Header Ads

ads header

Flash News

MB Kedah Saman Fitnah 4 Individu termasuk Mahfuz Omar, cybertropper PH Berkaitan Tuduhan Pembelian Vellfire


ALOR SETAR –
Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah melantik beberapa peguam bagi memfailkan saman fitnah terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang serta individu yang telah melontarkan fitnah terhadap beliau berkaitan dengan tuduhan pembelian kereta Vellfire yang tular di media sosial.

“Orang politik nak mendidik orang ramai perlu mendidik dengan fakta, asasnya mesti kebenaran, tidak boleh menimbulkan kekeliruan atas faktor yang tidak benar, menimbulkan kebencian, salah faham serta membina persepsi buruk terhadap orang lain atas fakta yang tidak benar.

“Sebab itu lah, tidak hairan berlaku generasi baru anak muda tidak lagi berminat dengan politik.

Mereka membuat kecaman-kecaman, kerana orang politik sekarang ini tidak lagi bersandarkan kepada fakta untuk menghalalkan matlamat mereka dengan membuat fitnah atau tuduhan-tuduhan yang tidak berasas,” ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Menurut beliau, jika keadaan ini berterusan sektor politik akan menjadi sektor yang paling terkebelakang untuk diambil peduli.

“Saya harap dengan tindakan mahkamah terhadap isu vellfire ini akan memberi kesedaran bahawa cakap mesti berfakta, tuduhan mesti diselidik.

“Jangan ambil berita daripada orang yang fasik, orang-orang yang tidak boleh dipercayai untuk membina pandangan dan pendirian orang ramai,” ujar beliau lagi.

Baru-baru ini SADA telah membuat pencerahan berkaitan pembelian kereta vellfire di media sosial. Pengarah SPRM Dato' Hj Shaharom Nizam Abd Manap dalam 1 kenyataan kepada RTM, juga mengesahkan tiada kesalahan dikesan berkaitan isu pembelian sebuah kereta mewah oleh Syarikat SADA. Beberapa pegawai SPRM telah hadir ke SADA untuk menjalankan siasatan dan tiada isu dibawah akta yang berkaitan dikesan.

'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'

MR : Dulu dia saman UMNO kerana fitnah, sekarang Mahfuz belajar kejahatan menjadi tukang fitnah dan kena saman  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. mahfuz akan MAMPUSSS bersama FITNAH2NYA selama ini.

    BalasPadam
  2. saman saja bekas2 desparado tidak sedetik pun dihati mereka untuk menolong rakyat kedah melainkan menghuru-harakan keadaan, halau saja dari kedah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..hanya dengan cara ini aje yang akan buat pelacur2 politik belajar erti FASIK dan MUNAFIK setelah datang AGAMA kepadanya..tulah akibatnya bila BERPOLITIK TIDAK DISANTUNI DENGAN AGAMA ..ALHAMDULILLAH sekali lagi buat MB KEDAH..secara tidak langsung membersihkan IMEJ PAS kepada masyarakat MALAYSIA yang selama ini perjuangannya jauh dari sifat maki hamun ...parasit2 ini telah menunjukkan diri sebenar setelah keluar dari PAS yang diketuai oleh Mat Sabu yang sanggup makan BABI dengan LGE dari makan AYAM dengan Najib
    ..😁😁😁

    BalasPadam
  4. Baru dia nak reti sikit dari dok tgk salah orang salah dia tak nampak,batol tu minang campur,la nie depa sungguh makan babi dari makan ayam pun depa makan ayam tak sembelih...

    BalasPadam
  5. Masa dalam PAS dahulu semua cermat untuk buat kenyataan.Elak fitnah.Kini setelah duduk dalam PAN, tiada halangan untuk buat fitnah seolah-olah dosa fitnah sudah diangkat.Inilah hakikat impak berkawan dengan DAP,tidak menambah takwa kepada Allah tapi makin menjauh.Sebab itulah semasa bukan Islam dalam DAP persenda Islam, orang PAN kunci mulut demi jaga DAP

    BalasPadam
  6. Biasalah mahfus dgn ph ni.fitnah ni dah jadi darah daging mereka ni....kalau tak buat fitnah mereka ni tak dapat tidur lena.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ke ke keke...betul ker orang Amanah kaki fitnah? Yang aku tahu Lobai2 puak sebelah tu memang pakar cipta fitnah.

      Padam