Biar Kita Kenal Si Pengadu Domba Sebenar
Tanpa menghiraukan etika beberapa portal berita terang-terangan memutarbelit ucapan ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat pagi tadi.
Satu portal asalnya membawa tajuk “Ahli Parlimen tolak belanjawan termasuk Najib adalah pengkhianat - Shahidan” dan kemudian mengubah tajuk ke “Ahli Parlimen tolak belanjawan adalah pengkhianat – Shahidan”.
Walaubagaimanapun portal Malaysiakini sehingga jam 11.10 malam (19/11.20) ketika saya membuat posting ini masih membawa berita : “Shahidan: Najib khianat rakyat jika tolak bajet” (dimuatnaik jam 5.51pm dikemaskini 6.31pm).
Dipenghujung perbahasannya pagi tadi Shahidan yang ketika itu diganggu MP Kuala Selangor (Pan) dan beberapa wakil pembangkang yang lain menyebut antara lain:
“Saya ingin mengingatkan kepada Dewan Yang Mulia ini, sesiapa sahaja yang menolak bajet ini termasuk kawan saya bekas Menteri Kesihatan tolak bajet khianat rakyat”
Memang kalau kita dengar rakaman ucapan Shahidan, bila beliau menyebut “termasuk kawan saya bekas Menteri Kesihatan” bunyinya macam “termasuk kawan saya Pekan”., tetapi ternyata bilamkita amati dengan teliti ucapan itu dituju pada Kuala Selangor dan tidak ada kena mengena dengan Pekan.
Mengapa portal-portal berita ini melaporkan “Pekan”? Niat jahat? Fitnah adu domba?
Apa pun biarlah terserlah dan kini kenal kita mereka yang memang punya agenda jahat dan mencuri kesempatan tanpa etika dan adab sanggup dan tergamak berbohong semata-mata untuk melariskan portal masing-masing. Jahat.
ROSLAN SMS
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Malaysiakini,FMT,TKkM,TT,Sang Kekembai,MSO,MalaysiaDateline byk lg adakah nedia UPAHAN PH n ada juga UPAHAN Atok sikaya raya
BalasPadamMalaysiakini dah buat permohonan maaf la. Sapa yg kuat adu domba skrg?
BalasPadamhttps://m.malaysiakini.com/news/551774
Malaysiakini mmg CELAKA,,mintak maaf takut disaman. Kes di Mahkamah dokbsettle lg
BalasPadam