Header Ads

ads header

Flash News

Duduk Semeja, Runding dan Cari Titik Persamaan Demi Rakyat – Salleh Said


CYBERJAYA –
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru ahli politik dan parti yang diwakili mereka tidak melupakan hakikat rakyat adalah ‘boss’ yang sebenar.

Beliau berkata, khidmat bakti ahli politik perlu menjurus kepada kepentingan rakyat dan bukannya berpolitik semata-mata.

“Seorang ahli politik yang baik adalah seorang yang sentiasa peka terhadap denyutan nadi negara, dan seorang yang sentiasa mendengar suara-suara rakyat.

“Ahli-ahli politik dan juga aktivis-aktivis politik amat gemar melaungkan slogan ‘rakyat adalah boss’. Namun, sebaik sahaja dapat menggenggam kuasa, mereka seakan terlupa siapakah sebenarnya ‘boss’.

“Bak kata penjawat-penjawat awam, ahli-ahli politik datang dan pergi, tetapi rakyat tetap di sini sampai bila-bila pun,” katanya, dipetik dari tulisan di blog beliau.

Menurutnya, ahli politik perlu tahu bila waktu untuk berpolitik dan masa untuk berkhoidmat kepada rakyat.

“Rakyat juga semakin penat melihat gelagat ahli-ahli politik yang hanya memberi tumpuan kepada politik semata-mata sehinggakan tiada masa untuk berkhidmat untuk mereka,” ujarnya.

Persepsi memang penting, katanya, namun persepsi yang dicipta hari ini sangat tidak baik apabila rakyat kini menganggap ahli-ahli politik sebagai tamak dan hanya mementingkan diri sendiri.

“Ini perlu diubah segera. Ahli-ahli politik perlu sedar bahawa mereka kini semakin tidak disukai oleh ramai rakyat yang sudah lesu dan muak dengan kemelut yang tiada penghujungnya,” katanya, tanpa merujuk kepada mana-mana individu atau parti.

Ujarnya lagi, “normal—normal baharu” untuk Malaysia bukan hanya melibatkan penjarakan fizikal dan pengasingan diri dari masyarakat umum. Kini ia juga menentukan bagaimana politik harus digerakkan.

“Parti-parti dan ahli-ahli politik perlu mencari titik persamaan yang boleh membuatkan mereka bekerjasama demi rakyat. Sebaik sahaja tamat pilihan raya, kita perlu segera bekerja demi negara dan rakyat.

“Kita perlu terima hakikat bahawa era majoriti dua pertiga, atau pun majoriti mudah di Parlimen oleh hanya satu parti sudah berakhir. Kini, gabungan-gabungan empat atau lima parti pun hanya mampu menang dengan majoriti yang nipis, atau berjaya membentuk kerajaan dalam Parlimen yang hampir tergantung.

“Monopoli dan hegemoni sudah tidak lagi wujud. Yang wujud hari ini adalah perkongsian kuasa. Mereka yang menang, dan mereka yang kalah perlu duduk semeja untuk memikirkan apakah yang terbaik untuk negara. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu meneroka dan mempertimbangkan sedikit konsesi dan tolak ansur,” katanya.

#Sumber :  – SuaraTV   

MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Temberang je anK keruAk ni...ckp je lebih

    BalasPadam
  2. Dulu awak lah yg awal awal lari dari pejuangan dan prinsip...

    ini pemimpin zaman senang sahaja ..bila susah sikit LARI...LARI..LARI

    BalasPadam