Header Ads

ads header

Flash News

Parti Melayu berpecah, DAP jadi ‘King Maker’


PERKEMBANGAN
 politik mutakhir ini agak membimbangkan. Saya melihat ramai siber trooper PAS dan Umno mula serang menyerang antara satu sama lain. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai apa yang patut dan tidak patut berlaku antara parti politik Melayu tanah air mutakhir ini, tetapi apa yang saya ingin seru kepada semua siber trooper PAS dan Umno supaya meletakkan ‘senjata keyboard’ masing-masing. Banyak perkara ‘untold story’ yang kita tidak tahu di sebalik isu yang sedang hangat sekarang. Di kesempatan ini, saya ingin redakan sikit tohmahan terhadap Umno apabila ada yang mula menuduh ‘Umno dah lupa diri apabila ada kuasa sedangkan sewaktu mula-mula hilang kuasa hari itu, mereka menyondol kepada PAS untuk minta talian hayat.’ 

Tohmahan ini hakikatnya ‘salah’ kerana Umno telah mula bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS dalam isu-isu umat Islam sejak sebelum Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor dan Penang pada tahun 2008 lagi apabila masing-masing mula menyedari ancaman DAP terhadap umat Islam. Pimpinan kedua-dua parti menyedari hakikat ancaman DAP sebelum rakyat dan jentera parti menyedarinya. Akhirnya hari ini, semua kita juga dapat melihat ancaman DAP itu terutama setelah 22 bulan PH memerintah Malaysia. Rakyat menyedarinya lebih 10 tahun lewat berbanding kepimpinan-kepimpinan parti-parti Melayu yang ada. Pada waktu usaha ini berlaku, saya pernah membantu Al-Marhum Dr Haron Din dalam usaha ke arah penyatuan umat Islam (bukan PAS dan Umno sahaja) pada waktu itu. 

Ringkasnya, Umno menyambut baik usaha mengekang ancaman DAP ini pada waktu mereka masih di puncak kuasa, bukan pada waktu mereka hilang kuasa selepas PRU14 sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan siber trooper

Semua perlu beringat! Apabila PAS dan Umno bertelagah, maka PAS rugi, Umno rugi, semua Melayu juga turut rugi, tetapi yang paling untung ialah DAP kerana pada waktu itu, mereka mula menjadi King Maker apabila umat Islam pecah tiga parti dengan masing-masing memegang komposisi 35 peratus. Serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan kita menyelesaikan isu ini. Selama mana tiada keputusan rasmi bertulis, kita perlu berpegang pada piagam yang ditandatangani dengan disaksikan dengan linangan air mata ribuan penyokong kedua-dua parti. 

Mungkin wajar kita merenung kembali Hadis nabi S.A.W mengenai penyatuan 2 kumpulan umat Islam oleh Saidina Hasan. Baginda bersabda: 

“Sesungguhnya cucuku ini (Saidina Hasan bin Ali R.A) bakal menjadi sayyid (ketua) yang dengan jawatan itu dengan izin Allah dia akan mendamaikan dua puak kaum Muslimin!” 

Pertembungan antara tentera Saidina Hasan yang mendapat dukungan tentera daripada penduduk Iraq dan tentera Muawiyah yang mendapat dukungan tentera daripada penduduk Syam apabila tercetus dalam fikiran mereka kesan jika peperangan ini berlaku. Ketika Amru bin Ash melaporkan kepada Muawiyah bahawa kedua-dua pihak mempunyai kekuatan tentera yang sama banyak. Muawiyah berkata:

“Sekiranya mereka (penduduk Sham) membunuh mereka (penduduk Iraq), maka siapakah bagi pihak aku yang akan menjalankan urusan kehidupan kaum Muslimin? Siapakah yang akan membantu golongan-golongan lemah di kalangan kaum wanita mereka?”

Akhirnya Muawiyah menghantar 2 wakil daripada Quraish iaitu Abdul Rahman ibn Samurrah dan Abdullah ibn Umayr kepada Saidina Hasan. Muawiyah berpesan kepada keduanya: 

“Pergilah kamu berdua kepada Saidina Hasan. Ceritakanlah masalah ini kepadanya dan mintalah sesuatu daripadanya!”. 

Sewaktu rundingan Saidina Hasan dengan 2 wakil Muawiyah, Saidina Hasan menyebut: 

“Aku telah mendengar Abu Bukrah bercerita “Aku melihat Rasulullah S.A.W berada di atas mimbar sedangkan al-Hasan bin Ali berada di sisinya. Dia memandang orang ramai dan kemudian ke arahnya. Baginda pun bersabda “Sesungguhnya anakku (cucuku) ini bakal menjadi ketua atau sayyid. Semoga Allah S.W.T menjadikannya pendamai antara dua puak yang besar daripada orang-orang Islam!” “

Akhirnya dengan beberapa perjanjian supaya dilaksanakan oleh Muawiyah (yang tidak sempat nak coretkan terperinci), Saidina Hasan menarik diri daripada jawatan Khalifah dan memberikan baiah kepada Saidina Muawiyah. Walaupun pada peringkat awal tindakan Saidina Hasan tidak dipersetujui oleh tentera dan penduduk Iraq, tetapi akhirnya mereka terpaksa akur apabila Saidina Hasan sendiri bertegas untuk berbuat demikian. Ini sejarah penting perdamaian umat Islam. 

Kesimpulannya, tindakan Umno kebelakangan ini tidak boleh dilihat secara negatif kerana persepsi ini adalah pemula kepada keretakan. Mungkin tindakan mereka akibat rasa ‘terancam’. Hakikatnya, bukan sahaja Umno, bukan sahaja parti politik dan manusia, bahkan semua makhluk bertindak agresif apabila mereka mula rasa terancam. Justeru itu, perdamaian dan penyatuan memerlukan formula ‘berikan rasa keamanan’ sebagaimana dalam kisah Saidina Hasan dan Muawiyah. Pertamanya, letakkan nasib dan masa depan umat Islam terutamanya golongan yang lemah di hadapan. Keduanya, amankan semua pihak daripada perasaan ‘rasa terancam’; yang kuat perlu diraikan dan yang lemah perlu dibela. Perlu terapkan, mereka kuat kita pasti akan kuat, kita kuat mereka juga pasti akan kuat. 

Nota: Saya suka gambar terkini di bawah. 2 pemimpin muda PAS dan Umno, bersarapan bersama. Semoga ukhuwah seperti ini berkekalan untuk membentuk negara yang kuat.

ZAHARUDIN MUHAMMAD
YDP PAS Kawasan Sungai Buloh

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Huhu.. nak tergelak pun ade bila pemimpin PAS berkata2.. tidakkah mereka tahu bahawa Amanah juga adalah umat Islam.. PKR juga majoritinya Islam... Pejuang dan Muda juga Islam.. kenapa hanya menyebut UMNO bila berbicara tentang penyatuan ummah?? Kenapa Pas tidak berlapang dada mengajak Amanah, Pejuang, Muda dan juga pemimpin Islam PKR bersama dalam penyatuan ummah ini?? Nampak jelas kenyataan itu tidak bersifat Islam dan demi Islam.. tapi lebih kepada politik utk mempertahankan kuasa dgn menyalahgunakan hadis nabi.. kalau PAS mahu merendah diri spt apa yg dilakukan sekarang kepada Bersatu dan UMNO, maka PAS juga berkemampuan utk berbuat demkian kepada lawan mereka demi membina penyatuan ummah yg lebih besar.. maka impian mendapat kerajaan yg lebih kuat dan lebih stabil akan tercapai.. yg penting utamakan Islam dulu daripada melayu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pkr dan amanah jelas munafik peju wang juga jadi tak masuk dalam sunnah wal jamaah.

      Padam
    2. aku bagi satu analogi yg simple untuk akal2 cetek mcm awanama 1.52ptg ye..

      kenapa team barcelona, real madrid, chelsea takde nak ajak player malaysia main untuk team diorg? padahal player malaysia tu pun player bola juga. berlapang dada tak boleh ke?

      sebab...kalau ada player standard player malaysia tu dlm team diorg, buat perabih duit, masa, tenaga. silap2 boleh buat team dorg lagi lemah, kalah memanjang.

      amacam awanama 152? faham? tak faham jugak? lantak ko la...

      Padam
    3. Hahaha terbaik bro,.kiasan mantap

      Padam
  2. Cybertrooper rba dapigs, bukannya tak faham. Mereka ni memang faham. Mereka saja2 buat tàk faham, atau buat tak nak faham, atau malas nak faham. Mereka memutar2 dan mengulang2 cerita yg tak benar tu banyak kali supaya semua orang hadam cerita yg tak benar tu jadi nampak macam benar. Ini strategi yg digunapakai oleh atok yg belajar dgn zionis yahudi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha geng ph memang mcm tu..bukan ckp fakta.tp bnyk auta putar belit nk bg nampak nyata..yang betui penyokong ph mcm buta perut bab politik

      Padam