Dewan Rakyat dilanjut selepas 3 petang untuk undian belanjawan
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata, sidang Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan untuk membolehkan semua urusan peringkat dasar Belanjawan 2021 selesai.
Beliau mengemukakan usul itu untuk lanjutan sidang di bawah Peraturan Mesyuarat 12 (1).
“Saya mohon cadang mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan di peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan diputuskan bacaan ke-2 dan usul mengenai anggaran pembangunan.
“Selepas itu majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga 10 pagi Isnin,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Lanjutan sidang hari ini bertujuan membolehkan pengundian untuk meluluskan Belanjawan 2021, selepas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz menggulung perbahasan RUU itu bagi kementeriannya.
Difahamkan, masih ada 9 kementerian yang perlu memberi jawapan balas untuk Belanjawan 2021 hari ini.
Waktu persidangan Dewan Rakyat dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang mulai 9 Nov lalu hingga 15 Dis ini bertujuan untuk menyekat penyebaran Covid-19 di Parlimen.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Teruknya politik Malaysia Hari in... Mereka berjuang utk perut sendiri,, bukan utk rakyat...
BalasPadamCakap je...kalau x lulus kami nak makan apa...kan senang...bukan fikir hal rakyat tp fikir perut sendiri je
BalasPadam