Header Ads

ads header

Flash News

Biden dahului Trump dengan 23 undi elektoral


WASHINGTON -
Media Fox News melaporkan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi parti Demokrat, Joe Biden terus mendahului Presiden AS, Donald Trump dari parti Republikan dengan perbezaan 23 undi elektoral sempena Pilihan Raya Presiden AS 2020 pada Selasa.

Pada ketika ini, Biden yang berpasangan dengan Kamala Harris selaku calon Naib Presiden bagi parti Demokrat, memperolehi 227 undi elektoral berbanding pasangan Trump dan Mike Pence yang sekadar memperolehi 204 undi elektoral.

Biden juga turut dilihat mendahului Trump dari segi pungutan undi popular apabila memperolehi 58,338,051 undi bersamaan 49.7 peratus, berbanding Trump yang sekadar mendapat 57,145,789 undi bersamaan 48.7 peratus.

Setakat ini, bagi baki negeri yang belum mengesahkan keputusan, Trump dilaporkan sedang mendahului Biden di negeri-negeri seperti Montana, Iowa, Winconsin, Michigan, Pennsylvania, North Carolina dan George.

Biden pula dilaporkan hanya mendahului Trump di negeri Minnesota.

Sejumlah tiga lagi negeri iaitu Nevada, Alaska dan Hawaii belum memberi sebarang keputusan tidak rasmi.

Sumber : SH

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan