Header Ads

ads header

Flash News

Annuar cadang gabungan besar sedozen parti, ‘cukuplah politik personaliti’


PETALING JAYA:
Annuar Musa, mencadangkan pembentukan suatu “grand coalition” (gabungan besar) melibatkan 12 atau lebih parti “sealiran”, sambil mengecam terhadap politik personaliti yang menyukarkan “penyatuan ummah”.

Setiausaha agung Muafakat Nasional itu berkata sudah terlalu lama politik negara berlegar sekitar 2-3 personaliti, dan bersifat mempertahan atau menentang individu.

“Cukup-cukuplah,” kata Annuar di Facebook, tanpa menamakan mana-mana personaliti.

“Kita semarakkan politik penyatuan ummah yang mendahulukan kestabilan, ketahanan nasional, dan kepentingan rakyat.”

Mengatakan “penyatuan ummah” tidak harus terbatas kepada 3 parti Melayu-Bumiputera iaitu Umno, PAS, dan PPBM, Annuar membayangkan gabungan melibatkan Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, dan Gabungan Rakyat Sabah, Warisan, Pejuang yang diasaskan Dr Mahathir Mohamad, dan Muda yang diasaskan penyokong Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta beberapa parti kecil lain.

“Semoga ia merupakan satu persiapan dan kesiapsiagaan untuk negara muncul perkasa pasca-Covid-19,” katanya.

Annuar menulis sedemikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung pemeteraian kerjasama rasmi antara Umno, PAS, dan PPBM tidak lama lagi.

Katanya, ketiga-tiga parti itu akan membincangkan kerjasama itu pada 18 Nov ini.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Annuar bersama Aboh

    BalasPadam
  2. Dia nak jemput sekali atuk n pie bedal. berpeluk mesra lah Pas dengan atuk nanti.

    BalasPadam
  3. TERBAIK UNTUK KEUTUHAN BANGSA MELAYU YANG MAJORITI BESARNYA BERAGAMA ISLAM !!!

    BalasPadam
  4. https://www.thethirdforce.net/rupa-sebenar-annuar-musa-yang-dirahsiakan-selama-ini/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa nilai saudara yang atuk beri ???..cukup @ kurang ???

      Padam
  5. Idea baik.
    Tapi war lord amno spt ahahril samad, shaberi chik, nur jazlan, dah kenapa awal2 menolak?
    Mkini terus guna sebagai modal memecah belah umat melayu islam la ngok

    BalasPadam
  6. Yg menolak tu gengbluput tarikh,purba dan aset muzium.
    Berbalah dn bpecah hingga lubangbkubur.rambut dah putih tp sombong dgn ajaran alquraan nakkn mnusia bersatu

    BalasPadam
  7. Bersatulah demi agama,bangsa dan tanah air...Dengan memartabatkan Islam insyaallah semuanya selamat...

    BalasPadam