Rakyat Malaysia kongsi pengalaman mengundi di AS
KUALA LUMPUR: Di sebalik kebimbangan penularan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS), pengundi-pengundi berdaftar di negara itu dilihat lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab mereka berbanding pilihan raya, sebelum ini.
Keadaan
itu disifatkan kerana para pengundi di negara Uncle Sam itu sudah mula
'muak' dengan kepimpinan Donald Trump, dan mahukan perubahan segera
terhadap pentadbiran.
Pengundi, Nuryani Asari, 38 tahun, berkata para pengundi mula beratur seawal pukul 7 pagi di salah satu Pusat Mengundi di Upper Eastside, Manhattan, New York bagi mengelakkan kesesakan berikutan pilihan raya kali ini berlangsung dalam kebiasaan baharu.
"Sejak tiga setengah tahun yang lepas telah membuktikan betapa Amerika Syarikat telah mundur dengan kepimpinan Trump. Jadi, dijangka lebih ramai penyokong dan pengundi inginkan perbezaan dalam kepimpinan presiden, dan ramai pengundi menyokong Joe Biden.
"Ia bagi membetulkan atau menolong negara ini dari segi ekonomi dan isu sosial serta isu diskriminasi terhadap orang berkulit hitam, selain berkait dengan pengendalian pengurusan COVID-19," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu (waktu Malaysia).
Nuryani yang sudah 12 tahun menetap di AS berkata, pilihan raya kali ini cukup berbeza berbanding dua pilihan raya yang pernah dia lalui sebelum ini.
Selain diadakan dalam norma baharu, dia berkata buat pertama kali pengundi turut berpeluang untuk menjalankan undi awal atau pos bagi mengekang penularan jangkitan.
"Pertama mereka telah diberikan kertas undi sejak bulan lepas dan kami dapat mengundi melalui pos. Jika mahu memastikan yang undi kita akan dikira, kami boleh datang secara peribadi untuk pengundian awal yang telah dimulakan sejak minggu lepas.
"(Kaedah undi pos) lebih selamat sekiranya pengundi risau mengenai COVID-19," ujarnya lagi.
Setakat
pukul 2 petang ini, Biden mendahului dengan 223 undi berbanding Trump
yang memperoleh 212 undi, di mana calon memerlukan 270 undi elektoral
untuk memenangi jawatan Presiden AS.
Berkongsi
lebih lanjut, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, keadaan
jangkitan COVID-19 di New York disifatkan lebih terkawal berbanding di
negeri-negeri lain.
Katanya, penduduk di kawasan tersebut lebih berdisiplin dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Sebab di Amerika Syarikat mereka tiada arahan umum. Di Malaysia, ia sangat tersusun kerana ada arahan (di peringkat) nasional dan semua mematuhi perkara tersebut.
"Di sini, gabenor-gabenor negeri memutuskan peraturan mereka sendiri untuk penduduk di negeri masing-masing. Jadi, kalau nak pergi ke negeri-negeri lain peraturannya sedikit berbeza. Sebagai contoh, negeri di timur laut, mereka tidak memakai pelitup muka kerana kes rendah di sana," katanya.
Bagaimanapun, Nuryani yang mula berpindah ke AS sejak 2008 untuk melanjutkan pelajaran sebelum mendirikan rumah tangga dengan warga Amerika, tidak terlepas daripada impak COVID-19 apabila dia turut kehilangan pekerjaan pada April lalu.
Dia yang bekerja sebagai pentabdir jualan di sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pelancongan terpaksa akur dengan keadaan tersebut, selain berdepan kesukaran untuk kembali mendapatkan pekerjaan.
"Sesiapa yang kehilangan pekerjaan boleh mendaftar untuk mendapatkan pampasan iaitu sekitar 20 atau 30 peratus kurang daripada gaji.
"Alhamdulillah, dapat menampung keluarga seperti membayar sewa dan membeli barangan asas. Pampasan diberikan selama 52 minggu dan ia membantu kita untuk mencari pekerjaan," katanya.
Jelas Nuryani, ketika ini dia sedang menjalani program 'bootcamp' bagi meningkatkan kemahirannya.
Sumber Astro
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
amacam abah cow? ada berani???
BalasPadamPh cuma bagi rm30, lahanat.
Padamhahahaha
PadamTanya dia la
PadamTrump ka sapa ka..asal barat pemimpin tetap perangai sama
BalasPadam