Lokman Adam ditahan, disiasat atas ugutan jenayah (bersama video)
Bekas ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam ditahan polis semalam.
Polis dipercayai menghampirinya di sebuah restoran ketika dia bersiaran melalaui Facebook Live membincangkan mengenai Belanjawan 2021.
Harian Metro melaporkan bahawa Lokman berada di restorannya yang terletak berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam.
Pada minit-minit akhir video berdurasi 28 minit itu, Lokman dilihat sedang melihat kamera dan mengatakan bahawa beberapa pegawai polis datang menghampirinya.
"Malam ini saya didatangi beberapa anggota polis. Saya tidak tahu apa benda yang mereka mahukan. Jadi saya rasa malam ini cukuplah. Diorang (polis) dah tunggu lama dah, " katanya.
Dalam kenyataan yang berasingan, Lokman secara terbuka meminta peguam untuk dihantar ke jabatan penyiasatan unit rahsia di ibu pejabat polis Bukit Aman dan menghubungi individu yang dikenali sebagai Inspektor Nasir.
"Saya ditahan di bawah seksyen 506," tambahnya pada hantaran itu.
Seksyen 506 adalah berkaitan ugutan jenayah.
Timbalan Pengarah CID Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi, mengesahkan penangkapan itu dan mengatakan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
Ini bukan kali pertama Lokman disiasat oleh polis.
Pada Oktober tahun lalu, Lokman, yang dikenali sebagai penyokong kuat bekas perdana menteri Najib Razak, didakwa menghasut atau berkemungkinan menghasut orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap komuniti lain di Mahkamah Majistret di Shah Alam.
Pada Februari tahun ini, dia dipecat dari Umno setelah dia dikatakan mendedahkan rakaman audio yang menggambarkan percubaan Presiden Umno Zahid Hamidi untuk meyakinkan para pemimpin parti untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.
Di bawah pemerintahan BN sebelum ini, Lokman adalah pengarah komunikasi di Kementerian Kewangan.
MR : Lokman kadang kala bercakap diluar batas
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Orang yang berani dan benar macam saudara lokman macam itu lah nasibnya. bersabarlah saudaraku lokman. sesungguhnya ALLAH senantiasa berada bersama2 orang yang sabar.
BalasPadamBetul. Tapi nasihat saya pada tuan lokman kalau boleh jangan duduk semeja dengan orang minum arak.. Jangan kata ALLAH.. Malaikat pun belum tentu lalu sebelah kita. Pakai la topi.. Org tetap kenal anda..tolong org yg fakir miskin kan lg elok.
BalasPadamLokman fanatik najib..,bukan kerana kebenaran...
BalasPadam