Ketika Umno masih mahu jadi 'abang besar'
Keliru. Itu yang boleh digambarkan dalam Umno ketika ini apabila pemimpin parti itu sibuk menyerang sesama sendiri, khususnya selepas kembali mendapat 'sedikit kuasa' di Putrajaya.
Sikap Umno nampak cantik ketika menjadi pembangkang. Ramai melihat parti itu bagaikan sudah ada keinsafan terhadap kesilapan lalu dan kembali menjujung perjuangan rakyat.
Namun, sayangnya selepas beberapa bulan bersama Perikatan Nasional (PN), Umno tampak sedikit berubah dan dilihat cuba kembali menjadi "abang besar".
Memang tidak dapat dinafikan Umno adalah parti dominan dalam PN. Malah tidak dapat dinafikan juga layanan Bersatu terhadap Umno tidak kena pada kedudukan Umno yang menyelamatkan mereka.
Namun, menghalakan serangan sesama sendiri dalam parti, adalah satu perkara yang amat merugikan di kala Umno sedang bangkit ketika ini.
Terbaru, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa menjadi sasaran serangan dari dalam parti selepas dia bersuara mempertahankan kerjasama yang terbentuk antara parti itu dengan PAS dan Bersatu.
Annuar mungkin sudah menjangka serangan terhadapnya, namun dia boleh dikira cukup berani untuk meminta agar Umno tidak lagi mendabik dada sebagai abang besar dalam mana-mana gabungan setelah menjadi parti yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Umno sepatutnya lebih terbuka dan menghayati politik baru. Perbezaan pendapat atau persepsi dalam kalangan pimpinan Umno pada masa ini, jika gagal diurus dengan baik tentunya merumitkan lagi keadaan akar umbi parti itu.
Mana tidaknya, bagaimana pemimpin akar umbi mahu menerangkan kepada rakyat apa nasib yang bakal terjadi kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah dan kesannya ke atas parti itu menjelang PRU15 yang menjadi penentu hidup atau matinya parti keramat itu.
Bagaimana pula nasib bekas presiden Umno, Najib Razak yang dilihat masih membawa imej besar dalam parti, namun telahpun didapati bersalah dalam kes melibatkan SRC International Sdn Bhd.
Akar umbi pening kepala
Umno perlu terbuka menerima teguran. Parti itu berhak untuk tidak berpuas hati dengan layanan Bersatu, namun Umno perlu menjelaskan hala tujunya. Jika tidak mahu bersama PN apakah Umno mahu bersama PKR yang sudah tentu rakannya adalah DAP. Atau Umno mahu bergerak sendirian?
Akar umbi Umno pasti pening kepala kerana setelah puluhan tahun bergasak melawan Anwar Ibrahim, kini ahli-ahli Umno dihidangkan dengan cadangan untuk memeluk Anwar dalam satu kerajaan.
Sementara menunggu tindakan seterusnya oleh Zahid Hamidi, timbalannya Mohamad Hasan pula dilihat sepi tanpa berita. Tiada penerangan mengenai hala tuju Umno dalam menuju PRU15.
Panglima-panglima Umno lain juga nampaknya semacam berada dalam dunia masing-masing tanpa mempedulikan resah-gelisah ahli-ahli yang semakin keliru dengan apa yang sedang dan bakal berlaku.
Menteri-menteri Umno seperti Ismail Sabri Yaakob, walaupun muncul setiap hari di kaca televisyen, sibuk menerangkan tindakan kerajaan dalam menangani Covid-19.
Hishammuddin Hussein pula, setelah tidak mahu bertanding pada pemilihan Umno sebelum ini selepas BN kalah pada PRU yang lalu, terlalu sibuk dengan kerja-kerja di kementeriannya sehingga ahli-ahli Umno ternanti-nanti maklumat dan strategi untuk mula bekerja menuju PRU15.
Lebih teruk lagi, apabila muncul dakwaan beberapa menteri Umno dalam kerajaan PN yang dilabel sebagai ‘berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu’ seperti yang berlaku ke atas Noraini Ahmad dan Khairy Jamaluddin.
Noraini yang Ketua Wanita Umno bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya dakwaan tidak berasas.
Akhirnya, akar umbi Umno terpinga-pinga menantikan strategi, pelan tindakan dan hala tuju dari pimpinan parti itu untuk digembelingkan dalam usaha mereka untuk kembali menang pada PRU akan datang, setidak-tidaknya mencatatkan prestasi lebih baik berbanding PRU14.
Sesungguhnya, memang inilah masa yang tepat untuk Umno bermuhasabah dan kembali memacu kapal perjuangannya kembali kepada era kegemilangannya.
Umno perlu berani berubah jika mahu terus disenangi rakyat.
Kalau
Umno gagal berbuat demikian, pastinya peluang untuk parti itu kembali
menjadi abang besar terpaksa diambil alih oleh Bersatu atau PAS yang
dilihat lebih berpotensi untuk mendapat tempat di hati rakyat yang
mahukan pemimpin yang bersih, kompeten dan mampu menyatukan semua, tidak
kira parti atau kaum.
HASPAIZI ZAIN
wartawan Malaysiakini
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
AMNO akan hilang jln pulang sekiranya masih ingin berlagak spt yg digambarkan set JDT n KuLi yg masing2 hanya mementingkan Nyawa Politiknya
BalasPadamyang BESAR DAN KEKAL KERAJAAN...IALAH ALLAH swt PIMPINAN dan memimpin hanya sementara sebagai AMANAH yang dipertangungjawab dunia akhirat.
BalasPadamUmnok dgn najibun serta wak kang dn kuncu²yh tabsub pd jibun akn hncur d hukum raayat...jibun dn wak kang hanya pmgunakan umno untuk mnyelamatkn tengok mrk..aku ahli umno seumur hidup xakn pilih bkl banduan dn org yg akn d bcr kn mmimpin umno...waimah banduan liwat skali pun...tlong lh wahai mangkuk²jamban...bantu lh raayat bkn nk brubut kuasa sj...
BalasPadamApa da blog ni ceduk tulisan mkini lidah musuh islam.
BalasPadamAdakah anda memerlukan Pinjaman segera? Kami menyediakan pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman pelajar, pinjaman kereta, dll. Sekiranya anda berminat, hubungi kami: (challotloan@gmail.com) Tawaran
BalasPadampinjaman segera