Header Ads

ads header

Flash News

Umno kekal sokong PN, gesa tambah baik kerjasama politik


Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Majlis Kerja Tertinggi Umno mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

"Ahli-ahli Parlimen Umno akan terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Umno menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis Tertinggi Umno bersidang malam ini dikatakan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat Ahli Parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi.

Ia diadakan selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pengisytiharan darurat, yang seterusnya menimbulkan tanda tanya terhadap sokongan Umno terhadap kerajaan PN.

Tindakan Muhyiddin memohon pengisytiharan darurat daripada Agong menerima reaksi bercanggah, dengan ada yang menyokong ia sebagai usaha memerangi Covid-19.

Sementara pihak yang tidak menyokong pengisytiharan darurat menyifatkan ia sebagai usaha Muhyiddin mempertahankan kedudukan susulan spekulasi yang mengatakan presiden Bersatu itu mungkin tidak lagi memegang sokongan majoriti di parlimen dan seterusnya akan kalah dalam undian Belanjawan 2021 bulan depan.

Agong menolak memberi perkenan terhadap cadangan Muhyiddin dengan menyifatkan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.

Baginda juga mengingatkan agar ahli politik tidak membuat tindakan yang boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Zahid berkata pihaknya akur dengan keputusan Agong menolak pengisytiharan darurat dan menyifatkan ia sebagai bijaksana dan melegakan rakyat.

"Bagi Umno, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat," katanya.

Ia juga menambah bahawa Umno mendokong sepenuhnya titah dan saranan baginda agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.

"Menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan juga parti-parti pembangkang.

"Mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah," katan kenyataan itu lagi.

Semua pemimpin parti yang hadir mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu enggan bercakap kepada media ketika mereka beredar pada pukul 12.45 pagi.

MR :  UMNO membuatkan rakan muafakat rasa tak selesa, dan rakyat curiga. Sebahagian pemimpinnya akan dihukum oleh rakyat 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Dimusim covid 19 ini jangan lagi ada pertembungan politik yg akan merugikan dan menyeksa hidup rakyat...

    BalasPadam
  2. Nak tambah baik apenye lagi?? Muhyidin dan Bersatu mintak darurat tu sbb taknak bagi tambah baik kat UMNO laaa.. ni kepala Jemin ngan Hamzah la ni.. kalau darurat diorang tak payah dah layan kerenah UMNO ni.. silap2 dgn UMNO ni diaorang terajang ketepi pasal mase tu kerajaan dah berfungsi macam kuku besi.. itupun nak bagi kasihan lagi.. Bersatu ni kalau bertanding pilihanraya mesti kalah sbb kebanyakan penyokong adalah asal UMNO dan PAS.. cina india memang dah taknak dah.. tak payah bela sgt diorang ni.. ajak runding taknak.. nak jugak main tikam belakang.. bagi sembam je senang.. baru diorang sedar yg selama ni diorang berkuasa atas bantuan orang lain..

    BalasPadam
  3. ANTARA KEPALA BATU DAN BATU API YANG BERSENGKETA...Umpama garam yang pasti dicubit..lada yang kena tumbuk dan gula yang selalu dikacau...kuah dihirup dan tulang dibanting itulah Norma kehidupan.

    BalasPadam
  4. Moderator MR yang terang terangan tukang jilat midin n jemin video. poorahhhhhh

    BalasPadam
  5. "MR : UMNO membuatkan rakan muafakat rasa tak selesa, dan rakyat curiga. Sebahagian pemimpinnya akan dihukum oleh rakyat"

    Bukan ke Bersatu yg buat rakan muafakat rasa tak selesa. Admin, kalau nak Komen tu, jgnlah nampak berpihak ke Bersatu sgt.

    BalasPadam