Raja-Raja Melayu Adakan Pertemuan Esok
KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan khas
esok di Istana Negara bagi membincangkan mengenai beberapa cadangan yang
dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kepada Yang
di-Pertuan Agong, semalam.
Pertemuan itu diadakan selepas Perdana Menteri menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Abdulaziz, Kuantan, semalam.
Menurut sumber Yang di-Pertuan Agong masih berada, di Kuantan Pahang setakat pagi tadi.
Pertemuan Raja-Raja Melayu esok dijangka memperincikan segala cadangan dibawa kerajaan semalam termasuk kemungkinan untuk melaksana pengisytiharan darurat atau prorog Parlimen.
Berdasarkan gambar yang tular sejak semalam, selain Muhyiddin, beberapa menteri Kabinet juga kelihatan mengiringi beliau mengadap Agong, selain Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Istana Negara dalam kenyataannya hari ini memaklumkan Al-Sultan Abdullah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Muhyiddin.
Spekulasi mengenai darurat dan prorog parlimen bertiup kencang sejak semalam sebaik selesai mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pagi semalam.
Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet itu dan sehingga kini belum ada pengumuman rasmi dari kerajaan berkenaan hasil mesyuarat terbabit berlangsung selama tiga jam itu.
Situasi itu membangkitkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat
dan netizen di media sosial termasuk keperluan mengadakan darurat dan
bentuk-bentuk darurat dalam menghadapi pandemik COVID-19 ketika ini.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
buat yang terbaik tuanku, puak2 desparado bukan nak dengar cakap pun, puak desparado yang penting nakkan kuasa, kalu nagara mengahapi masalah apa yang akan buat adalah nenuduh kerajaan bantu pun tidak, merekalah punva masalah
BalasPadamAmpun tuanku patik harap tuanku dan raja2 melayu dapat membantu masalah rakyat jelata,terutama orang2 melayu sudah mula marah ada bangsa cina cuba menghina kedudukan raja2 melayu,kami orang melayu rasa tercabar dgn keujudan mereka ini di tanah melayu adalah satu bala musibah.cina dan india cuba bakar api perkauman.mohon tarik rambut dalam tepung.ini politik gila kuasa dari dap mereka tidak setia dan derhaka perlu di kaji keujudan mereka akan menjadi kan tanah air ini bermandi darah lagi seperti 13 mei 1969
BalasPadamKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa ini.
BalasPadamDalam satu kenyataan sebentar tadi, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.
Katanya, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan ketika ini berjaya menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.
Sumber: bharian.com