Header Ads

ads header

Flash News

PN berikrar sokong Belanjawan 2021


Gabungan Perikatan Nasional (PN) hari ini menzahirkan sokongan penuh mereka terhadap Belanjawan 2021.

Untuk rekod empat parti komponen dalam gabungan itu - Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) - secara kolektif menguasai 50 kerusi di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun SAPP tidak memiliki sebarang kerusi buat masa ini.

Dalam satu kenyataan bersama ditandatangan oleh ketua-ketua parti, PN berkata Belanjawan 2021 yang berjumlah RM322.5 bilion merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara.

Ia merangkumi lebih RM4.2 bilion untuk mengurangkan beban rakyat, lebih RM4 bilion kepada barisan hadapan memerangi Covid-19, dan RM3 bilion untuk menjana 500,000 pekerjaan.

"Kesemua ini adalah manifestasi komitmen serta keprihatin kerajaan PN untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat - tanpa mengira kaum dan agama - terus terbela semasa menghadapi penularan wabak Covid-19.

"Sehubungan itu, amatlah wajar agar kesemua pihak mendukung titah Yang di-Pertuan Agong agar mengutamakan rakyat dalam tempoh yang amat mencabar buat negara," katanya.

Kemampuan kerajaan PN untuk meluluskan Belanjawan 2021 masih menjadi persoalan memandangkan pada Julai dan Ogos lalu ia mendapat 111 undi saja di Dewan Rakyat.

Ia adalah undi paling minimum untuk kerajaan PN mendapatkan kelulusan majoriti berdasarkan jumlah kerusi yang ada ketika ini iaitu 222.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ada usaha untuk memujuk pembangkang agar memastikan memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021.

Pusingan pertama pengundian akan berlangsung pada 17 November.

Ia bukan sekadar isu meluluskan belanjawan negara sebaliknya bakal menjadi penentu kepada kelangsungan kerajaan PN dan perdana menterinya, Muhyiddin Yassin.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: