Header Ads

ads header

Flash News

Anwar macam biasa, semasa genting hanya tunggu dan lihat


Susulan kejatuhan kerajaan negeri Perak, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata pihaknya menyerahkan kepada pimpinan negeri itu berhubung calon menteri besar yang baru.

“Kita masih belum membincangkan perkara itu (calon menteri besar).

"Kita telah serahkan pemimpin negeri Perak untuk mempertimbangkan perkara itu dan putuskan, serta membuat cadangan-cadangan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.

Anwar berkata demikian apabila ditanya adakah Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad yang disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baru merupakan calon sesuai bagi menggalas jawatan itu.

Presiden PKR berkata buat masa ini pihaknya akan memantau perkembangan senario politik di Perak sebelum berbincang dengan pimpinan negeri dari DAP, PKR dan Amanah.

“Ini merupakan perkembangan yang sangat positif kerana ia mencerminkan ketidakcekapan MB terdahulu dan mereka perlu lakukan sesuatu.

“Ia merupakan permulaan yang baik. Jika tidak kita perlu benarkan mereka teruskan dengan rundingan,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya membenarkan DAP meneruskan rundingan, Anwar mengelak untuk menjawab secara terus sebaliknya berkata rundingan tersebut berdasarkan ketelusan dan prinsip tadbir urus yang baik.

Pada sidang DUN Perak Jumaat lalu, Ahmad Faizal Azumu yang juga Adun Chenderiang dan Timbalan Presiden Bersatu disingkirkan sebagai menteri besar Perak selepas gagal mendapat sokongan majoriti dalam undi percaya yang dikemukakan terhadapnya di Dewan Undangan Negeri.

Undi percaya itu diusulkan oleh Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim, menyaksikan 48 undi menolak berbanding 10 menyokong, manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Susulan itu, Ahmad Faizal menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri besar bersama seluruh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.


MR : Anwar cakap bergegar-gegar tapi tindakan tidak bijak dan tak tahu nak ambil kesempatan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan