Header Ads

ads header

Flash News

Kuala Lumpur terus mengatasi Sabah dengan 1,103 kes hari ini


Sejumlah 1,103 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, dengan Kuala Lumpur terus mengatasi Sabah sebagai negeri dengan jangkitan tertinggi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur mencatatkan 392 kes baru manakala Sabah dengan 288 kes baru.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 48,520 kes manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 12,601 kes.

“Penurunan kes positif Covid-19 di Sabah menunjukkan keberkesanan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit yang telah dijalankan secara agresif sejak berlaku peningkatan kes di sana.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 544 kes positif atau 49.3 peratus pada hari ini.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 484 kes atau 89 peratus adalah daripada kluster-kluster. Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah kluster tapak bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 385 kes,” katanya.

Jumlah kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut: Kuala Lumpur (392), Sabah (288), Selangor (151), Perak (116), Negeri Sembilan (90), Pulau Pinang (26), Kedah (10), Labuan (8), Johor (8), Kelantan (7), Terengganu (4), Sarawak (1), Melaka (1) dan Putrajaya (1).

Pahang dan Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.

Dia juga berkata, kebanyakan kes positif di Perak adalah daripada kluster Tembok iaitu sebanyak 111 kes.

Perak hari ini mencatatkan 116 kes atau 10.5 peratus daripada keseluruhan kes positif, iaitu peningkatan sebanyak 5.5 kali ganda daripada 21 kes positif semalam.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 139 kes atau 12.6 peratus yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di penjara.

“Ini melibatkan Kluster Tembok (111 kes), kluster Matambai (15 kes), kluster penjara Sandakan (4 kes), kluster penjara Seberang Perai (4 kes), kluster penjara Kepayan (2 kes), kluster rumah merah (2 kes), dan kluster Benteng LD (1 kes),” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baru dikenal pasti pada hari ini yang dikenali sebagai kluster Matambai di Sabah.

“KKM ingin memaklumkan bahawa, kluster Jeram telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan daerah Kubang Pasu di negeri Kedah,” katanya.

Daripada 1,103 kes baru pada hari ini, Selangor melaporkan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes itu melibatkan seorang warganegara yang tiba dari Arab Saudi.

Dr Noor Hisham berkata terdapat sebanyak 821 kes pulih Covid-19 dan dengan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 35,606 atau 73.4 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19," katanya sambil menambah semua mangsa adalah dari Sabah.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 313 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan