Rayuan Anwar berhubung saman sabitan liwat didengar 11 Jan tahun depan
KUALA LUMPUR: Rayuan Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula seorang peguam berhubung pengampunan penuh diberikan kepada beliau bagi sabitan dan hukuman penjara dalam kes meliwat pembantunya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Januari tahun depan.
Peguamnya J Leela berkata, tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Noridah Adam yang dikendalikan secara dalam talian menerusi sistem e-Review hari ini.
“Rayuan Anwar Ibrahim akan didengar bersama-sama rayuan Lembaga Pengampunan,” katanya menerusi WhatsApp.
Plaintif, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz diwakili peguam Mohamad Farhan Kamarudin.
Pada 21 September, Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir menolak
permohonan presiden PKR itu dan permohonan serupa daripada Lembaga
Pengampunan selepas memutuskan bahawa, antara lain, plaintif mempunyai
locus standi untuk memulakan saman tersebut kerana beliau adalah orang
awam dan orang yang berkelayakan sebagai peguam.
Ahli Parlimen Port Dickson itu memfailkan permohonan tersebut pada 13 Mei lalu atas alasan bahawa, antara lain, Khairul tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula dan ia adalah remeh, memalukan serta penyalahgunaan proses mahkamah.
Khairul, menerusi firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates, telah menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar masing-masing sebagai defendan pertama dan ke-2 dalam saman pemulanya yang difailkan pada 26 Februari tahun ini.
Peguam itu mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang
di-Pertuan Agong adalah bercanggah dengan Perkara 42 (4) dan (5)
Perlembagaan Persekutuan berdasarkan fakta bahawa pengampunan yang
diperkenan oleh Agong hendaklah atas nasihat Lembaga Pengampunan.
Khairul mendakwa lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas
Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan pembentukan kerajaan baharu.
Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.
Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015.
#Sumber : FMTMR : Nak jadi PM tapi kes masih belum selesai. macam Najib juga
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan