Header Ads

ads header

Flash News

Pengwujudan Semula Jasa Satu Langkah Baik


Hampir setiap kali bila calon Pakatan Harapan mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya kecil rungutan utama yang akan kedengaran disuarakan oleh para pemimpinnya ialah kononnya masalah utama Pakatan Harapan ialah ia gagal menonjolkan kejayaannya sebagai pemerintah.

Sebagai contohnya, bila calon BERSATU, Karmaine Sardini, mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai:
 

(1) Pemimpin AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, menyebut: “Saya dapati isu paling besar sepanjang berkempen di sana adalah komunikasi tak sampai dan banyak cerita kejayaan PH tidak dapat ditonjolkan.”

(2) Pemimpin PKR, Zuraida Kamaruddin, menyebut: “PH perlu mengambil iktibar atas kekalahan tersebut dan segera memantapkan penyebaran maklumat berkaitan dasar kerajaan kepada rakyat.”

(3) Pemimpin DAP, Zairil Khir Johari, menyebut: “Untuk PH, kekalahan ini boleh dengan mudahnya berpusar di luar kawalan jika pakatan ini tidak bertindak, khususnya dalam aspek komunikasi dan maklumat.”

Sewaktu Barisan Nasional memerintah, peranan menyebarkan maklumat berkaitan dasar kerajaan kepada rakyat, khususnya di dalam menonjolkan apa-apa sahaja yang positif yang telah dibuat oleh kerajaan, banyak dimainkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Malangnya, bila Pakatan Harapan mengambil-alih tampuk pemerintahan negara, kewujudan JASA ini tidak lagi dipandang berat malah ia terus dihapuskan sekali gus menjadi penyumbang kepada kegagalan penyebaran maklumat berkaitan dasar kerajaan kepada rakyat.

Adalah logik jika pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen DAP, Wong Shu Qi, atau Ahli Parlimen PKR, Amin Ahmad, mengkritik teruk pengwujudan semula JASA kerana langkah ini pastinya akan membantu mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Begitupun, agak pelik juga jika langkah ini turut dikritik oleh pendokong kerajaan sendiri tanpa terlebih dahulu memberi peluang kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi penjelasan bagaimana peruntukan RM85.5 juta kepada JASA itu mahu dibelanjakan.

Pengwujudan semula JASA adalah satu langkah baik Kerajaan Perikatan Nasional yang mungkin telah belajar daripada kesilapan Kerajaan Pakatan Harapan sebelumnya yang tergesa-gesa menghapuskan terus JASA semata-mata kerana ia adalah legasi Barisan Nasional.

Soal berapakah jumlah peruntukan yang perlu diberikan kepada JASA bagi membolehkannya beroperasi secara optimum, apakah cadangan peruntukan RM85.5 juta kepada JASA itu adalah sesuatu yang berlebihan dan perlu dikurangkan, boleh sahaja dibincangkan elok-elok.

Kamarul Yusoff





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan: