Header Ads

ads header

Flash News

Usaha Kementerian memiliki 100% Persijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO)


Kunjungan Hormat secara atas talian ke atas YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, His Excellency Charles Hay.

Antara yang menjadi topik perbincangan adalah berkenaan usaha berterusan Kerajaan dan Kementerian ke arah memiliki 100% Persijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) menjelang akhir tahun ini.

Melalui dasar Kementerian sedia ada, kerajaan telah menghadkan jumlah kawasan tanaman kelapa sawit kepada hanya 6.5juta hektar.

Malah telah menetapkan tiada sebarang aktiviti penyahutanan bagi tujuan pertanian termasuk aktiviti penanaman pokok getah serta komoditi lain.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Ravi Muthayah dan TKSUP Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Encik Toisin Gantor.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: