Rancangan Anwar Ibrahim untuk ambil alih kerajaan mungkin gagal - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Pendirian UMNO menolak PKR dan DAP serta melupakan perbalahan dalaman gagasan Perikatan Nasional (PN) menghalang rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tampuk kerajaan.
Pensyarah
Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
(UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara itu
bagaimanapun mungkin bersifat sementara memandangkan apa sahaja boleh
berlaku pada masa akan datang.
"UMNO menjelaskan pendirian yang saya rasa sama dengan tindakan sebelum ini iaitu gencatan senjata dengan PN. Malah, kenyataan-kenyataan daripada tokoh UMNO seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan lain-lain merasakan fokus sekarang ini ialah menumpukan kepada isu COVID-19 dan ekonomi.
"Lupakan seketika perbalahan dalaman dalam PN supaya fokus itu diberikan kepada dua isu tadi. Mereka menolak PKR dan DAP, menjelaskan bahawa kemungkinan rancangan Anwar untuk mengambil alih kuasa daripada PN mungkin gagal dalam tempoh terdekat inilah... sebab akan datang tak tahu apa akan berlaku," katanya kepada Astro AWANI dalam wawancara menerusi Skype pada Selasa.
Bagaimanapun,
tegas beliau, UMNO juga dalam masa sama perlu memberi penjelasan
mendalam mengenai rekonsiliasi yang cuba dibawa parti itu.
"Apa yang menarik ialah disebut mengenai rekonsiliasi dari segi hubungan parti yang cuba dibawa UMNO. Cuma pendekatan ini tidak jelas. UMNO perlu jelas dan mendalam adakah ia hanya dalam konteks PN sahaja atau ia melibatkan pembangkang," tambah Dr Mohd Azizuddin lagi.
Dalam mengupas isu berkenaan juga, beliau melihat ada dua pihak yang mempunyai pendirian berbeza.
Kumpulan
pertama, katanya, ada yang berpendirian Barisan Nasional (BN) tidak
seharus bersama PN sementara satu kelompok lagi berpendapat BN perlu
berada dalam PN.
"(Dalam masa sama) sejauh mana Bersatu boleh kompromi tuntutan UMNO jika rundingan diteruskan. Curiga-mencurigai itu memang sedang berlaku, jadi potensi (untuk) rundingan gagal itu ada," tegas Dr Mohd Azizuddin.
#Sumber : Astro
MR : Dah lama gagal
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Selagi anuar mendukung pkr, bergabung dgn dap, selagi itu tak mungkin merasai utk jadi PM...
BalasPadamBiarlah gagal jadi PM tapi tindakannya mengadap YDPA tempoh hari telah menyumbang sesuatu yg besar nilainya kepada UMNO dan PN amnya.. Bersatu mula sedar yg selama ini semua telah nampak bagaimana sikapnya yg suka membuli UMNO.. yg tak nampak tu sebenarnya buat2 tak nampak.. maka gendang pertama telah dipalu.. DAP perlu menyatakan pendirian jitu selepas ini.. jika masih mahu bermain2 tarik tali dgn PKR maka dia akan ditinggalkan.. UMNO pula telah mula terhutang budi pada Anwar kerana tindakan Anwar ini.. maka kerjasama antara mereka mungkin boleh terjadi jika beberapa syarat dipenuhi.. yg tersepit selama2nya adalah Bersatu dan PAS.. mereka sentiasa perlu berwaspada dan sentiasa perlu memberi ruang utk UMNO berperanan dalam kerajaan... tanpa UMNO mereka akan tumbang kerana mereka memilih utk tidak mahu bekerjasama dgn mana2 parti pembangkang.. begitulah kebergantungan mereka kepada UMNO kini.. itupun susah sgt nak beri jawatan PM.. mintak jawatan PM nanti baru dia tau.. yg pasti pengaruh Anwar telah mula menyusup masuk ke minda pemimpin2 UMNO.. satu gerakan yg baik dilakukan Anwar utk kesinambungan PKR dalam lanskap politik..
BalasPadam