Header Ads

ads header

Flash News

Kes tak kuarantin selesai, pembangkang carilah isu lain kata Nik Abdul


KUALA LUMPUR –
“Maka adalah amat elok untuk kita bersama-sama menerima keputusan Peguam Negara hari ini dengan penuh lapang dada.”

Itu permintaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz ekoran keputusan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali
hari ini yang ‘dibebaskan’ daripada dakwaan tidak dikuarantin ekoran peraturan melibatkan Covid-19.

Malah ia membuktikan kebenaran terhadap sebarang kesalahan seperti dakwaan musuh politik Mohd Khairuddin sebelum ini.

“Terima kasih juga harus saya ucapkan kepada pihak pembangkang yang telah membuat aduan demi aduan kepada pihak polis agar Mohd Khairuddin disiasat demi ketelusan dan integriti.

“Walaupun keputusan hari ini amat tidak memihak serta menggagalkan pihak pembangkang untuk terus memanaskan isu ini tetapi nyata kebenaran telah diangkat dan diletakkan pada tempatnya yang mulia,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya malam ini.

Justeru Nik Abduh secara sinis berharap pembangkang kini boleh bergerak kepada isu-isu lain yang lebih bertenaga untuk menarik undi rakyat kepada mereka.

“Banyak lagi isu boleh dimainkan. Lagi pun politik negara kan tak berapa stabil sekarang? PH pun sudah memang terkenal mampu menjadikan seekor nyamuk sebagai seekor gajah. So go on..,” katanya.

Apa pun, pemimpin Pas itu mengajak pembangkang bersatu dalam menangani pandemik Covid-19 dengan mematuhi peraturan ditetapkan.

#Sumber : - MalaysiaGazette 

MR :  Setuju 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Riaknya pemimoin ini...entah kemana Islamnya...berbuih bicara Islam, tapi mereka sendiri tdk berjiwa Uslam...
    Jelas Islam diperkuda utk memperdaya umat supaya menyokong parti mereka dgn maksud utk tujuan peribadi mencari kekayaan kepentingan diri semata...akhirnya mereka tdk berkebolehan, berkelayakkan utk jadi memimpin umat yg bernenafaat...selfish...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Riak apa benda, tak puas hati, gi buat repot polis lagi sampai berjaya. Apa makna berjiwa Islam ? Senyum, tunduk, Anguk anguk bila disuruh macaam tu. Lepas tu macam kau fitnah sana sini tanpa memberi bukti itu ok pulak. Islam tu membenarkan sesuatu tindakkan mengikut keadaan. Macam mbembunuh dibenarkan waktu perang atau menjatuhkan hukum . Islam tu real ok.

      Padam
    2. Fuuu..kalau la yg lggr Sop kuarantin tu mujahid atau guan eng, dah berlori2 kena maki dgn penganut Pasumno.
      Dan kalo la AGC tu tommy thomas, mesti dah kena taruk kaw2 mcm kes banglo guan eng tu.
      Apakan daya. Parti penunggang agama tetap sesuci embun pagi. Smpikan burung hud hud pun dipanggil utk dijadikan dalil.

      So hudud sm ruu355 apa citer?

      Padam
    3. Nampak sgt kau tak paham jiwa Islam.. bagi kau bila Islam kuat maka Islam boleh buat ape saja utk menundukkan pihak lain walaupun dgn menipu dan menindas.. kat sekolah manelah kau belajar Islam ni.. Islam tak pernah membenarkan sesuatu tindakan yg jelas2 melanggar perintah agama mengikut keadaan kecuali darurat.. mungkin ajaran ayah pin ade kot.. membunuh waktu perang juga ade syarat bro.. ko ingat boleh main bunuh je.. kalau musuh bersyahadah dan kau bunuh juga maka kau yg bersalah dan berdosa.. disitulah Islam membentuk keperibadian umatnya.. Islam sarankan menyuarakan kebenaran walaupun pahit dan bukannya menipu atau menindas semata2 nak selamatkan puak2 kita.. bayangkan adik kau mencuri lepas tu kau menipu pihak polis demi nak menyelamatkan adik kau.. dimata kau mungkin ni tindakan mulia dan baik.. tapi dimata Islam tindakan kau tu salah dan berdosa.. diorang ni marah kerana rakyat biasa kene denda dan hukuman berat sbb salah yg sama dilakukan Khairudin.. ade yg kene denda sampai 5 ribu... denda 8 ribu.. kene penjara lagi.. so kenapa Khairudin tak kene denda macam tu padahal dia pemimpin .. sepatutnya pemimpinlah kene hukuman lagi berat.. mane hati perut kau bila nampak ketidakadilan ni??.. cuba kalau DAP buat macam ni kau marah tak?? Kau tak nampak ke ape yg peguam negara ni buat same je dgn perangai DAP.. so dah takdelah beza PN dgn DAP.. Islam tu sentiasa real tapi bila Islam dianuti oleh orang2 spt kau nilah yg buat Islam jadi tak real..

      Padam
    4. Ko ni cakap meleret2, tak tahu pengumuman dan hasil siasat yg telah diumumkan. Tak tahu hujung pangkal. Macam Baru keluar dari Gua. Cakap perkara yg tak benar berulang2 kali ni, serupa lah perangai macam dapigs ajaran zionis yahudi.

      Padam
    5. Mohtar, kau tu macam mengata pada pemimpin kau aje. Kau ni berkawan dgn dapigs ye. Patut la bercakap berbau kudis je.

      Padam
  2. Bagus juge blogger PN hebahkan benda2 cam ni selalu. baru penyokong2 mereka nampak bodoh2 dan jahil2 pemimpin mereka ni. Islam entah kemana melayu entah kemana.

    BalasPadam
  3. Alimnya Islam PH dia buleh jd tuhan hahahaaa...

    BalasPadam
  4. Isu lain ialah ana kantoi menipu.
    Itu bukan suara ana.

    BalasPadam
  5. https://www.thethirdforce.net/kes-menteri-kuarantin-keputusan-peguam-negara-bukti-politik-darjat-inilah-penjelasannya/

    BalasPadam