Hati-hati dengan strategi ‘trojan horse’ kata Annuar Musa
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa menggesa parti politik dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) supaya mengukuhkan perpaduan dan sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dalam usaha menentang strategi “trojan horse”.
Dalam catatan di Facebook, Annuar mengingatkan gabungan itu bahawa penyatuan yang dibina pada hari ini adalah berdasarkan kebimbangan terhadap cara pemerintahan DAP yang diketuai Pakatan Harapan (PH) pada satu ketika dulu, yang menyebabkan mereka jatuh.
“Kini tidakkah kita perlu kuatkan lagi muafakat kita, perikatan kita, barisan kita atau kita kembali berpecah?
“Malangnya kini terdapat tanda-tanda muncul pihak yang mahu berpecah-belah.
“DAP dan rangkaian kembali mendapat rentak seperti sebelum pilihanraya umum ke-14, iaitu pecahkan kesatuan kita, kerana yang paling ditakuti mereka ialah jika Umno-PAS-PPBM bersatu dan menentang PH secara 2 penjuru.”
“Kita tidak akan biarkan DAP kembali berkuasa atau cuba menguasai politik melalui “wayang Cina”,” katanya yang percaya bahawa DAP mempunyai strategi lebih halus dikenali sebagai ‘trojan horse’ untuk menghancurkan kerajaan sedia ada.
“(Mereka) berpura-pura bersembunyi di belakang, tetapi tetap berikhtiar supaya PPBM, Umno dan PAS berpecah,” katanya.
Annuar, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata, beliau bersetuju dengan keputusan parti itu untuk bergabung dengan kerajaan PN dengan Muhyiddin sebagai perdana menteri, sementara PAS dan PPBM sebagai sekutu politik.
Malah, beliau mengulangi pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
“Sekiranya kita ingin berjaya dan dipercayai, kita perlu memastikan
bahawa PN menjadi pemerintah yang berjaya, Kabinet yang bersatu dan
pasukan yang setia dan jujur,” katanya.
MR : Musuh itu bukan DAP sahaja tetapi ada dalam UMNO sendiri
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Terbaik Tan Sri..
BalasPadamDlm UMNO,PAS BERSATU,,,ada TROJAN HORSEk,,,bukan mudah utk Berjuang penuh Keikhlasan n Keyakinan pd apa yg diperjuang hari nie,,yg Pasti ada Balasan Syurga n Neraka. Islam liberal n totok bangsa tolak tepilah!
BalasPadamBapak segala musuh adalah parti bunga celaka bangsat ppbm!!!!!!
BalasPadammacam nie lah. andaikata semua parti orang melayu tak leh nak bersama akibat saling curiga sesama sendiri dan pada masa yang sama bimbang parti orang china menguasai politik setelah ekonomi mereka takluki dek penguasaan tanah oleh persatuan dan konglomerat mereka sejak dulu lagi, rasanyer dah terbukti pilihanraya selama nie gagal memelihara orang melayu dan agama islam. malah institusi beraja juga mengalami defisit keyakinan kalangan anak muda anak muda yang mulai terpengaruh dengan fahaman karut yang berorientasikan falsafah akal pemikiran paganisme assyria+babylonia. loyalty mereka hanya pada parti politik dan para politician agamawan politik yang ntah apa apa ketimbang institusi beraja sebagai ulil amri dan nabi+rosul untok muslim. ini satu perkembangan yang mencemaskan!! rukun iman ntah ke mana rukun negara pun ntah ke mana. semua dah jadi kalut seribu satu macam. maka, jalan penyelesaian dan terakhir adalah MENYERAHKAN KEMBALI URUSAN KEPIMPINAN KENEGARAAN KEPADA INSTITUSI BERAJA dan sudah tiba masanyer era kekuasaan parti politik ditamatkan!! tiada lagi pilihanraya tiada lagi adun dan ahli parlimen. penjawat awam akan disaring dan dilantik mengetuai agensi kerajaan dan bukan lagi orang politik. semuanyer ditapis dan dilantik oleh istana dengan pengawasan institusi agama. parti politik dan agamawan politik GAGAL buat kerja dan terlalu politiking hingga kepentingan orang melayu dan ummat islam banyak tergadai jatuh ke tangan orang lain sejak lebih enam puloh tahun dulu. kesal dan sesal yang teramat sangat!! sudah lah... patut dihentikan sistem yang tidak relevan ini!! kembalikan hak raja-raja dan syeikhul islam.
BalasPadamBlh LOKIS dok
Padamitu lebih molek
Padamhttps://www.thethirdforce.net/rupa-sebenar-annuar-musa-yang-dirahsiakan-selama-ini/
BalasPadam