Ku Li perlu runding dengan Takiyuddin bawa usul tidak percaya PM, kata Azhar
PETALING JAYA: Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan bagi membolehkan usul persendirian diberi keutamaan dan dibentang di Dewan Rakyat.
Azhar berkata, tugasnya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat terikat dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sedia, menjawab pertikaian dibangkitkan Tengku Razaleigh yang memohon jaminan supaya usul tidak percaya dibawa ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad dibentang di Dewan Rakyat.
“Mana-mana ahli Dewan Rakyat boleh memberi notis untuk membentangkan usul dan ia akan dipertimbangkan berdasarkan peraturan mesyuarat. Justeru, saya tidak ada masalah untuk mempertimbangkan usul-usul persendirian jika selesai semua urusan kerajaan.
“Atau pun terdapat usul-usul oleh seorang menteri di bawah Peraturan
14(2) untuk mendahulukan usul-usul persendirian,” katanya dalam surat
diutuskan kepada Tengku Razaleigh, bertarikh 29 September lalu berhubung
usul tidak percaya.
Terdahulu, Tengku Razaleigh dalam suratnya bertarikh 25 September
lalu kepada Azhar berkata, usul tidak percaya yang dibawa Mahathir amat
penting atas beberapa sebab, ini termasuk membabitkan kesahihan kerajaan
sekarang ini.
Menurut Tengku Razaleigh lagi, jika usul tersebut disokong oleh sebahagian besar ahli Dewan Rakyat, perkara itu haruslah dipersembahkan kepada pengetahuan Yang di- Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Katanya, dari segi perlembagaan tidak memperuntukkan dalam tatacara tetap yang boleh menghalang usul tidak percaya ini daripada dibentang di Dewan Rakyat dan mengharap usul ini dijadikan sebagai suatu keutamaan pada persidangan akan datang.
Azhar berkata, dakwaan yang menyatakan Perdana Menteri Muhyiddin
Yassin tidak membenarkan usul tidak percaya dibahaskan dengan cara
menyenaraikan di penghujung senarai kertas aturan urusan mesyuarat
harian juga adalah tidak benar.
“Hal ini kerana, usul tersebut disenaraikan dalam aturan urusan
mesyuarat mengikut peraturan-peraturan mesyuarat, namun urusan kerajaan
perlu didahulukan seperti yang termaktub bawah peraturan-peraturan
mesyuarat,” katanya.
Azhar berkata, Dewan Rakyat juga sebelum ini menerima usul percaya terhadap perdana menteri yang dibawa oleh ahli Parlimen Pasir Puteh, Sabak Bernam dan Arau, yang disenaraikan berdasarkan masa penerimaan usul tersebut.
“Usul persendirian yang diterima terlebih dahulu akan disenaraikan susunan awal di kertas aturan urusan mesyuarat. Dalam hal ini, usul-usul persendiran daripada ahli Parlimen Tuaran, Bukit Gantang, Gerik dan Arau diterima lebih awal berbanding usul ahli Parlimen Langkawi.
“Susunan aturan mesyuarat yang lalu sebenarnya dibuat oleh bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang lalu dan bukannya saya,” katanya.
Mengikut takwim laman rasmi Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 2 November depan.
#Sumber : FMTMR : Takkan Kuli orang lama dalam parlimen kurang faham tentang peraturan?
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Walaupun undo tidak percaya aka menyaksikam TSMY kecundang tidak bermaakna Anmwar mendapat sokongan majoriti, akhirnya PRU 15 akan diadakan dan BERSATU dan UMNO akan bertembung dam parti parti ploralisma liberalisma secularisma akan berpeluang untuk menang. Kami orang2 melayu islaam tidak akan berdiam diri lago. Kalau inilah demokrasi kembalilah ke suistem khalifah
BalasPadam