Header Ads

ads header

Flash News

Backdated pun apa masalah? Semua jadi masalah kalau putar belit maklumat


Penentuan penguatkuasaan kenaikan gaji baru barisan wakil rakyat dan exco kerajaan Kelantan akan diputuskan oleh menteri besar.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah berkata, kenaikan itu akan bermula apabila warta pindaan rang undang-undang (RUU) saraan diwartakan.

"Itu menteri besar akan buat keputusan, terserah kepada beliau. Sebab itu saya tak sebut sebab menteri besar akan tentukan.

"Ia bermula apabila digazetkan," katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini, ketika ditanya bilakah kenaikan gaji baru yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini akan bermula.

Terdahulu DUN Kelantan sebulat suara meluluskan RUU saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri pindaan 2020.

RUU itu dicadangkan timbalan menteri besarnya, Mohd Amar Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.

Mohd Amar (PAS- Panchor) ketika membentangkan cadangan tersebut berkata, pindaan dikemukakan berikutan keadaan terkini yang mencabar kepada anggota-anggota pentadbiran dan Adun.

Ia, katanya, juga bagi menyelaraskan dengan elaun di negeri-negeri lain.

Sementara itu ditanya mengenai dakwaan kenaikan gaji itu akan dibayar secara undur tarikh (backdated), katanya, perkara itu juga akan ditetapkan oleh menteri besar.

“Itu tak tahulah, kita tunggu keputusan menteri besar. Kita nak jawab pun tak boleh.

"Tapi kalau backdated pun apa masalah? Semua jadi masalah, tak apa setakat wartawan saya boleh belanja. Yang penting tulis elok-elok," katanya dengan nada berseloroh.

MR: Kenaikan gaji sebenarnya bukan isu tapi geng PH tak ada isu. Tambah pula puak tersingkir dalam UMNO yang cemburu dengan MN mainkan peranan... itu jadi isu





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. isu disini Puak PH n Geng UMNO yg kurang kasih sayang drp Aboh., kenaikan gaji n tarikh undur kebelakang hanya isu sepelek yg diannggap bolatanggung o Puak tsb namun bile snash bola out atau dok kepas net. Isu ini bo fiterangkan secara teknikal n x menyalahi undang2 wp moral

    BalasPadam
  2. "Tapi kalau backdated pun apa madalah?" Masalahnya lebih banyaklah duit kerajaan kena keluar..tapi yg lebih nak komen di sini, cara jawapan Timb Menteri Besar ni lagu ni sokmo...agah!

    BalasPadam
  3. Biar agah n jgn biadap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agah ni bukan sifat pemimpin Islam..nok ghoyat bui..org lain biadap biaq pi laa..jaga sifat kita tu!!

      Padam
    2. Agas dgn zJin Beragas ok jeer

      Padam
  4. PH doh cacar merba PAN lari ke PKR dipanggil Anwariun,PKR ke PPBM Jeminriun n DAP ke PAN baru wa tabik sama saburiun

    BalasPadam
  5. Jasa sedang bekerja. point utama iaah belasah umno.

    BalasPadam
  6. Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady)

    Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

    BalasPadam
  7. Massaalah nya kapor duit rakyat

    BalasPadam