Header Ads

ads header

Flash News

Nik Zawawi beri ‘tazkirah ekonomi’ kepada Anwar


9 NOV:
Tindakan pihak tertentu yang membuat dakwaan kononnya beliau sudah mempunyai angka Ahli Parlimen mencukupi yang menyokongnya untuk merampas kerajaan dan menjadi Perdana Menteri baru-baru ini, menyebabkan penguncupan ekonomi negara dan harga saham di Bursa Malaysia merosot.

Tanpa menamakan individu atau pihak berkenaan, Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, menegaskan tindakan seumpama itu bukan sahaja kurang profesional malah tidak sepatutnya berlaku di Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah menjadi negara maju.

“Dalam kita menghadapi situasi pendemik COVID-19 dan cabaran ekonomi di peringkat global, ditambah pula dalam negara kita kadang kala ada permainan politik yang sangat tidak sihat.

“Ada orang mendakwa beliau mempunyai angka besar untuk mengambil alih kepemimpinan negara dan menjadi Perdana Menteri baharu. Itu adalah isu sangat besar dan serius sehingga menyebabkan ekonomi negara mengucup.

“Kalau kita lihat sebulan dua ini di mana harga saham di Bursa Malaysia turun mendadak. Jadi semua ini adalah satu perbuatan yang sifatkan tidak profesional dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju pada masa depan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Susulan celahan Ahli Parlimen PH Tanjung Malim, Chang Lih Kang sama ada apa yang dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu merampas pertadbiran kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) adalah sama dengan apa yang berlaku selepas Langkah Sheraton pada Februari lalu, Nik Muhammad Zawawi menegaskan bahawa ia tidak sama.

“Kena faham sistem perintahan negara kita. Apa yang berlaku Februari lalu ialah Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri itu sangat berbeza mengikut Perlembagaan apa jua keadaannya mesti diwujudkan Perdana Menteri baharu ini berbeza saya tidak mahu panjangkan,” katanya.

Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) menempelak Anwar kerana memperikaikan angka unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar Negara (KDNK) antara 6.5 hingga 7.5 peratus diberikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021, Jumaat lalu.

Ini kerana menurut Nik Muhammad Zawawi, tiada seorang pun termasuk pakar ekonomi yang dapat meramalkan kadar pertumbukan ekonomi dan KDNK negara secara tepat.

“Apapun bagi saya bacaan kepada unjuran ekonomi kepada sesebuah negara boleh dibaca oleh mana-mana pihak bertangungjawab terutama Menteri Kewangan sendiri.

“Kita tidak boleh membuat bacaan tetap kadang-kadang unjuran ekonomi lebih mengembang berbanding dengan apa yang kita sebut tetapi kadangkala ia lebih mengucup.

“Namun saya apa yang ingin tekankan adalah sebarang unjuran pertubuhan ekonomi hanya boleh dicapai jika saf kepemimpinan kerajaan dan pembangkang untuk kita melepasi tangga sukar yang kita hadapi sekarang,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Sumber :  http://www.pnbbcportal.com/

MR : Berita macam ni tak ada dalam Malaysiakini





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. anwar peliwat dan sekutunya KAKI NOMBOR,,SAYA ULANG...SAYA ULANG

    BalasPadam
  2. Tanpa mkini dan dap, malaysia aman makmur

    BalasPadam
  3. Anwar Melayu liberal n Atuk Melayu Totok campuran

    BalasPadam
  4. Untung la time2 covid ni yb2 dapat naik gaji..masyukk..

    BalasPadam
  5. BEKAS BANDUAN JADI KETUA PEMBANGKANG YANG TERKANGKANG KENA TAZKIRAH DENGAN PAS...HARU...😂😂😂😂😂

    BalasPadam