Belanjawan Kelantan Defisit, Lebai Tak Pandai Urus Wang Negeri?
Mereka ini seolah-olah tak pernah baca tentang belanjawan defisit atau bagaimana. Hairan betul aku. Sekampung-kampung aku nie, reti la juga, kalau silap kau tegurlah.
Cuba tengok Belanjawan Negeri Selangor 2021, mereka mencatatkan belanjawan defisit sebanyak RM 123 juta. Apakah Selangor tak pandai mentadbir?
Tengok juga Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2021, mereka mencatatkan defisit jauh lebih tinggi sebanyak RM 403 juta. Hampir separuh dari jumlah belanjawan keseluruhan Pulau Pinang.
Yang disuluh hanya Kelantan tak pandai mentadbir negeri akibat Belanjawan Defisit sedangkan ianya suatu yang biasa dalam mana-mana belanjawan negeri hatta negara.
Bahkan Kelantan juga telah mengalami Belanjawan Defisit dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
2017 - RM 41 juta
2018 - RM 42 juta
2019 - RM 35 juta
2020 - RM 46 juta
2021 - RM 66 juta
Ini kalau ikut kepala otak diorang, hancur dah negeri Kelantan. Belanjawan ini satu perancangan dan unjuran Kerajaan untuk perbelanjaan dan hasil sesuatu tahun ini.
Asalnya Kerajaan Kelantan menjangkakan mereka akan defisit dalam setiap tahun tersebut. Tapi apabila tahun berakhir rupanya belanjawan Kelantan yang sebenar mengalami lebihan atau disebut surplus.
2017 - RM 38 juta
2018 - RM 40 juta
2019 - RM 45 juta
2020 tak keluar lagi, sebab tahun 2020 belum habis lagi. Awal tahun depan boleh tahu samaada 2020 ini Kelantan betul-betul defisit atau surplus.
Setara surplus tiga tahun berturut-turut ini pun kau kata Kelantan tak pandai urus kewangan. Pening betullah. Aku yang buta ekonomi nie pun tengok reti angka ini.
Mudahnya, kita setiap bulan akan buat congak-congak duit untuk sebulan, tengok-tengok tak cukup RM 300 bulan nie. Jadi, dalam bulan tu kita berjimat dan cari side income. Akhir bulan tengok lebih RM 300.
Kita bagitahu kawan, kawan kita kata kita nie tak reti urus duit. Adeyyyy. Dan begitulah yang Kelantan kena sekarang nie. Faham ke tak?
Bab Kelantan atau PAS mesti nak highlight benda yang buruk-buruk. PAS nie mesti bodoh, mesti tak pandai, mesti kolot, mesti miskin, mesti busuk.
Ketahuilah bahawa kami tak akan penat menonjolkan kemampuan dan kewibawaan PAS dalam mentadbir negeri dan negara. In Sya Allah. Yang kurang boleh dibaiki, yang baik mesti disebari.
Ahmad Fahmi Mokhtar
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Macai macai ph yang senget otak mana faham belanjawan pun...yang mereka tahu hanya kencing sepanjang masa
BalasPadambetul.
PadamNak layan Macai PH kena berfakta doksah ikut emosi
BalasPadamJahat btl pemerintah Penang sm selangor. Belanjawan defisit tp sibuk yb sm exco nk naik gaji.
BalasPadamMercedes dah dpt sekor2..ni nk bg increment sorg 5k plk. Puii!