Kenapa Saya Tidak Berdiri Untuk Minta Undi Belah Bahagi
(Ini sepatutnya alasan yang dibuat. Tapi itulah sayangnya dia brain fart dan ada speech writer pun semua tak boleh harap)
1. Umum tahu pembangkang sepatutnya ambil kesempatan undi bajet untuk membuktikan Tan Sri Muhyiddin tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dewan untuk terus memegang jawatan PM.
2. Malah memang kami telah muafakat melakukannya.
3. Tambahan pula kami percaya Tun M dan 3 lagi ahli parlimen di belakang beliau pasti akan menolak bajet ini.
4. Maka jika berlaku undian pihak saya telah sedia dengan 131 sokongan + 4 daripada pihak Tun M, senang-senang Muhyiddin tumbang.
5. Tetapi itu (minta undi belah bahagi) tidak berlaku.
6. Saya telah memberi arahan kepada semua MP yang menyokong saya supaya tidak berdiri.
7. Ini kerana Menteri Kewangan telah banyak melakukan pindaan yang besar terhadap bajet asal yang dibentangkan dalam pembentangan pertama.
8. Itu membuat saya teruja untuk menyokong bajet tersebut atas 2 alasan besar.
9. Pertama jika kerajaan melaksanakan bajet itu sepenuhnya ia adalah sesuatu yang baik untuk rakyat. Kerana kerajaan telah mendengar keluhan rakyat seperti mana yang diperjuangkan oleh pembangkang.
10. Dan membuktikan kami sebagai pembangkang telah memainkan peranan sebagai check and balance dengan jayanya. Sudah tentu rakyat menghargainya.
11. Soal hendak menjatuhkan PM pada usul bajet ini tidak timbul kerana kami telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap PM yang wajib dibenarkan oleh Speaker.
12. Bukan satu usul itu dibuat tetapi lebih. Daripada pembangkang blok PH, YM Tengku Razaleigh dan blok Tun Mahathir juga.
13. Tidak perlu terburu-buru sebab saya masih ada strong and formidable number of support di belakang saya untuk menyokong pelantikan saya sebagai PM9.
14. Bagi saya ketika itu ialah kepentingan rakyat. Perkara yang baik untuk rakyat oleh kerajaan tak perlu ditolak.
15. Dan yang keduanya jika bajet lulus tetapi kerajaan tidak mampu melaksanakannya atas apa juga alasan sudah pasti kerajaan ini akan ditolak oleh rakyat kerana kerajaan ini sudahlah tidak legitimate tetapi juga berbohong.
16. Ada kemungkinan bajet ini gagal kerana ia bajet defisit yang paling buruk dalam sejarah tanah air.
17. Berdasarkan di atas saya telah mengarahkan MP pembangkang untuk duduk, supaya tidak berlaku Undi Belah Bahagi.
18. Duduk tetap duduk. Jangan mati berdiri.
Bang Non.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Kuat betul blog ni kempen anwar. Mantap! Paling tidak, ramai yg transfer pahala free kat anwar.
BalasPadamAku gagau jgk blog pro umno dan PH termasuk roketkini, tp x byk citer psl Pas. Hurmm..samaada Pas terlalu hebat, atau telalu halimunan..