Header Ads

ads header

Flash News

Kadang-kadang malam pun tak boleh tidur, rintih Noor Hisham


'Perang' yang panjang dan berterusan menyebabkan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghadapi kelesuan mental dan fizikal, kata Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Menurut ketua pengarah kesihatan itu, perang melawang Covid-19 kini berlanjutan sehingga 10 bulan dan ia memaksa kakitangan KKM bertugas tanpa cuti.

Malah antara yang menghadapi tekanan itu ialah Noor Hisham sendiri yang berdepan dengan tekanan "yang amat tinggi".

"Mungkin ada yang terkesan dengan tekanan yang tinggi dan sebagainya, termasuk ketua pengarah kesihatan juga (hadapi) tekanan yang amat tinggi.

"Kadang-kadang, malam pun tak boleh tidur sebab pelbagai aktiviti yang kita kena fikirkan, bagaimana kita boleh selesaikan masalah ini," katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Kes positif Covid-19 menurun untuk seketika beberapa bulan lalu dan pernah mencatatkan angka sifar sehinggalah pilihan raya negeri diadakan di Sabah akhir Sept lalu.

Ia mencetuskan gelombang ketiga Covid-19 dengan setiap hari kes baru dikesan dengan tiga atau empat angka akhir-akhir ini. Jumlah kematian juga dicatatkan dari semasa ke semasa.

Kata Noor Hisham selain kakitangan KKM di lapangan, kelesuan mental dan fizikal turut dialami di peringkat kementerian.

"Ini adalah sebab kita berperang berterusan tanpi henti untuk tempoh 10 bulan tanpa cuti, setiap hari ada mesyuarat dan juga ada tindakan.

"Jadi, setiap lapisan warga kerja KKM menjalankan tugan dengan sebaik mungkin," katanya.

Bagaimanapun menurut Noor Hisham keadaan itu masih terkawal.

"Setakat ini, masih boleh bertahan," katanya.

MR :  Kesihan barisan hadapan yang menghadapi covid-19 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. mana nak dapat tidor, dah brapa minggu menipu rakyat
    akibat dari kerja kotor ko tu noor hisham, ada rakyat yg x dapat cari makan dan ramai yg dibuang kerja

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga ZEEZ terkena COVID kerana menghina dan perlekeh usaha murni frontliner

      Padam
    2. Zeez Bengang tak dapat pergi sabah, he he, lepas tu Nak salahkan Dr.

      Padam
    3. Bukankah komen ZEEEZ menunjukkan ZEEEZ sedang sakit mental kerana menghina dan menfitnah orang yang telah berusaha menyelamatkan rakyat dan negara dari wabak covid-19 ?

      Padam
    4. Kamu Zeez, kalau taip nak fitnah orang lain memang seronok. Tak perlu pikir dosa pahala, tak peduli akan malaikat kiri kanan yang tak pernah culas.

      Cuba nyatakan dan buktikan apa dosa Dr Noor Hisham dan para frontliner kepada kamu?

      Padam
  2. cuba engko jelaskan apa maksud engko dr norhisyam buat kerja kotor sampai rakyat terbuang kerja???

    BalasPadam
  3. Babi punye ZEEZ...
    Hei babi
    Ko ni rba ke penjilat pungkoq lim,,,
    Sial punye olang,,,
    Ke ko nie melayu bando
    Sial patot bodoh
    Setan iblis ifrit bodoh babi bangang anak haram

    BalasPadam
  4. Ada juga makhluk yang gian nak kene saman ni...

    BalasPadam