Anwar tak mampu tadbir negara di saat krisis, kata Dr M
Ketika pentadbiran PH, Dr Mahathir yang ketika itu perdana menteri berkata akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim tetapi membayangkan - di belakang tabir - tidak akan membantu meraih sokongan secukupnya kepada presiden PKR itu.
Dalam usaha pembangkang untuk kembali mendapat kuasa di peringkat persekutuan, kedua-duanya juga tidak mencapai kata sepakat dalam soal calon perdana menteri.
Kini, Mahathir secara terbuka berkata Anwar tidak layak memegang jawatan itu.
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight yang diterbitkan hari ini, Mahathir berkata bekas timbalannya itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.
“Kita telah uji kebolehan beliau semasa saya jadi perdana menteri. Saya telah bercuti selama dua bulan (antara Mei dan Julai 1997) dan Anwar dilantik sebagai perdana menteri pada masa itu.
“Terpulanglah kepada kita untuk menilai sama ada dia mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.
“Saya tidak tahu penilaian yang akan dibuat oleh rakyat tetapi yang jelasnya dalam krisis kewangan 1997/98 dia tidak berkeupayaan,” katanya dalam wawancara itu.
Anwar kemudian dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan setahun kemudian. Dia melancarkan gerakan Reformasi untuk melawan Mahathir dan kemudian dijatuhkan hukuman penjara.
Berbaik sebelum kembali keruh
Bagaimanapun, kedua-duanya berdamai buat sementara waktu menjelan PRU14 untuk menentang Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika itu.
Kerjasama itu membawa kepada gabungan PH, yang terdiri daripada Bersatu di bawah pimpinan Mahathir, PKR, Amanah dan DAP.
PH berjaya menewaskan BN dan Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ketujuh dengan kesepakatan jawatan itu akan diserahkan kepada Anwar kemudian.
Bagaimanapun, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada PH pada akhir Februari, membentuk kerajaan baru - Perikatan Nasional (PN).
Susulan daripada kejatuhan kerajaan PH, hubungan antara Anwar dan Mahathir kembali keruh.
Dalam wawancara itu, Mahathir mempersoalkan penilaian Anwar dalam menangani krisis kewangan Asia 1997 yang menurutnya mahu mengikut langkah yang disarankan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Saya pernah berkata kepadanya kalau kita ikut mereka, negara mungkin tidak akan ada dana yang cukup untuk membayar gaji, tetapi dia masih terus dengan pendiriannya menyokong IMF dan Bank Dunia.
“Sebab itu saya terpaksa ambil alih kerajaan daripada menteri kewangan dan merancangkan pendekatan untuk memulih semula negara kita,” katanya lagi seperti dipetik.
Mahathir mengambil beberapa langkah tidak konvensional semasa krisis kewangan Asia, termasuk menambat ringgit pada kadar 3.80 bagi setiap dolar AS.
Langkah itu dikritik secara meluas oleh masyarakat antarabangsa tetapi diperakui oleh IMF sebagai tepat selepas Malaysia menjadi antara negara yang cepat pulih daripada krisis tersebut.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Itu adalah kebenaran..,kenapa anuar tdk boleh jadi PM...
BalasPadamSemasa anuar jadi menteri kewangan..kegemilangan malaysia sebagai asian tiger masa itu, tiada kaitan dgn anuar ibrahim...,sebaliknya kerana kegemilang pimpinan negara masa itu yg diterajui oleh Tun...
Anuar dan pengikut2nya hanya sibuk mencari kepentingan politik semata...masa itu team anuar sentiasa cuba mengambil alih kuasa politik...,malangnya anuar tdk sbijakTun...anuar tewas mencapai keghairan politiknya.. ,hingga kehari ini terus gagal...selamanya anuar akan terus gagal...telent anuar bukan sebagai PM...
Itu adalah kebenaran..,kenapa anuar tdk boleh jadi PM...
BalasPadamSemasa anuar jadi menteri kewangan..kegemilangan malaysia sebagai asian tiger masa itu, tiada kaitan dgn anuar ibrahim...,sebaliknya kerana kegemilang pimpinan negara masa itu yg diterajui oleh Tun...
Anuar dan pengikut2nya hanya sibuk mencari kepentingan politik semata...masa itu team anuar sentiasa cuba mengambil alih kuasa politik...,malangnya anuar tdk sbijakTun...anuar tewas mencapai keghairan politiknya.. ,hingga kehari ini terus gagal...selamanya anuar akan terus gagal...telent anuar bukan sebagai PM...
Atok diberi ilham o ALLAH utk mengenali n memahami siapa Abam n atok juga ada kelemahan tp itulah sifat manusia yg dijdn ALLAH
BalasPadammasih ramai mengagungkan serta terus membutuhkan anwar peliwat munafik serta gila nombor ini... mengheret rakyat demontrasi jalanan akhirnya KHIANAT pada reformis kerana sanggup jilat muntah kencing mahathir.MALAH jadi anjing tersepit bila mengigit kembali mereka yg telah membantunya.munafik ini pernah berkata saya ulang saya ulang masuk UMNO kerana nak islamkan umno tetapi akhirnya dia diselamkan.
BalasPadamU ulang I saman!
BalasPadamDSAI..PEMIMPIN TAHAP POLITIK KELIMBAHAN..PENUH DENGAN AGENDA PUTAR BELIT MENGHALALKAN CARA..SEPERTI TALAM DUA MUKA...IMF ADALAH SEKUTU RAPAT DSAI..EKONOMI MALAYSIA MENGIKUT ACUAN IMF JIKA DSAI MENJADI PM MALAYSIA..TIADA LAGI BANTUAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEPERTI BR1M,BSH,BPN DAN BONUS UNTUK PENJAWAT AWAM...DUIT BANTUAN DIGUNAKAN UNTUK BAYAR HUTANG IMF siap dengan BUNGA TAHI AYAM...PETRONAS AKAN DIJARAH SEKALI LAGI SELEPAS PH....PRU 15 KATAKAN TIDAK PADA PKR,PAN,DAP dan PEJUANG !!!
BalasPadam"Hari ini kita menang, esok harga minyak turun!! ".... "Saya ulaaang!!! "
BalasPadam*Ni Anwar Ibrahim cakap nih!!! "
Dengan muka-mukanya sekali.
Tapi bila menang, 22 bulan harga minyak tak turun sikit pun.
Siapa percaya Anwar Ibrahim memang bodoh.
Dgn macai2 Ph skali ikut bodoh
Padam