Header Ads

ads header

Flash News

Dr. Zulkifli pulih dari Covid-19


Menteri agama Zulkifli Mohamad dibenarkan keluar wad selepas disahkan pulih daripada jangkitan Covid-19.

“Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19,” katanya.

"Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Terima kasih kepada perdana menteri, ahli-ahli jemaah Menteri, para ulama di seluruh dunia yang menghantar pesanan mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada 5 Okt lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mengesahkan yang dia dijangkiti Covid-19.

Membuat kenyataan itu di media sosial Zulkifli juga meminta memberitahu keadaan kesihatannya ketika ini adalah baik.

Pada masa sama senator itu juga menasihatkan orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadirannya antara 24 Sept hingga 4 Okt lalu agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

"Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik," katanya.

Dalam hantaran kemudiannya Zulkifli juga meminta maaf atas "kelemahan dan kekurangan" di pihak dirinya.

Dalam pada itu Zulkifli juga turut merakamkan penghargaan kepada warga KKM termasuk menteri dan ketua pengarah sepanjang rawatan diterimanya.

Bagaimanapun katanya, dia telah disaran supaya tidak bertemu sesiapa buat masa ini dan segala perbincangan hanyalah melalui sidang video saja.

"Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja.

"Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya," katanya.

MR :   Alhamdulillah 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan