Header Ads

ads header

Flash News

Lelaki Tumbuk Bomba, Pandu Melulu Terima Hukuman



KAJANG –
Seorang lelaki yang tular selepas mencederakan anggota bomba ketika sedang memadamkan kebakaran keretanya dihukum penjara enam bulan dan denda RM6,000 di dua Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli, tertuduh Kan Hong Kit, 33, mengaku bersalah dengan sengaja melakukan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, Alfred Rudy Anak Tungku, 26, daripada kewajipannya sebagai anggota bomba.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9, Cheras, Hulu Langat sekitar 10.40 pagi, 15 Oktober lalu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, ketika anggota bomba memadam kebakaran kereta terbabit dalam kemalangan, tiba-tiba tertuduh yang mengaku sebagai pemilik kereta itu meluru masuk ke kawasan tempat kejadian dan mahu menghampiri keretanya.

Pegawai bomba bertugas ketika itu memberikan arahan supaya tertuduh bertenang dan memberikan kerjasama kepada pihak bomba.

Namun, tertuduh menjadi agresif dan secara tiba-tiba meluru ke arah anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota bomba.

Bagi kesalahan itu, Muhammad Noor Firdaus menjatuhkan hukuman penjara satu bulan penjara bermula hari ini terhadap tertuduh yang bekerja sebagai pengurus acara sambilan dan masih bujang itu.

Dalam penghakimannya, Muhammad Noor Firdaus mengambil kira kepentingan awam dan berharap kejadian itu dapat dielak daripada dilakukan orang lain.

“Kesalahan sebegini terhadap penjawat awam tidak sewajarnya berlaku.

“Bagaimanapun, mahkamah mempertimbangkan mengenai latar belakang tertuduh dan ini adalah kesalahan pertama serta pengakuan bersalah tertuduh,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Bagi Mengikut pertuduhan kedua di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain, tertuduh mengaku bersalah dan dihukum penjara lima bulan dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu.

Malah, mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, Kan didakwa memandu kereta Proton Persona secara melulu dengan kelajuan dan merbahaya kepada orang awam di lokasi sama sekitar 10.26 pagi, 15 Oktober lalu.

#Sumber : – myMetro Online 

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Terlalu ringan. Untuk penyangak berideologi komunis ni dan berkemungkin besar penyokong DAPigs ni ..Kalau setakat 6-7K denda tu.. Seminit penyokong-penyokong mereka boleh kumpul. Kumpulan ni kena bagi penjara maksimum...baru setimpal

    BalasPadam
  2. Tak check darah ada alcohol ?

    BalasPadam