan baru bersama Umno bersama parti-parti lain,

Hubungan kedua-dua parti itu sering dan masih dilihat tegang sehingga ke hari ini, terutamanya beberapa pemimpin kanan Umno yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 nanti.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. X perlu.yg penting umno terima bersatu sebagai rakan dakam PN bersama PAS itu dah cukup-tadbir negara bg elok.
    Umno masih mahu berkuasa seperti dulu..
    Cuba umno rilex tenang seperti PAS kan elok..

    BalasPadam