Header Ads

ads header

Flash News

Kebijaksanaan Kabinet Elakkan Krisis Perlembagaan Tercetus


Disebabkan kesensitifan isu cadangan perisytiharan darurat, selain kesibukan dengan urusan keluarga, saya mengelak daripada memberikan sebarang komen mengenainya.

Begitupun, hari ini saya merasakan mahu memberi sedikit komen kerana saya berpendapat bahawa isu ini telah menimbulkan satu perkembangan baharu dari sudut perlembagaan.

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong sebenarnya adalah amat jelas di dalam Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;
(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,
(d) dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.

Proklamasi darurat yang terkandung di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah berbunyi:

“Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”

Tidak disebut dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ini bahawa proklamasi darurat adalah berada di dalam kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Duluan mengikat yang masih diguna pakai dalam isu ini adalah penghakiman di dalam kes Teh Cheng Poh v PP [1979] 1 MLJ 50 yang berbunyi:

“Fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong adalah fungsi-fungsi seorang raja berperlembagaan dan, melainkan di dalam perkara-perkara tertentu yang tidak berkait dengan rayuan ini, Baginda tidak melaksanakan fungsi-fungsi Baginda di bawah perlembagaan di atas inisiatif Baginda sendiri tetapi dikehendaki oleh Perkara 40 (1) untuk bertindak mengikut nasihat kabinet. Jadi bila kita menemui di dalam perlembagaan itu sendiri atau di dalam sesuatu undang-undang persekutuan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong yang dinyatakan hendaklah dilaksanakan jika Baginda berpendapat atau jika berpuas hati bahawa sesuatu keadaan tertentu wujud atau bahawa sesuatu tindakan tertentu adalah perlu, rujukan ke atas pendapat atau kepuasan hati Baginda adalah pada hakikatnya satu rujukan ke atas pendapat atau kepuasan hati secara kolektif ahli-ahli kabinet, atau pendapat atau kepuasan hati seseorang Menteri tertentu yang telah Kabinet telah perturunkan kuasa mereka untuk memberi nasihat ke atas perkara tersebut.”

(“The Yang di-Pertuan Agong’s functions are those of a constitutional monarch and, except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the constitution on his own initiative but is required by Article 40 (1) to act in accordance with the advice of the cabinet. So when one finds in the constitution itself or in a federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question.”)

Soal Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat juga sebenarnya adalah amat jelas di dalam Perkara 40 (1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

“Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini…” (Perkara 40 (1))

“Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.” (Perkara 40 (1A))

Oleh itu, sangatlah boleh dihujahkan bahawa pengumuman Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, pada 25 Oktober 2020 bahawa “Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia” adalah tidak selari dengan peruntukan perlembagaan dan tafsiran mahkamah ke atas peruntukan perlembagaan tersebut.

Begitupun, syukurlah bahawa kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin mengambil tindakan bijaksana untuk akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong seterusnya tidak memulakan apa-apa langkah konfrontasi yang boleh mencetuskan krisis perlembagaan.

Tidak dapat dibayangkan apa bentuk kecaman ke atas Yang di-Pertuan Agong dan kemudaratan yang akan berlaku kepada negara jika Perdana Menteri Malaysia sekarang bukanlah YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin tetapi pemimpin lain daripada Pakatan Harapan.

Saya percaya sudah pastilah ada hikmah besar yang masih lagi terselindung di sebalik tindakan Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan nasihat kabinet mengenai perisytiharan darurat ini, paling tidak ia bolehlah ditafsirkan sebagai “undi percaya” Baginda kepada kerajaan.

Mahukah dan mampukah lagi para pemimpin parti-parti tertentu terus mengecam kerajaan sekarang kerana kononnya gagal menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan setelah Yang di-Pertuan Agong menitahkan secara terbuka bahawa:

(1) Baginda “merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan”?
(2) Baginda “amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak”?

Begitu juga, mahukah dan mampukah lagi para pemimpin parti-parti tertentu terus cuba mengganggu kestabilan pemerintahan negaradan kestabilan kerajaan sekarang setelah Yang di-Pertuan Agong menitahkan secara terbuka bahawa:

(1) Baginda “ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara”?
(2) Baginda “turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan sedia ada”?

Pada hemat saya dan ramai lagi rakan-rakan lain, kedua-dua titah ini sebenarnya jauh lebih besar makna dan impaknya berbanding penolakan perisytiharan darurat itu sendiri.

Kamarul Yusoff

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Ulasan yg terlalu berat sebelah.. majlis raja2 menolak darurat kerana pastinya apabila berlaku darurat kerajaan akan memerintah tanpa perlunya check n balance.. ini amat merbahaya kerana segala keputusan yg dilakukan kerajaan jika terdapat kritikan pembangkang maka kerajaan boleh menangkap dan menganggap krikan itu sebagai kritikan politik.. rakan2 mereka dalam PN pun boleh disingkirkan sesuka hati dgn menggunakan kuasa darurat.. sbb itu YDPA masih merasakan pembangkang diperlukan dalam mengimbangi kuasa dan keputusan kerajaan dan menolak darurat.. lagi satu sbb YDPA menolak ialah baginda dapat merasakan bahawa jika Muhyidin diberikan kuasa darurat maka kuasanya akan menjadi terlalu byk dan akan diperalatkan oleh konco2nya.. sedangkan kuasa yg ada kini pun disalah guna apabila menafikan hak pembangkang utk bersidang diparlimen.. menafikan hak pembangkang utk mengesahkan sokongan kerajaan.. mempertahankan menteri2 yg jelas melanggar undang2.. membuli rakan sendiri dalam UMNO.. pada pandangan aku kenyataan YDPA itu ialah mengharapkan Muhyidin mejadi pemimpin berjiwa besar.. berganding bahu dgn setiap blok kerajaaan dan pembangkang bersama2 membantu mestabilkan ekonomi dan mengawal pandemik.. tapi itu haruslah dimulakan oleh Muhyidin iaitu tangan yg diatas.. tangan yg dibawah sentiasa menunggu utk bekerjasama.. jgn keras kepala.. jgn gila kuasa.. jgn pentingkan diri sendiri.. spt yg kita lihat kini.. DAP dan Warisan sedia berunding tapi kesombongan Bersatu memandang sepi segala tawaran.. teruskanlah berperangai spt itu kerana YDPA dan majlis raja2 memerhati tingkah lakumu.. akhirnya YDPA akan setuju juga nanti yg kerajaan ini bukanlah spt kerajaan yg baginda mahukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. DAP tak sombong ?!
      Hoi bodoh ! yang kata askar makan tido tu siapa ?
      Blardy fool punya manusia.

      Padam
    2. Maaf Tuan. Ini bukan pasal DAP sombong.
      Ianya melibatkan tambahan kuasa PM yang
      mutlak yang boleh meluluskan Ordinance.
      Kuasa PM yang ada sekarang pun cukup besar
      untuk menangani covid - sehingga boleh arahkan
      'total lock down' sepertimana pada awal beliau berkuasa dulu.

      Tambahan pula kalau dharurat: Assmin dan
      Hamzah Z akan naik tocang. Rasanya
      Baginda Tuanku pun sedar akan hal ini.

      Penulis article diatas: ketuanya Duta
      PM ke Timur Tengah bertaraf Menteri
      (tak masuk syurga pulak nanti kalau
      dikatakan makan gaji buta)

      Padam
  2. Kerja pembangkang PH dan DAP selama ini hanya membangkang aje apa ke jadah ! Sikit pun tak tunjuk sikap bertanggungjawab dan ikhlas dalam melaksanakan tugas.
    Dalam media sosial pemimpin PH tak habis-habis kerja trolling dan tidak sedikit pun memberikan apa-apa langkah pembaikan atau solusi dalam sesuatu isu atau masalah. Kerja mereka hanyalah menyalahkan orang lain. Fitnah pula jangan ceritalah. Fake news dan fitnah inilah yang melayakkan mereka untuk ditangkap dan masuk penjara.
    Bagus kalau kena tangkap. Kita semua dah serik dikencing oleh Pakatan Hancing busuk kaum kafir.

    BalasPadam
  3. Mana2 parti yg bersekongkol dgn D4P, selayaknya hanya menjadi pembangkang yg bangang berlapis-lapis sahaja.

    Full stop.

    BalasPadam