Belanjawan 2021 harus fokus untuk memenuhi keperluan ekonomi rakyat Malaysia jauhi agenda politik - PH
Pakatan Harapan memandang belanjawan tahunan negara sebagai tugas utama Anggota Parlimen, bukan sekadar memastikan perkhidmatan awam mempunyai sumber yang cukup untuk memerangi Covid-19 secara berkesan, ia juga peluang untuk mempertahankan demokrasi dan menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih lestari dan saksama.
Dalam suasana Covid-19 yang ada pada hari ini, ekonomi Malaysia berada di dalam krisis yang mencabar survival perniagaan kecil, pekerjaan, masa depan dan keadaan kewangan rakyat Malaysia.
Penting bagi kerajaan dan pembangkang bersama untuk menghasilkan Belanjawan Perpaduan yang khusus untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi dan bertahan dalam kegawatan Covid-19.
Belanjawan 2021 harus fokus untuk memenuhi keperluan ekonomi rakyat Malaysia, dengan mewujudkan dan memelihara pekerjaan rakyat, dan memastikan perniagaan dibantu untuk mereka terus bertahan. Secara asasnya, kami mendesak kerajaan untuk menerapkan dasar fiskal yang mengembang dengan tujuan utama untuk meringankan cabaran aliran tunai rakyat dan syarikat. Dalam pertemuan itu, kami mengajukan banyak pertanyaan dan meminta menteri untuk mendendahkan dan berkongsi data fiskal yang penting. Kami juga mencadangkan dan menjelaskan banyak idea dan dasar belanjawan Pakatan Harapan.
Dari semua idea yang dicadangkan, kami ingin mengetengahkan enam cadangan utama berikut kepada Menteri untuk Belanjawan Perpaduan 2021;
1. Meningkatkan peruntukkan Kementerian Kesihatan untuk Covid-19 dan penyakit tidak berjangkit (NCD)
• Pemerolehan & penggunaan vaksin yang berpotensi kepada kelumpuk masyarakat
paling berisiko
• Memberikan bayaran yang adil kepada barisan hadapan dan menyerap pegawai kontrak
sedia ada kepada jawatan tetap
• Meningkatkan bilangan pekerja kesihatan sementara termasuk jururawat, kakitangan pembersihan dan pengesan kontak rapat
• Peruntukan khas untuk menangani krisis Covid-19 di Sabah
2. Memperkasa perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur dengan meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri sehingga akhir krisis Covid
• Meningkatkan pendaftaran E-Kasih dan Skim Insurans Pekerjaan (EIS)
• Meningkatkan dana bagi mengatasi masalah penderaan domestik, isu kesihatan mental,
penderaan warga emas dan kekurangan nutrisi kanak-kanak
3. Pelanjutan moratorium sehingga 31 Mac 2021
4. Subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000
pekerjaan seperti program Malaysia@Kerja yang menyediakan insentif untuk tempoh 2 tahun kepada makjikan dan pekerja berharga RM13 bilion
• Fokus untuk mewujudkan pekerjaan hijau dan infrastruktur hijau ("Build Back Better")
• Pendekatan ganjaran dan hukuman untuk sektor yang mempunyai pertumbhan yang baik, seperti sektor sarung tangan dan alat perubatan untuk meningkatkan bilangan pekerja tempatan
5. Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan
• Menambah baik / meningkatkan sumber untuk kelas dalam talian
• Sistem simpanan kurikulum untuk pelajar belajar dari rumah
• Meningkatkan bilangan guru sokongan dan bilik darjah untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial di sekolah
6. Perbelanjaan pembangunan untuk dua (2) projek utama, iaitu, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan menaik taraf infrastruktur air untuk Selangor, Kelantan dan Pahang.
Kami berharap cadangan ini dapat diterima dan dimasukkan oleh menteri ke dalam Belanjawan Perpaduan 2021. Kami menunggu langkah dan respon berikutnya daripada kerajaan dalam proses rundingan ini.
Belanjawan Perpaduan ini adalah penting untuk menjunjung Titah DiRaja menolak pengisytiharan darurat dan mengelak pilihan raya dalam tempoh terdekat yang hanya akan mengeruhkan lagi glombang ketiga Covid-19.
Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, kami ingin menekankan proses rundingan ini dilaksanakan dengan niat yang baik. PH komited untuk bekerja dengan semua pihak bagi memerangi Covid-19, dengan hasrat menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara. Pun begitu, proses rundingan ini tidak bermakna sokongan atau penerimaan PH dalam soal keabsahan kerajaan ini.
YB Hj Mohamad Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
YB DS Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
MR : Cadangan baik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan