Perjuampaan dengan Ku Li adalah strategi Mahathir nak bunuh UMNO, Anwar dan Muhyiddin?
Anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu membunuh tiga pihak sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Umno.
“Ini yang Tun Mahathir mahu lakukan. Dia lain dari yang lain. Dia
mahu bunuh Umno, Muhyiddin dan Anwar. Bunuh Umno bermakna bunuh Najib,
Zahid dan Ku Li,” tulis Datuk Dr Puad Zarkashi dalam facebook beliau
hari ini.
Menurut beliau, Mahathir terkejut bila Anwar umum dia sudah cukup nombor untuk menjadi Perdana Menteri.
Mahathir bertambah gerun bila Umno mahu bagi ultimatum kepada Muhyiddin, kata bekas Ketua Pengarah Jasa itu.
Semua itu, katanya, kalau berlaku akan menamatkan riwayat politik Mahathir.
“Meminjam ayat Kadir Jasin, Mahathir tidak tahu nak hidup tanpa kuasa.
“Dalam senarai Anwar, pasti tidak ada nama Mahathir. Tetapi mungkin ada nama Maszlee, Dr Shaharuddin dan Amiruddin.
“Sebab itu dalam satu perjumpaan tertutup, Mahathir tanya Anthony Loke dan Khalid Samad, Anwar ada cukup nombor ke?
“Itu tanda Mahathir risau dan rancang game lain,” kata Puad, bekas timbalan menteri itu.
Menurut beliau, Anthony Loke mencadangkan kepada Tun Mahathir, supaya move on.
“Terima sahajalah kerajaan PN yang ada. Beri sokongan dan bantu terutama dengan ancaman COVID-19.
“Jawapan Mahathir ialah, Amerika amat membenci “terroris”. Sebut sahaja terroris, Amerika akan kejar dan bunuh sampai habis.
“Itulah sikap Mahathir terhadap Umno, Muhyiddin dan Anwar. Bunuh
sampai habis. Dia tidak akan berhenti. No mercy,” kata Puad lagi.
Yang berbangkit sekarang, apakah yang Mahathir sepakat dengan Ku Li.
“Anwar umum dia cukup nombor pada 23 September. Surat Ku Li kepada Speaker Dewan Rakyat bertarikh 25 September. Apakah kebetulan?
“Surat Ku Li kepada Speaker meminta supaya usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin diberi keutamaan dan dinaikkan ke atas.
“Semalam Maszlee, Dr Shaharuddin, Amiruddin dan Mukhriz memaklumkan mereka juga telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.
“Apakah ini juga kebetulan?” soal Puad lagi.
Sekarang ini, katanya, cerita Ku Li mengadap Yang Dipertuan Agong menimbulkan banyak tanda tanya.
“Adakah dia beritahu Tuanku, “Saya juga cukup nombor” atau dia mahu maklumkan kaedah undi tidak percaya akan digunakan,” katanya.
Bagi Puad, kalau Muhyiddin tolak terma baru dari Umno, Muhyiddin habis.
Jika Muhyiddin terima, Mahathir habis, Anwar pun habis.
“Sampai masanya Mahathir dibiasakan untuk terus hidup tanpa kuasa,” katanya.
MR : UMNO pun sama giler kuasa.. Mahathir semua orang tahu dia aje betulsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Semua lupa bahawa garis akhir kian menghampiri.Semua akan bungkus.rancanganlah apapun,Allah maha perancang.Takyah tunjukk bijak dan geliga jika panduan Allah diketepikan.Sebelum jumpa lubang kubur,baik baiki hubungan dengan makhluk dan hubungan dengan Allah
BalasPadamprn sabah sudah jelas covid tak dapat dibendung, pru 15 risikonya dijangka akan lebih serius. adalah dicadangkan biar saja agong( bagi persekutunan dan negeri2 tanpa raja) dan raja2(bagi negeri) menerajui kerajaan dibawah kerajaan pilihan agong dan raja2 bersama tentera dan pdrm, semua kegiatan politik diharamkam sehingga negara, ekonomi dan covid dapat dikawal, mungkin 2 atau 3 tahun, pru 15 bolih ditunda tiada masalah, keselamatan negara, ekonomi dan kesejahteraan rakyat adalah diutamakan, no kompromi
BalasPadamSetuju biar melopong semua ahli2 politik yg xsedar diri...ada ruang untuk berpolitik secara sihat xnk gunakn...entahlah berpolitik untuk rakyat ke untuk ke untuk kepenting diri dan kroni...rakyat dah buka mata...jangan x faham lg...
Padampada ahli2 politik MALAYSIA yang mudah lupa diri mandat yang diberi oleh rakyat marhaen..hadapilah hukumannya di PRU 15 nanti..😁😁😁
BalasPadamYa betul. PH Akan kecundang buat selama2nya
PadamPemimpin melayu hanya pandai memperkotakatik bangsa sendiri..dgn kaum lain sanggup sujud menyembah
BalasPadamKu Li bukan pilihan majoriti rakyat Malaysia PRU14 sebagai PM.
BalasPadam