Header Ads

ads header

Flash News

Zahid kurang jelas, Tindakan UMNO main tarik tali dalam isu belanjawan mungkin beri kesan buruk


Penganalisis politik bebas, Dr Jeniri Amir berpandangan, tindak-tanduk Ku Li yang penuh muslihat menunjukkan seolah-olah pemimpin paling lama berkhidmat dalam Dewan Rakyat itu masih memiliki agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

"Dalam konteks ini, saya fikir Presiden UMNO (Ahmad Zahid) harus lebih dominan, harus beri penjelasan sama ada mahu parti itu sokong (usul Belanjawan 2021) atau tidak.

"Kalau hendak sokong, perlu dinyatakan dengan konkrit dan jangan bermain wayang kulit. Pandangan berbeza dalam UMNO tidak akan membantu menyelesaikan bukan sahaja masalah kerajaan PN, bahkan soal survival dan kebajikan rakyat," katanya.

Jeniri turut merumuskan tindakan UMNO bermain tarik tali dalam memberi sokongan kepada usul Belanjawan 2021 sebagai petanda jelas parti itu masih mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan meskipun pada saat pandemik koronavirus (Covid-19) kritikal.

"Pastinya UMNO adalah 'king maker' penentu keputusan usul Belanjawan 2021, namun sekiranya parti itu tersilap langkah, ia akan memberi kesan besar kepada peluang itu pada PRU15," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Zahid n Geng MahKamah main tarik tali Soal belanjawan n kes Mahkamah mrk hadapi

    BalasPadam