PAS dan Umno: Politik dan empati
Ada satu isu penting dalam hubungan tiga parti Melayu, Umno, PAS, dan PPBM yang memerlukan pengamatan dan muhasabah yang lebih jujur dan mendalam, iaitu hal melibatkan sentimen yang paling asas dalam hubungan Umno dengan PPBM.
Dalam
hal ini, PAS nampaknya amat kurang berupaya untuk berempati dalam
menyikapi perasaan Umno dengan PPBM, yang boleh dikatakan isu paling
utama melibatkan kejatuhan kerajaan yang ditunjangi Umno dalam Pilihan
Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.
PAS
sentiasa sedar dan tegas dengan Parti Amanah, PAN, yang dianggap
sebagai pengkhianat kerana berkomplot dan dipergunakan oleh DAP,
pendirian yang agak sukar dipertikaikan dan sering kali ditunjukkan
sendiri oleh pemimpin-pemimpin PAN melalui sikap selektif mereka.
Walau
bagaimanapun, PAS mengambil mudah sentimen Umno terhadap PPBM, dan
beberapa kali bertindak dengan cara yang menampakkan kecondongannya yang
berlebihan pada parti yang memegang jawatan perdana menteri itu, pada
masa Tun Dr Mahathir Mohamad, dan kemudian masa Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Persepsi
mudah yang dipegang ramai pemerhati ialah, PAS berpaut pada pihak yang
dilihat paling berkuasa dan mampu memberi pulangan kepada PAS dalam
kerjasama politik sekarang dan akan datang.
Lebih
menguatkan persepsi ini ialah kesediaan pihak PAS untuk mengeluarkan
kenyataan untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada perdana
menteri - yang ketujuh dan kelapan - malah secara terbuka menyebelahi
PPBM dalam pertembungan dengan Umno.
Hal
ini berterusan hingga pada satu tahap, PAS kelihatan mengulang-ulang
hujah mewarnakan Umno dengan amat negatif, seperti mula lupa diri dan
gila kuasa, tanpa melihat dan meneliti perincian setiap satu kes.
Dalam
hal ini, PAS jelas kelihatan amat sukar melihat dengan empati keadaan
yang melanda Umno pada masa ini, dan kesukaran yang dihadapi.
Parti
Islamis ini kelihatan cenderung memanjangkan dan mengukuhkan stereotaip
yang dipegang mengenai Umno, yang sering kali kelihatan seperti sekadar
hujah defensif yang berakar daripada kebiasaan berzaman bersaing dalam
politik dengan Umno.
Ini
tidak menafikan beberapa isu melibatkan Umno dan hubungan PAS dengan
Umno, termasuk pragmatisme yang berpotensi menjejaskan hubungan pada
masa depan, dan ketiadaan kesatuan pemikiran dan tindakan dalam Umno,
paling utama melibatkan dua kumpulan besar yang berbeza pendapat tentang
cara mengemudi jalan ke arah meraih semula kuasa dalam kerajaan, dan
arus liberal yang kuat dalam parti Melayu itu.
Rekod
yang tidak konsisten dalam perjuangan Melayu dan Islam, korupsi,
pragmatisme hingga menggadaikan prinsip - yang ada masanya hanya wujud
pada kadar amat minima - dan pelbagai lagi penyakit organisasi besar
yang telah kukuh dan menyeluruh kuasa dan peranan politiknya, mudah
dijadikan hujah yang Umno tidak dapat diyakini dan bukan rakan politik
yang membawa faedah.
Walau
bagaimanapun, keadaan ini bukan sesuatu yang tetap dan pasti pada Umno,
melainkan keadaan yang boleh sahaja melanda mana-mana parti atau
organisasi yang memperolehi kuasa dan peranan besar seperti yang dialami
oleh Umno.
Lebih
utama daripada faktor ini, keadaan dan struktur politik negara ini
meletakkan Umno pada satu posisi yang penting dan tidak dapat dielakkan
melibatkan kuasa dan kepentingan orang Melayu.
Hal
inilah yang perlu lebih diambil kira oleh PAS, selain pertimbangan
segera melibatkan kuasa dan PPBM yang kini berkuasa dalam kerajaan
Perikatan Nasional, selepas melompat dari kerajaan Pakatan Harapan.
PAS
sendiri perlu sedar peranannya sepanjang bersama Barisan Alternatif dan
Pakatan Rakyat yang telah menyucikan DAP yang hanya ditolak sepenuhnya
parti Islam itu menjelang muktamar dan pemilihan kepimpinan parti pada
2015.
Selama
bertahun dengan BA dan PR, PAS secara efektif menjadi benteng kepada
DAP (dan juga PKR) termasuk dalam isu-isu kritikal melibatkan agama,
seperti kritikan pihak lain, terutama Umno, pertubuhan Isma, dan
kelompok akademik tempatan berkenaan elemen liberal dalam perjuangan
parti-parti komponen PR.
Sepanjang
tempoh itu, sebarang kritikan Umno melibatkan isu berkaitan liberalisme
dalam PR ditolak dengan sinis oleh PAS sendiri, dan di peringkat
tertentu dalam parti, wacana mengulas liberalisme ini (termasuk tajuk
seperti pluralisme agama) dianggap sebagai wacana bawaan Umno untuk
memecahkan PR.
Perjuangan
PAS dan Umno tetap mengikut formula politik kepartian, dan kuat
dipengaruhi kepentingan berkaitan, walaupun diakui idealisme bangsa dan
agama ini kekal sebagai bahagian penting perjuangan dua parti ini,
walaupun banyak turun naiknya.
Kepentingan
yang lebih utama, seperti yang dikemukakan sendiri berkali-kali oleh
parti-parti Melayu terbesar ini ialah bangsa dan agama, yang merentasi
dan sering tidak tertakluk kepada garis pemisah parti.
Isu
empati ini boleh dikatakan satu isu yang tenggelam dalam perbincangan
PAS dengan Umno ini, hingga menyuburkan satu bentuk hubungan yang
tegang, dan membuka jalan kepada rasa curiga dan kemungkinan, perpecahan
dan keadaan permusuhan yang jauh lebih buruk berbanding sebelum ini.
Haris Zalkapli
MR : Adakah UMNO perlukan PAS untuk menyucikan diri?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Macam ni le penulis yang bijaksana kalau dilihat dari PRN Sabah, PAS letakkan penyatuan ummah as top priority yang lain sebagai agenda agenda kecil seperti manna Azan memanggil orang Islam dirikan sembahyang. PAS tidak akan benarkan peluang terbuka untuak bukan dari PN atau MN menang dineeberi negeri yanng mereka perintah, ini politik bukan sambutan hari raya bang. Kalauu terjadi pertembungan diantara PPBM dan UMNO biarlah ianya jadi dikawasan kawasan yang mereka peganag, PAS tidak akan terlibat kerana PAS ada dalam MN dan PN.
BalasPadamAmanah ditubuh nak ganti pas. Tapi ppbm tubuh bagi sekat kezaliman majib
BalasPadamUmno belum berubah.Pelahap kuasa dan bersikap abang besar.Meluat tengok manusia hidupmendongak langit.DAP gembira Melayu bertelagah.DAP tunggu kembali berkuasa untuk carik2kan lagi dominan kuasa Melayu dalam semua institusi.Akhirnya Melayu salahkan Melayu
BalasPadamTak payah la nak tuduh PAS gila kuasa atau nak berpaut pada PM yg memegang kuasa. Masa PAS sokong pm7, ada PAS dapat kuasa. PAS masih berada dlm blok pembangkang. PAS semasa wujudnya MN, masih lagi memberi sokongan secara terang2an kpd pm7 utk kekal sampai pru15. Umno pun tahu. Walaupun semua tahu, pm7 tu benci ngan PAS. PAS tak gila kuasa macam pemimpin kamu dari kaum Pan tu. PAS berpolitik secara matang. Kamu tu memang bertujuan utk memecahbelahkan kesatuan ummah dan menjadi khadam bapak kamu, dapigs.
BalasPadam