Bekas naib ketua AMK umum hasrat sertai Bersatu
Bekas Naib Ketua Pemuda (AMK) PKR yang dipecat April lalu, Mohd Nazree Mohd Yunus, mengumumkan akan menyertai Bersatu.
Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan itu berkata, keputusan tersebut diambil setelah mengadakan perbincangan dengan “pemimpin senior” serta penaung Penggerak Komuniti Negara, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
Katanya, dia juga telah berbincang dengan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Eddin Syazlee Shith mengenai hal itu, dan memaklumkan segala proses biasa pendaftaran ahli akan dilakukan mengikut aturan perlembagaan Bersatu.
“Maka saya dengan ini mengumumkan hasrat untuk menyertai Bersatu sebagai ahlinya.
“Saya dengan ini juga, menyeru seluruh anggota Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan untuk bersama-sama menyertai Bersatu di Negeri Sembilan bagi mengukuhkan perjuangan demi rakyat melalui Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di peringkat persekutuan dan juga termasuk di Negeri Sembilan.
“Moga ketetapan politik ini mendapat taufik dan hidayah daripada-Nya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nazree ketika bersama PKR merupakan penyokong kuat bekas timbalan ketua AMK Hilman Idham yang juga setiausaha politik kepada Azmin.
Dia menerima surat pemecatan daripada parti itu pada April lalu, bersama ratusan ahli yang lain.
Pemecatan tersebut dibuat atas alasan dia bersekutu dengan Azmin yang sebelum itu merupakan bekas timbalan presiden PKR.
Azmin didakwa mendalangi Langkah Sheraton sehingga membawa kepada tumbangnya kerajaan PH pada penghujung Februari lalu.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan