Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat kecewa menteri langgar kuarantin tak didakwa - Puad Zarkashi


Anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menegaskan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali sepatutnya lebih mengetahui tanggungjawabnya bersabit dakwaan pelanggaran kuarantin.

Menurutnya, rakyat pasti kecewa apabila anggota Parlimen Kuala Nerus itu tidak didakwa kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

"Ada dua alasan kenapa keputusan itu dipersoalkan. Pertama kenapa terlalu lama untuk disiasat dan diputuskan. Pihak berkuasa macam bermain masa untuk mencari alasan.

"Kedua, kerajaan dilihat tidak tegas. Pegawai KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang kononnya tidak memberi borang 14B kepada Khairuddin dijadikan “kambing hitam”," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu Khairuddin dilaporkan mengunjungi Turki pada 3 Julai dan kembali ke Malaysia pada 7 Julai.

Selepas itu, dia tidak menjalani kuarantin 14 hari, seperti individu lain yang kembali dari luar negara, sebaliknya menghadiri banyak acara umum.

Ini termasuk sesi parlimen dan acara di Istana Negara.

Dia dikenakan denda kompaun sebanyak RM1,000, bertarikh 7 Ogos atas tuduhan pelanggaran tersebut, tetapi Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengabaikan pertanyaan apakah kompaun itu diundur tarikhnya (backdated).



Susulan itu, Jabatan Peguam Negara menjelaskan bahawa setelah siasatan, didapati bahawa Khairuddin telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setelah kembali dari luar negara.

Dia diuji negatif Covid-19 dan diizinkan untuk pulang ke rumah, tetapi tidak dikeluarkan Borang 14B dan tidak diperintahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sesuai dengan Seksyen 15 (1) Akta 342.

Sementara itu Puad berkata, rakyat biasa yang balik dari Sabah sebelum tarikh 27 September juga mengambil tanggungjawab dan inisiatif sendiri melakukan kuarantin di rumah selama 14 hari.

Malah katanya, ada yang mengeluarkan belanja sendiri untuk melakukan ujian saringan calitan atau swab test.



'Bukan itu sahaja ada yang melakukannya sampai dua kali.

"Maka dari segi moral sepatutnya sebagai menteri, Khairuddin lebih mengetahui tanggungjawab beliau. Nyawa dia adalah juga nyawa orang lain.

"Kini kerajaan dituduh melakukan 'ketegasan selektif'. Rakyat kecewa," katanya.
 

MR : Puad Zarkashi tak akan kecewa jika pimpinan UMNO dilepaskan daripada Mahkamah, walaupun ada idea nak bersama Anwar dan DAP  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Khairuddin tidak menjalani kuarantin, kerana tidak diaraah tetapi kan ke dia telah menjalani ujian covid sebanayak 3 kali, uuntuk memastikan dia tidak boleh menjagkiti orang lain. Rakyat mana yang kecewa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai rakyat yg kecewa.. kau ngan puak2 kau je yg suka langgar undang2 ni.. jgn kata DAP.. MCA dan UMNO yg sekapal ngan Khairudin pun kecewa... semua rakyat tau balik dari luar negara kene kuarantin 14 hari bersama ujian covid19.. itu undang2nya.. tak payah tunggu arahan sbb dah jelas.. kalau dia buat ujian covid19 hari2 pun masih tetap tak ikut undang2.. kalau macam tu boleh tak rakyat biasa ikut cara Khairudin ni? KKM pun tak pernah cakap cara Khairudin ni betul sebaliknya KKM suruh jadikan pengajaran kes Kharudin ni.. jgn merendahkan undang2.. bayangkan kalau aku kene saman ngan polis rm300 lepas tu aku bagi kambing sekor rega 700 kat polis utk bayar saman tu.. mesti polis taknak terima sbb undang2nya bayar dgn duit bukan dgn kambing.. tu pun kau susah nak paham kan.. kalau DAP yg langgar kuarantin tu nanti otomatik kau akan tiba2 paham.. haha..

      Padam
    2. Bukankah puak RBA adalah kepala bapak hipokrit yang mengamalkan double standard kerana mereka tidak mendesak pihak berkuasa menangkap dan mendakwa pemimpin-pemimpin kerajaan PH yang membenarkan kemasukan ramai rakyat china komunis ke negara ini di waktu wabak covid-19 sedang merebak di negara China ???

      Mana AG PH yg pandai dancing itu ? Mengapa dia tidak mendakwa pemimpin-pemimpin KERAjaan PH ?

      Bukankah tindakan KERAjaan PH ini mendedahkan rakyat negara ini kepada wabak covid-19 ??

      Adakah mulut puak RBA telah penuh dengan dedak cap roket sehinggakan mereka tidak boleh membuka mulut untuk mengkritik tindakan KERAjaan PH ?

      Siapakah pemimpin-pemimpin KERAjaan PH yang telah memulangkan gaji mereka kepada kerajaan untuk menebus kesalahan mereka tersebut ? Tidak Ada !

      Padam
    3. 4.56, kau nampak macam kecewa amat sgt. Kesian kat kau. Geng2 kau semua dah hilang jawatan. Kau ni masih nak meroyan sakan. Kalau kau kena saman nanti, bagi je la kambing kau tu kat aku, itu pun kalau polis tak nak. 4.56, itu bukan rasuah kan. Dapigs ni suka bagi rasuah merata rata.

      Padam
    4. Rakyat kecewa konon...

      mana data yang digunapakai..?
      ada buat survey dan undian online ke..?
      sikit-sikit petik rakyat tak suka... sikit-sikit mandat rakyat...

      choiiii.... drama korang rakyat dah mangli macam drama TV dah...

      tau tak berapa ramai rakyat yang tak setuju pun system demokrasi ni dijalankan di Malaysia.
      elok dibakul sampahkan sahaja kerana menjadi punca spesis manusia bernama ahli politik ni membiak dan menjahanamkan.

      berapa kerat ja yg elok perangai... itu pun majority dr parti bulan.
      yang lain ke-laut dah.

      Padam
  2. https://www.thethirdforce.net/kes-menteri-kuarantin-keputusan-peguam-negara-bukti-politik-darjat-inilah-penjelasannya/

    BalasPadam